Sekolah Sediakan Menu Makanan Yang Sihat Buat Pelajar, Dan Ia Hanya RM3!

Tahniah diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya, Pulau Pinang kerana menjalankan inisiatif menu makanan kantin sekolah yang cukup sihat ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan kepelbagaian kaum di Malaysia, agak sukar untuk kita mengamalkan pemakanan yang sihat, kan? Tengok sajalah menu makanan kantin sekolah contohnya.

Dari kecil lagi, kita memang sudah dibiasakan dengan makanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, makanan segera dan sebagainya. Jadi apabila besar, kita pun sukar lagi nak mengamalkan makanan sihat.

Akan tetapi, ini tidak memutuskan semangat Sekolah Rendah Pauh Jaya, Pulau Pinang untuk menjalankan program inisiatif Hidangan Berkhasiat di Kantin Sekolah (HiTS) yang diperkenalkan pada tahun 2007 lalu!

Lihatlah bagaimana sekolah tersebut kini berjaya menyediakan menu makanan kantin sekolah yang berkhasiat, malah sesuai dengan keperluan nutrisi pelajar. 

Inisiatif ini akan menggalakkan pelajar untuk membesar dengan sihat, dan mengambil jumlah nutrisi karbohidrat, protein, vitamin dan mineral yang secukupnya.

Menu Makanan Kantin Sekolah SK Pauh Jaya Sungguh Menyihatkan!

Apa yang lebih best, menu makanan kantin sekolah yang cukup sihat ini hanya bernilai RM3, disertakan dengan minuman!

Sebenarnya, post mengenai menu makanan kantin sekolah yang sihat ini disebarkan oleh Salehah Ariffin, seorang ibu yang gembira berkongsikan manfaat inisiatif berikut buat anak perempuannya. 

Menurut Puan Salehah, bukan saja inisiatif ini memberikan kebaikan dari segi pemakanan buat anaknya, malah ia juga memudahkan anaknya di sekolah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Raisha (anak perempuan Puan Salehah) tidak lagi perlu beratur panjang di kantin. Sebaliknya, dia hanya turun dari kelas dan terus ke meja makan di mana semuanya sudah tersedia.

Maka, 20 minit masa rehat yang diberikan sekolah boleh dimanfaat secukupnya untuk makan sahaja!

Duit saku juga tidak perlu dibawa untuk membeli makanan kerana program ini dibayar secara bulanan oleh ibu ayah, jadi tiadalah kes duit hilang atau tercicir. 

Menu Makanan Kantin Sekolah: Ramai Ibu Bapa Sokong Inisiatif Sihat Ini

Selepas post asal tentang menu makanan kantin sekolah SK Pauh Jaya ini tular, ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk berbalas komen di post berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rata-ratanya bersetuju dan sangat gembira jika sekolah anak-anak mereka juga menjalankan inisiatif seperti demikian. Berikut antara komen yang diberi:

Program menu makanan kantin sekolah yang lebih sihat bukan saja mendatangkan kebaikan buat pelajar, malah juga untuk ibu bapa.

Umum tahu, kebanyakan ibu bapa kini terpaksa bekerja untuk menampung keluarga. Menyediakan bekalan makanan yang sihat setiap hari buat anak akan memakan masa, dan kadang-kadang merenyahkan ibu bapa.

Dengan inisiatif ini, ibu bapa tidak payah khuatir apa yang dimakan anak di sekolah. Malah, kadar obesiti di kalangan kanak-kanak juga boleh dikawal dengan inisiatif sebegini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, jika sekolah anak-anak anda masih tiada inisiatif sedemikian, jangan bimbang. Di sini kami turut sediakan beberapa idea bekal makanan anak ke sekolah yang boleh anda cuba.

Idea Bekal Makanan Anak Ke Sekolah

#1 Roti

Hanya guna roti saja, anda boleh buat sandwic, sausage rollfrench toast mahupun roti empat segi dengan daging burger. 

Ia mudah disediakan, dan ibu juga boleh selit sayur-sayuran atau buah dalam menu tersebut!

#2 Tortilla/roti pita

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika sudah bosan dengan roti biasa, apa kata anda cuba roti pita atau tortilla pula? Ada banyak resepi yang anda boleh cuba untuk tortilla ini!

Contohnya seperti buat wraps, quesadilla ataupun piza!

#3 Nasi dan lauk "one pot"

Untuk ibu ayah yang risau anak tidak kenyang, cuba sediakan nasi dan satu lauk ringkas buat mereka. Lauk "one pot" ini bermaksud lauk yang sudah ada semua bahan di dalamnya.

Contoh seperti tomyam, masak kunyit, masak kicap mahupun paprik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkongsian ini berguna buat anda!

Sumber rujukan: World of Buzz, Facebook Salehah Ariffin, Iluminasi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Ayu Idris