Bosan dengan menu Western atau lauk yang biasa dimasak? Inginkan lauk kampung yang kena dengan tekak dan selera anda? Kami ada idea menu lauk kampung yang anda boleh cuba.
Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?
- Koleksi menu lauk kampung yang sedap dan meningkatkan selera
Idea yang dikongsikan menerusi laman Facebook ini pasti akan buat selera makan anda sekeluarga bertambah dengan 15 resipi yang berbeza untuk anda cuba setiap hari.
Ia juga idea terbaik untuk memperkenalkan anak anda dengan lauk kampung agar tidaklah mereka hanya kenal makanan Western atau lauk biasa sahaja.
Koleksi menu lauk kampung yang sedap dan meningkatkan selera
Berikut adalah menu lauk kampung yang enak untuk anda cuba. Pasti keluarga anda berselera untuk makan jika lauk ini dihidangkan bersama nasi putih yang masih panas.
#1. Singgang kepala ikan tongkol, ikan cencaru bakar sumbat sambal, sambal belacan tempoyak, dan ulam
#2. Singgang ikan kembung, ayam pencen masak merah, ikan goreng, budu tempoyak, dan ulaman
#3. Sayur lemak timun batang, ikan goreng, sambal belacan tempoyak, jeruk maman, dan petai jeruk
#4. Sawi masak tumis budu, tumis bawang lada ikan masin nipis, ikan cencaru goreng, sambal belacan, dan timun cina
#5. Idea menu lauk kampung: Gulai ayam pencen dengan pucuk ubi, singgang ayam pencen, ikan tambang goreng, sambal belacan, dan ulaman
#6. Sayur lemak labu air, kupang goreng pedas, ikan goreng, timun kecil, dan sambal belacan tempoyak
#7. Kari ikan, sayur batang keladi dengan lokang masak pedas, ikan masin goreng, dan sambal belacan tomato
#8. Singgang ayam, kangkung goreng belacan, ikan selayang goreng, ayam goreng kunyit, dan sambal belacan
#9. sayur labu air masak pedas, ikan goreng, ikan bakar, terung bakar, budu tempoyak, dan ulaman
#10. Ikan kisi bakar manis, sambal belacan tempoyak, dan ulaman
#11. Sayur labu air masak lemak, kabu kamboh, ikan goreng, ayam bakar, air asam, dan sambal belacan
#12. Singgang ikan aye, ikan kembung bakar tawo, ayam goreng, ulam, dan budu
#13. Sayur labu kuning masak lemak, ikan kisi goreng, sambal telur hancur, ulam, dan budu
#14. Singgang ikan patin, sambal ikan masin nipis, kamboh goreng, ikan goreng, dan sambal belacan.
#15. Sayur tumis, ikan goreng, ulaman, dan budu dengan telur rebus
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Semua Nampak Sedap, Wanita Kongsi Idea Menu Bekal Untuk Suami Bawa Ke Tempat Kerja
Baca juga: 5 Idea Masakan SELERA KAMPUNG Untuk Buka Puasa Ubat Rindu Pada Kampung Halaman
Baca juga: 6 Resipi Lauk Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin, Lain Dari Lain, Confirm Lebih Selera Nak Makan!