10 Juadah Berbuka Puasa Yang Simple Inspirasi Bazar Ramadan Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

Ini antara menu berbuka puasa simple yang pasti setiap tahun anda akan dapatkan di bazar ramadhan, tapi jika anda nak elak kesesakan, boleh cuba membuatnya sendiri!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap tahun kita pasti tidak akan ketinggalan untuk berkunjung ke Bazar Ramadhan untuk mendapatkan juadah berbuka puasa yang simple untuk anda nikmati dengan juadah yang dimasak.

Dengan adanya bazar ramadhan ini juga pasti akan membuatkan para isteri dan ibu berasa sedikit lega kerana boleh mendapatkan hidangan yang diingini oleh keluarga. 

Ramai orang dilihat berpusu-pusu ke sana untuk mendapatkan menu berbuka puasa simple buat keluarga mereka dan pasti ini menyenangkan hati peniaga kerana masakan mereka habis terjual.

Jadi buat anda semua yang masih ingin berjaga-jaga dan elak kesesakan, jangan risau sebab menu berbuka puasa simple ini anda boleh buat sendiri dari rumah dan mencuba resepi dari  YouTube. 

10 juadah berbuka puasa yang simple

#1. Kuih tepung pelita

Semua orang boleh dikatakan suka dan selalu mencari kuih tepung pelita ini di bazar ramadhan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasa kuih ini yang lembut dan cair di mulut menjadikan ia pencuci mulut setelah selesai menikmati hidangan utama.

Biasanya, ia dibuat dalam daun pisang atau daun pandan yang dilipat empat segi dan aroma daun ini juga cukup memikat hati.

Rasa rindu dengan kuih ini? Jom buat sendiri ikut YouTube ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Ayam percik

Kalau masuk bazar nampak asap berkepul-kepul itu, haa….memang tempat dia lah tu!

Haish, memang wajib singgah gerai yang jual ayam percik, dia punya aroma cukup membuatkan kita rasa tak sabar nak menggigit isi ayam tu. Memang cukup menggoda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasa rindu dengan ayam percik pula? Meh buat sendiri follow bawah ni saja.

#3. Roti John

Bukan setakat itu sahaja, roti john juga boleh dikatakan juadah berbuka puasa yang simple wajib ada di atas meja makan setiap kali nak berbuka puasa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis pernah pergi satu bazar ini, di mana orang berpusu-pusu sampai kena beratur panjang semata-mata nak beli roti john.

Nak lagi sedap anda boleh order yang special punya letak cheese banyak- banyak supaya cair dan merembes keluar. Fuh, memang tak sabar nak makan!

Rindu roti john bazar tak? Jom buat sendiri!

#4. Air tebu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau ada air tebu di bazar ramadhan, air lain mesti tak nampak dah! Nak-nak pula dia mesin sendiri di gerai itu, jadi kita boleh nampak betapa freshnya air tebu ini.

Kemudian air yang telah di mesin, akan dimasukkan ketulan ais ke dalam plastik dan diikat kemas supaya air tak tumpah. Best, kan?

Kalau rajin, bolehlah buat sendiri di rumah.

#5. Murtabak

Murtabak juga antara hidangan berbuka puasa yang wajib ada di atas meja makan setiap kali nak berbuka. Antaranya murtabak daging dan murtabak ayam yang cukup popular di Malaysia.

Meskipun murtabak selalu ada di pasar malam, namun bazar ramadan juga yang paling di tunggu-tunggu sampai kena beratur panjang dan harganya murah sekeping dalam RM3 ke RM5 mengikut tempat masing-masing.

Rindu tak nak makan murtabak? apa kata anda buat sendiri dari rumah mengikut cara-cara di bawah ini.

#6. Roti kebab

Biasanya bila nak berbuka puasa, kita lebih suka memilih juadah berbuka puasa yang simple supaya perut tak terasa penuh sangat untuk memudahkan kita melaksanakan kewajipan yang lain di waktu malam, misalnya untuk
bersolat tarawih.

Jadi pilihan yang paling mudah adalah membeli roti kebab di bazar ramadhan yang boleh dikategorikan sebagai juadah yang paling simple dan ringan.

#7. Nasi tomato dan nasi ayam

Kalau rasa malas nak masak, inilah antara dua makanan yang paling mudah nak dapat di bazar ramadhan.

Kalau dalam sebulan tu tak pekena nasi tomato atau nasi ayam memang tak lengkap rasanya.

Apatah lagi, di bazar ramadhan ada ramai peniaga yang menjual beraneka jenis lauk pauk dan nasi lain yang cukup menyelerakan.

Tapi tahun ini kita hanya mampu gigit jari, tapi boleh buat sendiri di rumah.

#8. Ikan bakar

Sebut saja ikan bakar memang bikin kecur air liur kerana juadah ini antara yang ditunggu juga pabila tibanya musim bulan puasa.

Kemudian dinikmati bersama nasi putih dan air asam memang cukup terangkat selera.

Antara ikan bakar yang sentiasa laris di bazar ramadhan seperti ikan pari, ikan kembung, ikan keli, terubok, siakap, cencaru dan banyak lagi.

#9. Popia basah

Popia basah juga antara juadah yang orang selalu beli di bazar ramadhan dan hidangan ini wajib ada setiap kali nak berbuka puasa. Memang rugi kalau tak beli popia ini semasa di bulan puasa tau!

#10. Air soya

Selain air tebu, air soya juga antara minuman wajib yang selalu orang datang beli di bazar ramadhan. Kemudian nak lagi best, siap boleh pilih nak yang sejuk ka atau panas.

Kemudian, bolehlah tambah dengan cincau dan ketulan ais, fuh memang boleh basah tekak yang tadinya kering sebab berpuasa.

Tapi jangan bersedih ya kalau rindu nak minum air soya kerana anda masih boleh buat sendiri dari rumah mengikut video di bawah ini.

Selamat mencuba!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Iluminasi, Hijab & Heels 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menu Berbuka Puasa Sebagai Inspirasi Anda