7 Idea Potluck Tadika, Menu Jamuan Sekolah Yang Mudah & PALING Digemari Kanak-Kanak

Idea potluck tadika perlulah makanan digemari kanak-kanak. Untuk kali ini, apa kata ibu masak sendiri di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Guru taska atau sekolah anak bakal mengadakan potluck jamuan hari raya, tetapi ibu tidak ada idea makanan untuk dibawa? Usah bimbang, boleh pilih menu dan idea potluck tadika ini untuk dibawa sewaktu sambutan nanti. 

Menu Potluck Tadika Untuk Jamuan Hari Raya

Perlu ambil kira pemilihan juadah untuk kanak-kanak memandangkan mungkin ada dalam kalangan mereka tidak biasa dengan makanan yang belum pernah dicuba. Di sini kami senaraikan idea potluck tadika yang menjadi kegemaran dan kesukaan kanak-kanak.

1.Roti pizza

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti sandwic (dipotong segi tiga)
  • 50 gm pepperoni ayam
  • 50 gm lada benggala merah (dihiris)
  • 5 sudu makan pes tomato (digaul bersama sedikit herba oregano dan basil)
  • 5 biji cendawan butang (dihiris)
  • sedikit hirisan bawang besar
  • 1/2 biji tomato (dihiris nipis)
  • 50 gm keju mozzarella
  • sedikit keju cheddar
  • salad rocket (hiasan)

Cara-cara:

  • Sapu pes tomato roti pada permukaan roti dan susun pepperoni, hirisan bawang, lada benggala, cendawan butang dan tomato secukupnya.
  • Taburkan keju mozzarella dan keju parmesan dengan secukupnya.
  • Bakar selama lebih kurang 10 minit sehingga keju cair.
  • Hiaskan dengan salad rocket.

2.Roti Gulung Sosej Pendek

Bahan-bahan:

  • 12 biji sosej koktel
  • 6 keping roti putih
  • 200 gm serbuk roti
  • 1 biji telur ayam
  • secubit garam

Cara-cara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
  • Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. 
  • Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
  • Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
  • Goreng sehingga kuning keemasan.
  • Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.

3.Sandwish Ayam

Bahan-bahan:

  • 100 gm isi dada ayam
  • 5 sudu makan tepung ayam goreng
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 keping roti biasa atau whole meal
  • sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
  • mayones secukupnya

Cara-cara:

  • Keringkan isi ayam yang sudah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
  • Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng, gaul rata.
  • Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Sementara tunggu ayam sejuk, sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
  • Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayones. Kemudian susunan sandwich mengikut cita rasa.

4.Mini Burger Daging

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 400 gm daging kisar
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil oregano
  • 1 sudu kecil thyme
  • 30 gm keju mozzarella
  • 30 gm mentega
  • 1 sudu kecil lada hitam hancur
  • garam dan lada sulah secukupnya
  • 6 nos soft bun

Cara-cara:

  • Panaskan mentega dan tumis bawang, oregano dan thyme. Perasakan garam dan lada sulah.
  • Sejukkan bahan tumis tadi dan selepas ia sejuk, gaulkan dengan daging kisar serta telur, tepung jagung, keju mozzarella dan lada hitam.
  • Bentukkan bulat daging kisar dan susun di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 15 minit.
  • Belah dua roti, susunkan timun, tomato dan letakkan daging di atasnya.

5.Spageti Carbonara Ayam & Brokoli

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 paket spageti (dicelur dan ditapis)
  • 200 gm dada ayam (hiris nipis memanjang)
  • 150 gm brokoli | potong kecil & celur
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 5 biji kuning telur
  • 3/4 cawan krim masakan
  • 1 sudu makan maggi cukup rasa
  • 80 gm parutan keju parmesan

Cara-cara:

  • Tabur 1 sudu makan manggi cukup rasa pada hirisan ayam dan perap sebentar.
  • Celur spagheti hingga al-dente (empuk tapi tidak lembik). Toskan dan masukkan semula ke dalam periuk supaya kekal suam.
  • Di dalam kuali, panaskan minyak zaitun. Tumis hirisan ayam hingga lembut dan ketepikan.
  • Di dalam mangkuk besar, pukul kuning telur bersama krim menggunakan ‘hand whisk’. Tambah 1 sudu teh maggi cukup rasa, parutan keju dan cincangan daun parsli. Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
  • Tuang bancuhan telur ke dalam periuk berisi spageti yang sudah dicelur tadi bersama brokoli dan ayam yang telah digoreng.
  • Gaul semua bahan hingga sebati dan hidangkan segera.

6.Mi Goreng

Bahan-bahan:

  • 1/2 paket mi kuning
  • 4 ekor Udang
  • isi ayam
  • 1 ekor sotong
  • 1 biji telur
  • sawi
  • taugeh
  • hirisan cili

Bahan ditumbuk:

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 bii cili merah
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar kicap lemak manis
  • 5 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap sotong
  • 4 sudu besar sos cili
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air (jika kering tambahkan sedikit lagi)

Cara-cara:

  • Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi.
  • Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Selepas 2 minit, tuangkan kicap pekat, kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili.
  • Masukkan pula seekor sotong. Tambahkan 1/2 cawan kecil air.
  • Seterusnya tos bersih mi kuning dan masukkan ke dalam kuali.
  • Perasakan dengan satu sudu besar gula (kurangkan jika perlu) dan secubit garam.
  •  Setelah mi melembut, masukkan udang. Selepas 1-2 minit, pecahkan sebiji telur. Gaul sebati. (Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur).
  • Terus masukkan sawi, taugeh dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api.
  • Sedia untuk dihidangkan bersama sambal cili dan keropok ikan. Perah asam limau sebelum dimakan.

7.Popcorn Ayam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 2 keping dada ayam
  • 1 biji telur ayam (pecahkan dan kacau)
  • sedikit tepung Bestari
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

  • Bersihkan dada ayam dan potong kecil-kecil.
  • Celup dada ayam dalam telur ayam. Kemudian gaulkan dengan tepung.
  • Ulangi lagi sekali. Celup dada ayam tadi ke dalam dalam telur ayam dan gaulkan dengan tepung.
  • Sementara celup ayam dalam telur ayam dan tepung ini tadi, panaskan minyak masak dalam kuali.
  • Goreng dada ayam sampai warna keemasan. Angkat dan ketepikan.

Nampak mudah bukan, jadi ibu bolehlah mencuba menu potluck tadika untuk jamuan hari raya di tempat anak nanti. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  7 Resepi Air Sedap & Segar Untuk Dihidangkan Ketika Hari Raya, Tetamu Mesti Suka!

Baca juga:  Senarai Menu Open House Yang Mudah & Sedap, Jadi Kesukaan Keluarga Serta Tetamu

Baca juga:  Menu Pantang Sendiri Berasaskan Ayam & Ikan, Tinggi Protein Bantu Pulihkan Luka Bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan