Resepi Mentega Kacang/ Peanut Butter Homemade Untuk Bayi, Guna Dua Bahan Saja

Mentega kacang atau peanut butter boleh diberikan kepada bayi sekiranya si manja tidak mengalami sebarang alahan mahupun masalah ekzema

Dalam memperkenalkan sesuatu jenis makanan untuk bayi, ibu hendaklah try and error. Jika si manja anda tiada alahan terhadap kekacang, apa kata anda cuba buat resepi mentega kacang homemade ini!

Pengambilan kekacang dikatakan amat bagus untuk merangsang perkembangan otak dan mata si kecil kerana adanya kandungan asid lemak omega.

Resepi mentega kacang atau peanut butter

Seorang ibu, Iela Ariff telah berkongsi cara buat mentega kacang atau peanut butter homemade yang begitu mudah.

Sebenarnya senang sahaja nak buat peanut butter atau mentega kacang. Seperti namanya, memang kacang betul! 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250g kacang tanah
  • 2 sudu minyak kacang (kalau tiada boleh guna minyak zaitun atau minyak sayur) 

Cara penyediaan:

peanut butter homemade bayi

  1. Sangai kacang sampai masak. Sangai sahaja ya bukan goreng. Sangai maksudnya masak atas kuali tanpa menggunakan minyak.
  2. Kacau-kacaukan selalu, jangan sampai hangit nanti akan rasa pahit.
  3. Untuk tahu kacang sudah masak ataupun tidak, anda ambil satu dan cuba gigit. Jika boleh makan, ia dikara sudah masak.
  4. Buang kulit kacang menggunakan tangan dan tapis sehingga semua kacang tidak berkulit.
  5. Biarkan kacang sejuk.
  6. Kisarkan kacang dalam pengisar kering untuk 30 saat. Kemudian buka, kacau dan kisar lagi sampai ia betul-betul hancur.
  7. Kemudian tambahkan  2 sudu minyak kacang supaya ia sedikit berminyak. (Kalau anak dah besar bolehlah tambah madu, gula dan garam jika suka)

bayi makan peanut butter
Nota:

Untuk bayi yang berusia 12 bulan ke bawah, ibu kena pastikan:

  • Tekstur mentega kacang lebih cair kerana kebanyakannya bersifat pekat dan kasar bagi mengelakkan risiko bayi tercekik.
  • Ibu boleh tambah puri lain kalau anak sudah lulus 3 atau 4 days rules.
  • Jangan lupa untuk sentiasa memantau sekiranya bayi menunjukkan perubahan ketika kali pertama merasai mentega kacang. 
  • Untuk anak yang ada sejarah alergik, boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum anda memberinya kacang.

Seawal usia berapa bayi boleh makan mentega kacang?

American Academy of Pediatrics mengesyorkan bahawa makanan yang berpotensi alergenik diperkenalkan lebih awal apabila memulakan makanan pejal pada 6 bulan.

Ramai ibu ayah mungkin tidak menyedarinya dan menunggu sehingga anak berumur 1 tahun baru memperkenalkan dengan kekacang.

Cara memperkenalkan mentega kacang kepada bayi

Menurut Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan, mulakan dengan mempertimbangkan kumpulan mana si manja anda iaitu:

bayi ekzema makan kacang

  1. Bayi mempunyai ekzema yang teruk dan/atau alahan telur. Dalam kes ini, berbincang dengan doktor anda. Bayi dalam kumpulan ini dinasihatkan untuk mendapatkan produk kacang tanah pertama mereka antara 4-6 bulan.
  2. Bayi ekzema ringan atau sederhana. Bercakap dengan doktor anda, tetapi mungkin selamat untuk memperkenalkan kacang sekitar usia 6 bulan.
  3. Bayi tidak mempunyai tanda-tanda ekzema atau alahan makanan. Tawarkan produk kacang sejurus selepas memulakan makanan pejal sambil anda memperkenalkan pelbagai jenis makanan lain.

Cara untuk beri bayi merasai mentega kacang buat kali pertama adalah dengan menyapu sedikit mentega kacang pada roti bakar sebesar 1-2 jari.

Berhenti memberikan peanut butter ini sekiranya si manja mula memalingkan kepala dan menutup mulutnya. 

Pastikan anda merujuk pakar pediatrik sekiranya timbul kebimbangan pada diri. Mereka akan menjelaskan pilihan yang tepat untuk ibu beri makanan berasaskan kacang kepada si manja.

Cara menyimpan mentega kacang

  1. Simpan sebarang sisa puri mentega kacang dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk sehingga 5 hari.
  2. Teruskan kacau jika adunan kelihatan terpisah. Ia mungkin mengambil masa satu minit penuh atau lebih untuk mengacau sehingga adunan menjadi sebati.
  3. Jika nampak pekat atau melekit, tambahkan sedikit air putih

Jika bayi mempunyai atau mengalami ekzema atau alahan makanan lain, semak dengan pakar pediatrik anda untuk mendapatkan panduan tentang memperkenalkan alergen makanan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

Baca juga: 11 Resepi Bubur Bayi 6 Bulan & Puri Buah Yang Elok Untuk Penghadaman, Elak Masalah Sembelit

Baca juga: Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Biar Gemuk & Berat Naik, Ibu Kena Cuba 9 Menu Mudah Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!