Seronoknya kanak-kanak sekolah rendah kerana apabila bermula Januari 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyediakan menu sarapan pagi yang sihat dan percuma buat semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara!
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata inisiatif menu sarapan pagi itu diperkenalkan bagi memastikan murid sekolah rendah terus sihat dan cergas sekaligus membantu mereka memberi tumpuan yang baik dalam pelajaran setiap hari.
Tambah Dr Maszlee lagi, para pelajar memerlukan jadual dan amalan pemakanan yang seimbang agar dapat memastikan mereka belajar dengan lebih baik semasa berada di dalam kelas.
Hal ini kerana, Kementerian Pendidikan Malaysia amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting bagi memastikan murid-murid khususnya di sekolah rendah mendapat makanan yang berkhasiat. Ini dijelaskan sendiri oleh Dr Maszlee dalam posting terbarunya di laman Facebook.
Walau bagaimanapun, pihak KPM akan terus meneroka apa saja program yang dapat memastikan para pelajar hadir ke sekolah dengan rasa ceria dan gembira.
7 Sebab Kenapa Kanak-Kanak Harus Ambil Menu Sarapan Pagi Yang Sihat
Anda tahu tak kenapa setiap hari kita perlu mengambil sarapan pagi? Ini antara 7 kebaikannya yang sering kita terlepas pandang.
#1. Menurunkan berat badan & meningkatkan prestasi
50 peratus individu yang tidak ambil sarapan pagi akan mengalami berat badan yang berlebihan.
Dalam masa yang sama dengan mengambil sarapan juga ia dapat membantu meningkatkan fokus, memori dan kebolehan mental seseorang.
#2. Mulakan hari dengan sesuatu yang berkhasiat
Secara saintifik, jika anda mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat setiap hari ia juga dapat memberikan anda diet yang sihat sekaligus dapat memulakan hari dalam keadaan yang ceria.
#3. Meningkatkan metabolisme badan
Dengan pengambilan menu sarapan pagi yang sihat juga dapat meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembakaran lemak tubuh.
#4. Tingkatkan prestasi dan keresahan
Kalau nak tahu, sarapan dapat membekalkan sumber vitamin dan nutrisi yang penting untuk tubuh. Sekaligus ia dapat membekalkan tenaga untuk anda memulakan senaman bagi membakar lemak.
Bahkan, dengan sarapan juga dapat mengelak perut berasa lapar dan tidak makan secara berlebihan di waktu tengah hari.
#5. Mengurangkan risiko penyakit dan memperbaiki mood
Secara amnya, rutin diet yang sihat ini dapat mengurangkan beberapa gejala penyakit seperti hipoglisemia, hypotension dan diabetes.
Selain itu, ia juga dapat memperbaiki mood anda ke arah yang lebih ceria dan bahagia.
#6. Kesihatan jantung terpelihara
Dengan mengambil makanan yang berkhasiat di waktu pagi juga dapat meningkatkan tahap kolesterol dalam darah.
#7. Baiki hubungan dengan keluarga
Akhir sekali, makan sarapan pagi bersama keluarga juga adalah salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Nikmati waktu indah ini dengan sebaiknya.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Free Malaysia Today, Her Inspirasi
Baca juga:
4 Resipi Menu Sarapan Pagi Lazat & Tidak Memakan Masa Lama Untuk Anak Picky Eater