TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Sebab Ibu Ini Kembali Menyusukan Anaknya Setelah Bercerai Susu Akan Membuat Anda Menangis

3 min bacaan
Sebab Ibu Ini Kembali Menyusukan Anaknya Setelah Bercerai Susu Akan Membuat Anda Menangis

Ibu ini telah memutuskan untuk bercerai susu dengan anaknya yang berusia 20 bulan, tapi 2 minggu kemudian dia kembali menyusukannya kerana sebab-sebab yang sangat mengharukan.

Terdapat banyak alasan mengapa para ibu memutuskan untuk melanjutkan penyusuan bayi walaupun si anak sudah cukup umur untuk bercerai susu.

Ada yang melakukannya kerana tak sanggup melihat anak menangis, ataupun si ibu itu sendiri yang rindu untuk menyusu.

Baru sekejap sahaja si kecil bercerai susu, mulalah dia teringin hendak menyusukan buah hatinya lagi.

Dalam sebuah Fanpage Facebook Breastfeeding Mama Talk, seorang ibu telah berkongsi sebab mengapa dia kembali menyusukan anaknya walaupun baru beberapa hari bercerai susu.

Ibu yang tidak mahu diketahui namanya itu telah mengaku dalam posting tersebut, yang dia memang selalu letih dan ingin tidur lebih lama tanpa perlu bangun tengah malam untuk menyusukan bayinya.

Tetapi hanya selepas beberapa hari anak bercerai susu, dia mula rindukan ikatan istimewa dengan bayinya yang hanya boleh diperolehi dari menyusu.

Malangnya, anaknya sudah tidak mahu lagi menyusu dan ibu ini terpaksa menerima hakikat itu.

www.facebook.com/bfmamatalk/photos/a.471668436214912.96317.411182815596808/1443235952391484/?type=3&theater

Ibu ini telah menulis:

Dua minggu yang lalu, saya telah memutuskan untuk berhenti menyusukan bayiku yang kini sudah berusia 20 bulan, kerana saya sangat letih. Ya, saya ingin tidur lebih lama pada waktu malam. Saya juga selalu mendengar orang memberi komen: “Sebab masih menyusulah anak itu asyik melekat pada kamu!” Ya, memang saya sangat letih dan ingin kebebasan untuk pergi ke bilik mandi tanpa perlu membawa anak sehinggalah saya memutuskan untuk bercerai susu. Kami baru bercerai susu untuk dua hari sahaja, dan dia nampak baik sahaja, seolah-olah dia menerima keputusan saya untuk berhenti menyusu. Sebaliknya, saya pula yang mula rasa patah hati dan rindu. Pada hari keempat, saya telah cuba untuk menyusukan anak saya lagi, tetapi dia enggan menyusu lagi! Saya berasa sangat sedih, dan cuba untuk menerimanya. Minggu lalu, saya baru tahu anak saya didiagnosis dengan retinoblasma (kanser mata), dan dia perlu menjalani kemoterapi. Sebagai seorang ibu, saya tahu dia akan memerlukan sesuatu yang dapat menenangkanya semasa menjalankan kemoterapi. Saya pun cuba untuk memujuknya untuk menyusu lagi. Selepas memujuk selama satu hari, dia telah kembali menyusu. Saya sangat gembira apabila berjaya untuk menyambung rutin menyusu kami, kerana inilah satu-satu caranya untuk menenangkan anak saya terutamanya selepas kemoterapi pertama pada Khamis lalu. Sekarang, saya akan menyusukan anak saya sehingga dia sedia untuk bercerai susu. Penyusuan susu ibu memang sangat indah…

Menyusu memang boleh menenangkan anak dan memberi perasaan yang tenang dan selamat, terutamanya apabila si kecil terpaksa melalui pengalaman yang menyakitkan seperti immunisasi ataupun kemo.

Tindakan ibu ini untuk cuba menyusu semula adalah keputusan tepat, kerana payudara ibu adalah sesuatu yang luar biasa dan amat digemari/disayangi oleh anak yang menyusu.

Anak boleh rasa tenang serta dilindungi semasa proses menyusu!

Ibu-ibu semua, jika anda rasa yang si anak masih memerlukannya, jangan ragu-ragu untuk terus menyusu lagi.

Tidak kiralah apa yang orang lain kata atau walaupun anda sudah berniat untuk bercerai susu!

Secara ringkas tentang retinoblastoma:

Retinoblastoma ialah kanser mata yang biasanya terjadi kepada kanak-kanak berusia di bawah lima tahun.

Kanser seperti ini jarang berlaku kepada orang dewasa. Lazimnya, ia akan memberi kesan kepada lapisan sensitif dan nipis di dalam mata.

Retinablastoma terjadi apabila terdapat mutasi genetik terhadap sel di dalam mata. Jika dibiarkan, ia boleh merebak ke bahagian lain contohnya otak dan tulang belakang.

Walaubagaimanapun, 95% kes retinoblastoma dapat dipulihkan kerana berjaya dikesan diperingkat awal.

Simptom-simptom

Biasanya retinoblastoma terjadi pada kanak-kanak kecil. Antara tanda yang anda boleh lihat ialah:

  • tompok putih pada tengah anak mata (pupil) yang lebih jelas apabila cahaya seperti flash mengenai mata 
  • mata seakan juling
  • kemerahan pada mata
  • mata bengkak

Ini adalah tanda-tanda secara am. Dapatkan pemeriksaan lanjut dari ahli perubatan jika terdapat sesuatu yang merisaukan anda.

Baca juga:

Surat Menyayat Hati Seorang Ibu tentang Anaknya yang Meninggal Akibat Kanser

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Laktasi
  • /
  • Sebab Ibu Ini Kembali Menyusukan Anaknya Setelah Bercerai Susu Akan Membuat Anda Menangis
Kongsikan:
  • Cara Penyimpanan Susu Ibu Dan Panduan Pengendalian Yang Betul

    Cara Penyimpanan Susu Ibu Dan Panduan Pengendalian Yang Betul

  • Posisi Menyusu Bayi Dan Teknik Penyusuan Yang Betul Agar Ibu Dan Bayi Selesa

    Posisi Menyusu Bayi Dan Teknik Penyusuan Yang Betul Agar Ibu Dan Bayi Selesa

  • Susu Badan Berkurang? Ikhtiar Dengan 8 Supplement Tambah Susu Badan Yang Berkesan Ini!

    Susu Badan Berkurang? Ikhtiar Dengan 8 Supplement Tambah Susu Badan Yang Berkesan Ini!

  • Cara Penyimpanan Susu Ibu Dan Panduan Pengendalian Yang Betul

    Cara Penyimpanan Susu Ibu Dan Panduan Pengendalian Yang Betul

  • Posisi Menyusu Bayi Dan Teknik Penyusuan Yang Betul Agar Ibu Dan Bayi Selesa

    Posisi Menyusu Bayi Dan Teknik Penyusuan Yang Betul Agar Ibu Dan Bayi Selesa

  • Susu Badan Berkurang? Ikhtiar Dengan 8 Supplement Tambah Susu Badan Yang Berkesan Ini!

    Susu Badan Berkurang? Ikhtiar Dengan 8 Supplement Tambah Susu Badan Yang Berkesan Ini!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham