4 Resepi Sedap Untuk Anak Yang Susah Makan Sahur, Bantu Galakkan Mereka Puasa

Menu sahur untuk anak yang biasa seperti nasi sememangnya membuatkan mereka tiada selera. Apa kata ibu cuba beberapa resepi mudah ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menu sahur untuk anak sebenarnya tidaklah sukar untuk difikirkan. Mereka bukan jenis makan berat pun, yang penting bersahur.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Menu sahur untuk anak yang sedap dan mudah

Perlu diingatkan juga apabila di bulan Ramadan, bersahur adalah salah satu perkara yang sangat penting lebih-lebih lagi buat mereka yang akan bekerja, bersekolah ataupun melakukan aktiviti berat pada keesokan harinya. Kalau tak sahur, lembik dan lesu pula nanti.

Menu sahur untuk anak yang sedap dan mudah

Bahagian yang agak mencabar semestinya mengejutkan anak untuk bangun sahur. Kadang-kadang ia boleh menguji kesabaran ibu juga apabila kebanyakannya enggan sahur kerana tiada selera makan.

Memahami akan hal ini, seorang bapa Afzal Sukasuki telah berkongsikan beberapa menu sahur untuk anak yang sedap dan mudah.

Anak2 excited nak berpuasa tapi masalahnya dorang susah nak makan ketika sahur . So aku kena prepare menu mudah yang mampu menarik dorang untuk makan sahur dan encourage dorang untuk berpuasa 😁👍

Kat sini aku kongsikan 4 menu ringkas yang boleh korang sediakan untuk anak2 korang juga. Daripada buat doh sendiri, baik aku beli siap macam ni je.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senang 😂 Roti Paratha Fatihah dan bahan2 lain semuanya aku beli kat pasaraya Mydin hari tu 😁👍
Korang boleh klik gambar2 di bawah untuk lihat resepi dan cara2 penyediannya ye. Selamat mencuba

#1. Menu sahur untuk anak: Pai Carbonara

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– Royale Paratha Fatihah
– Bawang holland dipotong dadu
– Daging cincang dicuci bersih (400g)
– Sos Carbonara
– Kuning telur
– Sayur campur (optional)

1) Goreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika.
2) Tumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi.
3) Kemudian masukkan sayur campur (optional)
4) Masukkan 1 tin sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.
5) Potong roti paratha kepada 2 bahagian
6) Letak bahan2 carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.
7) Korang boleh klim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu. Sapu kuning telur pada atas doh carbonara
8) Masukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180°C
9) Siap dan boleh dihidang kepada anak2

#2. Resepi sahur untuk anak: Roti Sosej Comel

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

– Royale Paratha Fatihah
– Sosej ayam
– Kuning telur

1) Potong Roti Paratha Fatihah kepada 12 bahagian kecil seperti pizza.
2) Potong sosej menjadi 3 bahagian
3) Gulung sosej tersebut dengan potongan kecil roti paratha tadi
4) Sapu setiap gulungan sosej dengan kuning telur
5) Masak di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 5 minit
6) Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak

#3. Menu sahur yang sedap untuk anak: Sosej Wrap With Meat/Chicken Beacon

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

– Royale Paratha Fatihah
– Salad
– Beacon Ayam/Daging
– Mayonnaise dan sos
– Sosej ayam

1) Masak doh di dalam air fryer selama 10 minit pada suhu 180°C
2) Susun salad, beacon dan sosej di atas roti paratha tadi
3) Letak sos dan mayonnaise
4) Siap dan boleh dihidang buat anak-anak

#4. Resepi sahur untuk anak yang mudah: Pizzaria

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

– Royale Paratha Fatihah
– Sos Bolognaisse
– Beacon Ayam/Daging
– Lada Benggala/Nenas
– Keju Mozarella

1) Royale Paratha Fatihah dibiarkan lembut pada suhu bilik
2) Sapu rata sos bolognaisse
3) Susun beacon ayam/daging
4) Tabur lada benggala/nenas
5) Tabur keju Mozarella
6) Bakar di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 15 minit
7) Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak

Mudah je kan? Jadi, ibu ayah di luar sana bolehlah cuba untuk menyediakan menu-menu di atas ini untuk anak-anak bersahur. Pasti mereka akan lebih bersemangat untuk bangun, bau pun dah boleh buat mereka terliur!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Baru 6 Tahun, Yusuf Iskandar Berjaya Puasa Sebab Nak Dapat Pahala, Bagus Ajaran Parents Dia!

Baca juga: Bekal Makanan Dirampas, Doktor Kongsi Murid Lemah Dipaksa Guru Berpuasa Penuh

Baca juga: Usah Beria Paksa Anak Berpuasa, Ibu Ayah Perlu Ajar Mereka Jaga Solat Terlebih Dahulu

Penulis

Murns A.