Tinggal 11 hari lagi kita bakal berjumpa dengan bulan yang sangat kita rindui kerana banyak amalan ibadat yang boleh dilakukan dalam bulan Ramadhan. Tak kurang juga yang menantikan Bazar Ramadhan yang menyediakan
pelbagai jenis makanan dan aneka lauk.
Walaupun masih tinggal beberapa hari, namun sudah ramai yang telah memulakan bazar ramadan secara online untuk mendapatkan pelanggan seterusnya terus menikmati juadah mereka hingga ke bulan ramadhan kelak.
Namun begitu, pasti ramai yang bersedih kerana kita tidak dapat lagi melihat kemeriahan bazar di seluruh Malaysia kerana penularan wabak corona virus (covid-19) dengan susulan Perintah Kawalan Pergerakan
yang ditambah dua minggu lagi sehingga 28 April.
Bazar Ramadhan Online
Sebelum ini, antara negeri yang sudah mengumumkan pembatalan Bazar Ramadhan secara tradisional adalah seperti negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Keputusan tersebut dibuat sebagai langkah untuk berjaga-jaga bagi menangani penularan wabak berbahaya Covid-19 yang telah meragut berpuluh nyawa dan dijangkiti hampir keseluruhan Malaysia.
Namun disebabkan YAB PM yang dikasihi telah mengumumkan tambahan bilangan hari jadi terbuktilah negeri yang lain juga tidak dapat melakukan bazar tradisional seperti tahun-tahun sebelum ini.
Boleh dikatakan inilah pertama kali bazar ramadhan atas talian internet diperkenalkan dan sekaligus mungkin ini cara terbaik bagi mengekang penularan wabak tersebut.
Jadi buat anda semua peminat setia yang selalu berkunjung ke mana-mana bazar jangan terlalu bersedih kerana anda masih boleh mendapatkan makanan yang diingini melalui whatsap, Facebook, Instagram dan lain-lain.
Duduk golek-golek kat rumah sambil tengok tv, bolehlah pilih juadah pembuka selera yang anda mahu. Kemudian para peniaga akan menghantar terus ke rumah anda. Best, bukan?
Ternyata dengan cara ini tidaklah perlu bersesak sesak di jalan raya untuk ke bazar ramadhan.
Disambut baik rakyat Malaysia
Walaubagaimanapun, keputusan membatalkan bazar tradisional disambut baik oleh seluruh masyarakat di Malaysia terutama golongan peniaga. Malah mereka telah membuka beberapa group Facebook bagi memudahkan jualan atas talian internet.
Sekiranya kawasan yang anda duduk tiada bazar ramadan seperti selalu, apa kata anda join salah satu daripada group Faebook ini. Berikut ini adalah senarainya.
BAZAAR RAMADHAN ONLINE GOMBAK
Shah Alam Bazaar Ramadhan Online 2020
Bazaar Ramadhan Online Sungai Buloh
Bazar Ramadan Saujana Utama
BAZAR RAMADHAN ALAM MEGAH
Bazar Ramadan Putra Heights OFFICIAL
BAZAR RAMADHAN PANTAI DALAM
BAZAR RAMADHAN ONLINE AMPANG 68000
BAZAAR RAMADHAN ONLINE WANGSA MAJU
BAZAR RAMADHAN OTK PUCHONG PRIMA
BAZAR RAMADHAN BANDAR PUTERI PUCHONG
BAZAR RAMADHAN PUTRA PERDANA PUCHONG
BAZAR RAMADHAN KINRARA BK
BAZAR RAMADHAN KELANA JAYA
Wow, memang banyak kan! Boleh pilih lokasi bazar mana yang menjadi pilihan anda tapi asalkan ia berdekatan dengan kawasan tempat tinggal anda bagi memudahkan kedua-dua belah pihak.
Jadi tak perlu lagi risau untuk mendapatkan juadah pilihan hati apabila ingin berbuka puasa bersama keluarga tersayang.
Ini kerana anda masih boleh menikmati juadah yang cukup menyelerakan untuk disajikan sewaktu berbuka puasa nanti.
Kalau rasa nak ‘taste’ dahulu masakan mereka, anda boleh mendapatkannya sekarang sebab ramai peniaga yang sudah mula beroperasi sejak Kawalan Pergerakan ini lagi.
Bazar Ramadan tak sesuai semasa Covid-19
Disebabkan penularan wabak corona virus, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menegaskan bazar ramadan tidak sesuai untuk diadakan di negeri Johor.
Sultan Ibrahim bertitah dalam akuan rasmi Facebook baginda, disebabkan risiko untuk berlakunya kontak rapat adalah amat besar sekaligus boleh memberi kesan kepada kesihatan masyarakat secara keseluruhannya.
“Lupakan bazar Ramadan. Saya bimbang jika berlaku penularan wabak berkenaan secara berleluasa sekaligus memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam membasmi wabak ini,” titah baginda.
Baginda turut bertitah, lihat bagaimana petugas perubatan di barisan hadapan bertungkus lumus dari pagi hingga ke malam dalam usaha untuk membendung wabak corona ini dari terus menganggu kehidupan rakyat seharian.
Bayangkan jika wabak ini masih terus berleluasa sekaligus ia akan memberikan kesan kepada pasukan perubatan sehingga merencatkan sistem rawatan yang disediakan.
Jadi, ayuh Malaysia, mari kita sokong Bazar online ini!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: the Vocket, Berita Harian
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comkebaikan-berpuasa-2
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!