10 Sebab Mengapa Doktor Lelaki Penting Di Wad Bersalin, Jangan Harap Doktor Wanita Saja!

Rata-rata ibu yang baru menyambut kelahiran bayi akan memilih doktor wanita semasa bersalin. Namun bagaimana pula dengan peranan doktor lelaki?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam menyambut kelahiran bayi, kebanyakan ibu lebih suka menggunakan khidmat doktor perempuan kerana ia melibatkan aurat dan sebagainya. Malah, kurang sedikit rasa malu jika doktor tersebut melakukan ujian tertentu kepada tubuh kita.

Namun, menurut Dr. Ahmad Hidayat Hasni Pegawai Perubatan Siswazah, ini fakta tentang kepentingan doktor lelaki bagi menyambut kelahiran bayi. Jom kita teliti lebih mendalam!

10 fakta yang masyarakat perlu tahu tentang menyambut kelahiran bayi bagi doktor lelaki

#1. Subjek Perbidanan dan Sakit Puan O&G adalah penting dalam perubatan

Bidang O&G merupakan subjek besar yang harus dipelajari oleh setiap pelajar perubatan di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Para pelajar tersebut perlu habis subjek ini dalam masa sebulan atau lebih bergantung kepada jadual pembelajaran universiti.

Hal ini kerana, bidang O&G adalah asas yang perlu dikuasai oleh seorang doktor. Pendek kata kalau doktor tidak menguasai bidang ini, dia tidak layak bergelar doktor.

Lantas dengan itu, pelajar perubatan akan melengkapkan ilmu mereka dengan cara-cara memeriksa ibu hamil, melihat atau mengendalikan wanita bersalin, melihat kaedah pap smear pada serviks, pembedahan czer dan banyak lagi.

#2. Jabatan O&G wajib dilalui doktor baru

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor Siswazah atau “House Officer” adalah doktor perubatan yang baru habis pengajiannya.

Malah mereka ini diwajibkan oleh kementerian bertugas dalam enam bidang utama iaitu Perubatan (Internal Medicine), Kanak-kanak (Pediatrics), pembedahan (Surgery), Ortopedik, Kecemasan/Anesthesiology dan Obstetrics and Gynecology (O&G).

Jadi sekiranya timbul cadangan tidak patut ada doktor lelaki dalam Jabatan O&G, maka di manakah doktor lelaki ini akan diletakkan?

Jika doktor lelaki dikecualikan daripada latihan O&G, ini bermaksud mereka hanya ada lima posting jabatan sahaja. Malah ia tentu meringankan tugas doktor lelaki tapi doktor perempuan tugasnya jadi lebih banyak dan berat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan, pesakit yang ada itu bukan semuanya normal, ada yang mengalami darah tinggi, kencing manis, pendarahan dan sebagainya.

Malah ini melibatkan nyawa orang dan itu belum campur lagi urusan di bilik bersalin, bilih bedah dan klinik. Apakah mampu dikendalikan doktor perempuan sahaja?

#3. Doktor tamat latihan (housemanship) perlu bersedia dilantik menjadi doktor di Hospital Daerah atau Klinik Kesihatan

Bagi hospital daerah, tiada kepakaran di setiap jabatan jadi doktor yang house officer tadi kini menjadi pegawai perubatan.

Jadi merekalah yang akan menjadi doktor yang bertugas bagi merawat dalam semua bidang sama ada kanak-kanak, trauma, kecemasan, O&G dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau nak bersalin maka mereka ini yang akan kendalikan kes, begitu juga di klinik mereka akan melakukan pemeriksaan kandungan dan sebagainya.

Kalau bilangan doktor perempuan ramai mungkinlah boleh buat permintaan tapi kalau tak cukup? Anda perlu juga terima doktor lelaki untuk sambut kelahiran bayi anda demi keselamatan nyawa bayi dan ibu.

#4. Nisbah doktor di Malaysia belum mencukupi

Kementerian Kesihatan Malaysia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara kita belum mencapai piawaian WHO bagi nisbah doktor kepada bilangan penduduk.

Jika kita menyekat nisbah kepada doktor lelaki nescaya pesakit tidak akan dapat dirawat dengan baik sekaligus boleh mengancam nyawa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Doktor pakar O&G belum mencukupi

Apatah lagi doktor pakar dalam bidang O&G juga belum mencukupi malah latihannya juga mengambil masa yang agak lama kira-kira empat ke lima tahun.

#6. Aurat pesakit lelaki dan wanita di jabatan lain

Dalam masa yang sama, aurat pesakit lelaki di jabatan lain juga haruslah dijaga kerana ada masanya mereka juga perlu mendedahkan aurat kepada jururawat dan doktor wanita. Sama juga di jabatan pembedahan, aurat pesakit wanita akan didedahkan untuk rawatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, jika nak kerah semua doktor wanita ke bahagian O&G sahaja, bagaimana wanita di bahagian yang lain. Tidakkah aurat mereka juga perlu dijaga?

#7. Nyawa lebih utama di bilik bersalin

Semasa berada dalam bilik bersalin, tumpuan kakitangan kesihatan adalah demi menyelamatkan nyawa pesakit. Maka, sangat mustahil untuk doktor lelaki mengambil kesempatan ke atas aurat pesakit yang terdedah dalam keadaan sebegitu.

#8. Staf wanita wajib menemani pesakit ketika rawatan

Dalam etika perubatan dan undang-undang, pesakit yang dirawat oleh jantina berlainan wajib ditemani dengan staf jantina yang sama dengan pesakit.

#9. Pesakit berhak minta dirawat oleh doktor perempuan

Walaubagaimanapu,n pesakit ada hak untuk membuat permintaan supaya dirawat oleh doktor perempuan. Malah pihak hospital akan cuba memenuhi permintaan mereka namun ia bergantung kepada kekosangan semasa itu.

Tapi, jika keadaan pesakit lebih serius dan doktor wanita yang ada kurang pengalaman mengendalikan kes tersebut berbanding doktor lelaki, maka pihak hospital tidak akan memberi risiko kepada nyawa pesakit.

#10. Hospital swasta ada had tersendiri

Meskipun hospital swasta boleh memenuhi permintaan anda namun mereka tidak mempunyai kepakaran dan fasiliti yang terhad berbanding hospital besar.

Biasanya hospital besar mempunyai pakar dan staf yang terlatih serta mempunyai kelengkapan kecemasan yang lebih lengkap.

Jadi jika ada sebarang kecemasan mereka tidak mampu mengendalikannya lalu memindahkan pesakit ke hospital kerajaan.

Semoga perkara ini dapat memberi anda kefahaman mengapa masyarakat memerlukan kehadian doktor lelaki dalam wad bersalin. Diharap bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: The Vocket

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combidan-atau-doktor