Ibu Ini Nekad Ingin Menyusu Sampai Anak Gadisnya Berusia 10 Tahun

Ibu Ini Nekad Ingin Menyusu Sampai Anak Gadisnya Berusia 10 Tahun

Ibu ini sungguh hebat! Dia ingin terus menyusu walaupun anaknya sudah besar. Ketahui kebaikan dan keburukan apabila ibu melanjutkan penyusuan badan dan bila ingin cerai susu.

Ibu ini ingin menyusu sampai anak 10 tahun

Sesetengah orang menganggap menyusu topik yang boleh menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat tertentu. 

Sekarang, makin banyak berita ibu dilarang menyusukan anak di kawasan terbuka, ibu yang memilih untuk melanjutkan penyusuan walaupun anak sudah besar dan macam-macam lagi di media sosial.

Tapi berita hangat yang dapat perhatian dunia sekarang adalah kisah Miira Dawson dari England yang bertekad untuk menyusukan Tara anaknya sehingga dia berusia 10 tahun!

Orang ramai ingin tahu mengapa Mirra membuat keputusan begitu dan apabila ditanya inilah jawapannya:

Ibu Ini Nekad Ingin Menyusu Sampai Anak Gadisnya Berusia 10 Tahun

Menyusu sampai anak 10 tahun untuk meningkatkan IQ anak

Walaupun kebanyakan ibu menyusu akan berhenti sebelum anak berusia 1 tahun, Miira berharap untuk menyusu sehingga anaknya 10 tahun kerana ingin meningkatkan IQ anak.

Untuk meninggalkan kenangan manis

Saya berpendapat menyusu badan adalah satu kenangan yang manis – anak membesar ingat ibu pernah menyusunya.

Tambahan pula, menyusu banyak manfaat dari segi kesihatan dan peningkatan IQ.

Tandem feeding dan co-sleeping

Miira juga ada seorang lagi anak lelaki yang baru berumur 2 tahun.

Miira selalu menyusukan kedua-dua mereka pada masa yang sama (tandem feeding) sebanyak 3 kali sehari.

Ibu Ini Nekad Ingin Menyusu Sampai Anak Gadisnya Berusia 10 Tahun

Kredit: Paul Carter / The Tab

Selain itu, Miira juga mengamalkan co-sleeping dengan anak-anaknya. Miira tidur ditengah-tengah katil dan diantara kedua-dua anaknya.

Suami Miira, Jim tidur di katil yang lain disebabkan masalah kesihatan.

Miira tidak mahu anaknya bangun tengah-tengah malam dengan keadaan takut dan bersendirian. Malah menurutnya –

“Anak-anak saya tak pernah menangis apabila tidur, atau bangun pada waktu malam dengan takut kerana saya sentiasa di sisi mereka.”

Apakah pendapat suaminya tentang semua ini?

Jim berkata dia membenarkan Miira untuk terus menyusukan anak-anaknya buat masa ini.

Namun, dia mengaku kadang-kadang dia rasa terpinggir semasa co-sleeping kerana tidak dapat meluangkan masa atau membaca buku cerita sebelum anak-anaknya tidur.

Artikel berkaitan: Anak Lebih Pandai Berbahasa Jika Bapa Yang Membacakan Buku Cerita Sebelum Tidur

Ibu Ini Nekad Ingin Menyusu Sampai Anak Gadisnya Berusia 10 Tahun

Kredit: Daily Mail David Hedges / SWNS

Apakah pendapat pakar tentang ini?

WHO mencadangkan ibu menyusu secara eksklusif untuk sekurang-kurang 6 bulan pertama kehidupan anak dan selama 2 tahun (ataupun lebih), bersama dengan pemakanan yang betul.

Menurut Dr. Maria Iacovou, seorang ahli sosiologi di University of Cambridge,

“Kita jarang dengar tentang ibu yang ingin menyusukan anak hingga berusia 6 tahun. Walaubagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan amalan ini adalah perbuatan yang salah.”

Cabaran dan dugaan untuk ibu menyusu badan

Tetapi cabaran serta pengorbanan untuk menyusukan anak apabila diminta (on demand) sehingga mereka berusia 10 tahun sangatlah besar.

Bayangkan masa yang perlu diluangkan untuk terus menyusu atau mengepam susu ibu. 

Ibu  mesti pandai mengatur masanya dan menyesuaikan kehidupan keluarga untuk keperluan anak-anak.

Bagaimana pula dengan keperluan ibu itu sendiri serta keperluan suaminya? Bolehkah ibu itu memenuhi keperluan suami dan dirinya sendiri?

Tujuan saya bukan untuk mengutuk amalan ini – sebaliknya, saya berpendapat setiap ibu berhak untuk membuat keputusan bila mereka ingin bercerai susu atas alasan mereka tersendiri. 

Pada pendapat ibu-ibu sekalian, sampai bilakah anak patut menyusu? Isi jawapan anda di ruang komen di bawah!

Semua sumber gambar dari: Daily MailDavid Hedges | SWNS

Sumber: Diply

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

12 foto ibu menyusu yang menakjubkan pada tahun 2016

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner
app download btn
Baca artikel dix