Menurut Pakar Dari Harvard, Parent Yang Besarkan Anak Terbaik Amalkan 5 Tips Parenting Anak Ini!

Pakar psikologi dari Harvard telah mendedahkan apa tips parenting anak yang paling bagus diikut semua ibu ayah. Anak jadi yang terbaik dek didikan anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam era digital ini, kanak-kanak menjadi lebih terdedah kepada teknologi. Ini amat membimbangkan ibu ayah kerana media membuatkan anak-anak untuk cenderung menjadi narsistik, syok sendiri, mementingkan diri dan kurang beradab. Ada tak tips parenting anak yang boleh kita lihat sebagai panduan?

Ini kerana adalah menjadi tugas kita sebagai ibu bapa untuk memastikan kita membesarkan anak-anak dengan baik. Ia agak merisaukan apabila anak kita dapat “Keep Up With The Kardashians” tetapi tidak mampu mencari teman bermain. Ia memalukan apabila kanak-kanak mempunyai segala-galanya kecuali adab!

Menurut pakar psikologi Harvard, ibu bapa yang membesarkan anak yang baik akan melakukan 5 perkara ini.

5 Tips Parenting Anak, Dan Cara Mendidik Anak Dengan Betul

1) Tindakan lebih berkesan dari kata-kata

Jangan hanya memberitahu mereka anda mengasihi dan sayang mereka.

Tunjukkan yang anda sayang mereka dengan meluangkan masa untuk mendengar cerita mereka, mengambil tahu tentang rakan-rakan mereka, sukan yang mereka suka, serta lagu-lagu yang mereka suka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ambil tahu juga dengan guru-guru mereka bagaimana mereka berkelakuan di sekolah, mengambil tahu bila peperiksaan, hari sukan dan hari-hari penting dalam hidup mereka.

Kita juga perlu menyokong dan menghadiri setiap peristiwa, tidak kira betapa kecil atau betapa tidak penting anda rasa peristiwa-peritiwa itu.

Mereka tidak akan ingat jika mereka memenangi emas ketika berlumba lari, sebaliknya mereka akan sentiasa mengingati bahawa ibu dan ayahnya berada di sana bersorak untuk mereka!

2) Tips parenting anak yang betul: Luangkan masa dengan mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meluangkan masa bukannya bermaksud anak duduk di depan TV di tepi anda, sementara anda pula sibuk dengan Facebook atau Instagram.

Meluangkan masa bersama bermaksud bermesra dan membuat aktiviti bersama-sama seperti mencuci kereta, menanam pokok, berjoging, masak dan makan bersama seperti keluarga.

Meluangkan masa bersama adalah memberi 100% perhatian kepada keluarga, dan bukannya kepada telefon anda.

3) Mendidik mereka supaya bersyukur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak yang mengamalkan konsep kesyukuran setiap hari adalah terbukti lebih murah hati, suka membantu, bersifat penuh rasa sayang dan kemaafan.

Cara untuk mengajar mereka adalah dengan menunjukkan melalui tindakan anda sendiri.

Cuba menyatakan “Terima kasih” jika seseorang membuka pintu untuk anda, atau ucap “Tolong” ketika meminta bantuan orang lain.

Juga, berbuat baiklah kepada orang-orang di sekeliling anda seperti juruwang, pelayan dan semua orang. Anak anda akan meniru tingkah laku anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4) Ajar anak untuk menjaga dan menetapkan standard moral yang tinggi

Ajarlah anak anda untuk menjaga kebajikan orang di sekelilingnya. Pastikan anak anda berpegang kepada janji-janji mereka.

Jika mereka berjanji akan belajar selepas bermain, pastikan mereka berpegang pada janji mereka.

Bermain adil dan jujur. Galakkan anak anda untuk membantu dan beretika.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Galakkan anak anda untuk berfikir dan menggalakkan mereka untuk menyelesaikan masalah mereka.

5) Jadilah contoh yang baik

Kanak-kanak yang masih kecil suka mimik orang dewasa dan itulah cara mereka belajar bagaimana untuk mengatasi masalah, meluahkan perasaan atau mengendalikan konflik.

Sebagai ibu-bapa, kita mungkin tidak sedar bahawa pergerakan kita sedang diawasi oleh anak kita.

Jika kita hendak anak kita suka membaca, kita juga haruslah membaca. Jika kita hendak anak kita berdisiplin dan sopan, kita perlu menjadi contoh yang baik terlebih dahulu.

Jika kita asyik marah dan tidak berdisiplin, anak kita tentu akan mencontohi kita.

Jadi ibu ayah, kita mahu anak kita jadi apa? Kita haruslah tepuk dada, tanya selera. Kemudian, tunjukkan contoh dan jadilah suri tauladan kepada anak-anak!

Rencana diterjemahkan daripada Curiousmind.

 

Penulis

Michelle Goh