X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bekal Makanan Dirampas, Doktor Kongsi Murid Lemah Dipaksa Guru Berpuasa Penuh

4 min bacaan
Bekal Makanan Dirampas, Doktor Kongsi Murid Lemah Dipaksa Guru Berpuasa PenuhBekal Makanan Dirampas, Doktor Kongsi Murid Lemah Dipaksa Guru Berpuasa Penuh

Puasa Ramadhan kali ini pasti ramai ibu teruja untuk melatih anak-anak. Namun, doktor kongsi kisah pesakit lemah akibat dipaksa berpuasa

Puasa Ramadhan kali ini pastinya penuh bermakna dengan adanya anak-anak yang semakin membesar dan bersekolah. Walau bagaimanapun sesetengah ibu ayah mungkin merasakan bahawa anak yang berusia 5 hingga 7 tahun perlu berpuasa seperti orang dewasa.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Puasa ramadhan bagi anak yang bersekolah, doktor kongsi kisah terima pesakit kanak-kanak lemah
  • Paksa murid puasa Ramadhan, guru bertindak ambil bekal makanan yang dibawa murid
  • Kantin sekolah tutup ketika bulan ramadhan, ibu dinasihatkan bawa bekal untuk anak sekolah

Namun tahukah anda bahawa syarat wajib puasa adalah akil baligh? Anak kecil yang belum akil baligh sebenarnya tidak perlu berpuasa jika dirinya tidak berkemampuan.

Puasa ramadhan bagi anak yang bersekolah, doktor kongsi kisah terima pesakit kanak-kanak lemah

anak puasa bersekolah

gambar sekadar hiasan. Kredit: sumijelly

Seorang doktor, Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi kisah di akaun Facebooknya ketika hari kedua puasa ramadhan, beliau telah menerima kes pesakit kanak-kanak yang sangat lemah kerana berpuasa.

Hari ini seorang ibu bawa anaknya yang kelihatan sangat lemah ke klinik.

Si anak baru berusia 6 hingga 7 tahun. Dia baru nak mengenal puasa. Hadir ke sekolah pada sesi pagi. Ibunya tidak menyediakan sarapan, tetapi sebab baru nak ajar puasa ramadhan, dia hanya bekalkan air dan roti untuk ke sekolah.

Dipesan pada anak, jika tidak tahan berpuasa. Maka berbukalah dengan bekal yang dibawa.

Namun begitu, sehingga si ibu ambil anaknya pulang di waktu tengah hari, anaknya masih lagi belum berbuka puasa. Jika tidak kerana anaknya kelihatan begitu lemah, pasti si ibu berasa senang hati.

Malangnya si anak ini nampak sangat lemah. Dia ada kata dia benci puasa. Dia benci sekolah dan kawan-kawan. Anak tu kata dia tak nak berpuasa lagi selepas ini dan tak mahu lagi ke sekolah.

Paksa murid puasa Ramadhan, guru bertindak ambil bekal makanan yang dibawa murid

Apabila ditanya mengapa, si anak beritahu bahawa makanan dan minumannya diambil oleh cikgu. Siapa yang tak berpuasa akan ditegur di khalayak kelas. Manakala rakan sekelas akan tertawakan mereka yang tidak berpuasa.

Lepas habis sekolah, baru bekal makanan dipulangkan semula. Dipesan sekali lagi oleh cikgu agar berpuasa penuh hingga masuk waktu berbuka. Si anak pula, hanya menurut kerana takut dimarahi.

anak puasa bersekolah

foto: bernama

Pada pendapat saya, bila mengajar anak-anak lakukan ibadah, hendaklah ia bersifat mengajak dan memujuk. Tidak usahlah ia dalam keadaan memaksa atau dengan cara yang memalukan mereka.

Kita semua mahukan anak-anak membesar dengan cinta terhadap agama. Kita kena lakukannya dengan berhikmah kerana jika sudah terbit rasa benci, maka sukar untuk disemai cinta di kemudiannya.

Mereka mungkin mampu berpuasa hingga ke azan Maghrib, namun perlukan persediaan serta penyesuaian berperingkat untuk elakkan risiko kemudaratan.

Kita ada 30 hari untuk puasa ramadhan, InsyaAllah cukup masa untuk mendidik, cukup masa untuk melatih, cukup masa untuk memberi sokongan. Sampai masa nanti, kita raikan kejayaan bersama-sama.

Semoga ramadhan ini lebih baik daripada sebelumnya. Tidak perlu mengecam tindakan guru berkenaan secara umum sebab tidak semua cikgu sebegini. Ada ramai yang bagus, prihatin dan berempati.

Kantin sekolah tutup ketika bulan ramadhan, ibu dinasihatkan bawa bekal untuk anak sekolah

Dalam memastikan anak-anak kecil dapat belajar berpuasa, kebanyakan sekolah mengamalkan polisi ‘tutup kantin’ sepanjang bulan puasa ini.

Namun bagi murid yang bukan Islam ataupun berumur 8 tahun ke bawah dibenarkan bawa bekal dan makan di ruangan lain yang telah disediakan.

kantin sekolah tutup puasa

Justeru ibu-ibu hendaklah menyediakan bekal kepada anak yang bersekolah dan tidak mampu berpuasa penuh setiap hari. Memandangkan usianya masih kecil, cukuplah sekadar mengajar mereka puasa separuh hari mengikut kemampuan diri mereka.

Hal ini adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah kesihatan yang berbahaya sehingga boleh meragut nyawa si manja disebabkan terlalu menahan lapar atau dahaga.

Gambar sekadar hiasan. Kredit gambar: berita harian Singapura

Kamarul Ariffin Nor Sadan, mstar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Usah Beria Paksa Anak Berpuasa, Ibu Ayah Perlu Ajar Mereka Jaga Solat Terlebih Dahulu

Baca juga: Umur 7 Tahun Adalah Waktu Yang Sesuai Didik Anak Berpuasa, Ini Panduan Buat Ibu

Baca juga: Pakar Laktasi Kongsi Tips Puasa Penuh Ibu Menyusu Badan, Tidak Perlu Qada Tahun Depan!

Stories Rakan Kongsi
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kids
  • /
  • Bekal Makanan Dirampas, Doktor Kongsi Murid Lemah Dipaksa Guru Berpuasa Penuh
Kongsikan:
  • Jangan Halang Anak Yang Suka Main Air, Banyak Manfaatnya Untuk Perkembangan Si Manja!

    Jangan Halang Anak Yang Suka Main Air, Banyak Manfaatnya Untuk Perkembangan Si Manja!

  • Aktiviti Melompat Bagus Untuk Anak, Bantu Bina Emosi Yang Baik & Mudahkan Tidur Si Manja

    Aktiviti Melompat Bagus Untuk Anak, Bantu Bina Emosi Yang Baik & Mudahkan Tidur Si Manja

  • Anak Buat 'Eksperimen' Dalam Bilik Air, Menangis Tengok Kening Jadi Botak Sebelah

    Anak Buat 'Eksperimen' Dalam Bilik Air, Menangis Tengok Kening Jadi Botak Sebelah

app info
get app banner
  • Jangan Halang Anak Yang Suka Main Air, Banyak Manfaatnya Untuk Perkembangan Si Manja!

    Jangan Halang Anak Yang Suka Main Air, Banyak Manfaatnya Untuk Perkembangan Si Manja!

  • Aktiviti Melompat Bagus Untuk Anak, Bantu Bina Emosi Yang Baik & Mudahkan Tidur Si Manja

    Aktiviti Melompat Bagus Untuk Anak, Bantu Bina Emosi Yang Baik & Mudahkan Tidur Si Manja

  • Anak Buat 'Eksperimen' Dalam Bilik Air, Menangis Tengok Kening Jadi Botak Sebelah

    Anak Buat 'Eksperimen' Dalam Bilik Air, Menangis Tengok Kening Jadi Botak Sebelah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.