X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Umur 1 Tahun, Ibu Ini Kongsi 10 Idea Homeschool Yang Menarik Bagi Tingkatkan Potensi Si Manja

5 min bacaan
Anak Umur 1 Tahun, Ibu Ini Kongsi 10 Idea Homeschool Yang Menarik Bagi Tingkatkan Potensi Si Manja

Anak umur 1 tahun, apa yang boleh ibu ayah ajar mereka? Ketika usia ini, amat penting untuk merangsang minda dan potensi dalam pelbagai bidang

Bagi anda yang memiliki anak umur 1 tahun, pasti tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk merangsang minda dan fizikal mereka. Tidak dinafikan bahawa waktu inilah paling penting apabila si manja mula berjalan, menyebut perkataan pendek dan menerokai dunia sekelilingnya.

Menurut seorang ibu, Hanis Athirah Rusli, dia berkongsikan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak sebagai homeschool di rumah.

Aktiviti homeschool untuk anak umur 1 tahun

bayi 1 tahun

Dulu, saya pun tertanya, nak ajar apa dekat anak 1 tahun. Masa tu kami suami isteri pula masih mengajar dekat sekolah, jadi kesempatan yang ada nak luangkan masa dengan anak sambil buat perkara yang berkualiti.

Sayang jika dibiarkan, sebab masa umur ini otak mereka ibarat span. Jadi, saya usahakan beraktiviti dan ajar mereka 10 Aktiviti Homeschool ini.

InsyaAllah, semoga semua aktiviti yang saya senaraikan ini dapat merangsang minda, memupuk kreativiti dan menyerlahkan potensi anak-anak dalam pelbagai cabang.

Dan ibu bapa perlu bersabar selain ‘sporting’ melayani ragam bayi umur 1 tahun ini. Biarkan anak bermain dan berseronok – sememangnya itulah ‘kerja’ seorang kanak-kanak. Selamat mencuba!

#1. Aktiviti keagamaan

Paling penting, perkenalkan anak-anak dengan Pencipta, dan didik anak mengikut acuan Islam dan sunnah Nabi Muhammad. Perkukuhkan aqidah, pemikiran yang baik buat anak-anak.

Boleh buat aktiviti yang boleh mantapkan akidah anak, buat aktiviti melibatkan seluruh isi rumah seperti ajak anak solat. Walaupun masih bayi 1 tahun, anak sebenarnya belajar melalui pemerhatian dan contoh yang ibu ayah tunjukkan.

Anda juga perlu membiasakan anak dengan amalan doa sebagai rutin, buat aktiviti yang boleh memperdengarkan anak-anak alunan Al Quran, ajar mereka zikir dan selawat bersama.

#2. Perkenalkan dengan perkataan baharu

Untuk anak 1 tahun, tak ajar secara menekan, santai saja sambil tukar pampers mereka, semasa makan atau semasa memakai pakaian mereka.

Yang penting buat pengulangan pada peringkat ini. Konsisten untuk buat pengulangan benda yang sama kita cakap banyak kali.

💡Anggota badan : Tunjuk bahagian tubuh badan anak dan minta anak belajar untuk sebut.

💡 Bunyi haiwan dan nama haiwan : kucing -meowwww, harimau -aummmm

💡Nama anak : sebut nama sebenar mereka juga selain nama panggilan mereka

💡Nama ahli keluarga : ayah ,ibu, abang adik, atuk, nenek

💡 Adab : Ucap terima kasih, sama-sama, tolong, minta maaf

💡Nama kenderaan : Kereta, bas, basikal

💡 Makanan dan keperluan: Didik anak untuk menyebut nama makanan kegemaran mereka dan alat yang diguna semasa makan seperti garfu, sudu, pinggan.

💡Perkataan yang menunjukkan apa yang mereka perlu atau mahu : ya, tak, nak, tak nak, bagi saya,

💡Warna : Warna primer seperti merah, biru dan kuning.

#3. Membaca buku bersama

anak 1 tahun

Buku merupakan incredible teacher of language. Perasan tak dengan hanya melihat gambar yang terdapat dalam buku, anak-anak bersemangat untuk belajar objek baharu, warna, bentuk dan lain-lain. Mereka akan tunjuk gambar dan kita sebutkan.

Untuk anak umur 1 tahun, ibu ayah tak perlu baca semua perkataan yang ada dalam buku, tapi hanya tunjukkan gambar dan ceritakan mengenainya. Tidak mengapa jika attention span bertahan 3 helai saja, asalkan kita biasakan anak-anak dengan buku.

Semasa membaca galakkan anak untuk membelek buku. Untuk umur ini, berikan anak buku jenis Flip-The-Flap, Board Books, Musical Books, Soft Book ataupun BusyBook. 

#4. Aktiviti yang merangsang perkembangan bahasa

Selain masalah kesihatan dan faktor genetik, kurangnya stimulasi bahasa daripada persekitaran juga menjadi punca anak-anak lambat bercakap ( speech delay ). Jadi, sangat penting untuk anda memainkan peranan dengan banyakkan berinterasi dengan anak.

Semasa bertutur, pandang mata mereka dan buat eksperesi yang membantu anak memahami lagi perkataan yang kita sebut. Sesekali guna bahasa untuk huraikan perlakuan mereka dan kaitkan dengan perkataan baharu yang mereka belajar. Contohnya “ Ohhh, adik main baling bola merah.”

#5. Aktiviti menggalakkan si manja berdikari

Semasa anak umur 1 tahun, mereka akan cuba buat perkara tanpa bantuan sesiapa. Mereka akan cuba capai sudu, berus gigi dan mereka cuba terokai. Satu cara yang kita perlu buat ialah beri mereka peluang untuk belajar.

Contohnya, tanggalan stokin, tanggalkan seluar, letak seluar dalam bakul, buka tutup bekas.

#6. Aktiviti Pretend Play

Ibu ayah wujudkan suasana dan bahan untuk ‘pretend play’ berlaku. Layan dan sertai anak semasa mereka bermain agar anda dapat membantu perkembangan bahasa si manja.

Daya imaginasi dan kreativiti anak walaupun mereka baharu 1 tahun dapat berkembang dengan pesat lebih-lebih lagi apabila mereka diberikan ruang untuk mencuba dalam pelbagai situasi.

#7. Aktiviti menggalakkan perkembangan sensori

Banyakkan buat aktiviti rangsang deria anak-anak sebab masa umur ini mereka dah mula rasa perkembangan deria. Sebab jika mengikut Teori Piaget, waktu inilah anak mencapai Tahap Perkembangan Sensorimotor iaitu usia 0 hingga 2 tahun.

#8. Perbanyakkan aktiviti di luar rumah

aktiviti anak 1 tahun

Ajak anak jalan-jalan, dan biarkan mereka sentuh, pijak rumput, kutip cengkerang di pantai, pijak pasir pantai dan lain-lain. Beri peluang mereke berinteraksi dengan alam. 

#9. Aktiviti untuk menggalakkan perkembangan motor

Ketika bayi 1 tahun inilah ibu ayah perlu banyak memainkan peranan penting merangsang perkembangan fizikal membabitkan perkembangan motor dan merangkumi kemahiran koordinasi otot anak.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

Salah satu cara, sediakan persekitaran dan permainan sesuai serta selamat.

💡Contoh aktiviti yang merangsang perkembangan motor halus: melibatkan kemahiran meramas, menggentel, mengoyak, mencubit, menguli, memicit, merenyuk, menjentik, dan merenjis

💡Contoh aktiviti yang merangsang perkembangan motor kasar: membaling, melontar, menendang, melompat, berguling

#10. Aktiviti meransang kognitif

Untuk bayi umur 1 tahun, ibu ayah tidak perlu paksa mereka untuk belajar sampai faham. Cuma sambil mereka belajar boleh selitkan

Contoh aktiviti rangsang kognitif mereka sesuai untuk anak 1 tahun:

• Kenal pasti bunyi

• Kenal pasti warna dan bentuk

• Kenal pasti asas nombor

• Kenal pasti bunyi atau nama huruf

Hanis Athirah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ibu Kreatif Kongsi Resipi Rice Egg Roll Untuk Bayi 1 Tahun, Elak Anak Cepat Bosan

Baca juga: Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Yang Enak & Menyelerakan, Bantu Naikkan Berat Si Manja!

Baca juga:  Tragedi Terkena Air Panas Di Rumah, Bayi 1 Tahun Melecur TERUK Pada Muka & Bahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Anak Umur 1 Tahun, Ibu Ini Kongsi 10 Idea Homeschool Yang Menarik Bagi Tingkatkan Potensi Si Manja
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham