X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Penyusuan Lanjut: Adakah Ibu Sudah Bosan Dengan Komen-Komen Negatif?

3 min bacaan
Penyusuan Lanjut: Adakah Ibu Sudah Bosan Dengan Komen-Komen Negatif?

Cadangan WHO adalah untuk menyusukan bayi selepas lahir dan sehingga mereka sekurang-kurangnya 6 bulan. Tetapi, isu menamatkan penyusuan badan adalah keputusan individu. Jom tengok apa kebaikan penyusuan lanjut untuk bayi serta ibu itu sendiri!

Penyusuan lanjut susu ibu masih mendapat perhatian orang ramai yang berselisihan pendapat sama ada ia mendatangkan manfaat ataupun tidak.

Contohnya ibu ini yang telah menyusukan anaknya yang berumur 6 tahun! 

Antara faktor-faktor mengapa tempoh penyusuan susu ibu zaman ibu bapa kita dipendekkan adalah kerana para ibu perlu kembali bekerja dan anak terus dihantar ke nurseri, day care atau taska.

Mereka juga tidak mempunyai pam-pam payudara mudah alih seperti kita sekarang.

Mereka cuma boleh gunakan pam payudara hospital sahaja. Jadi, memang sukar untuk meneruskan pemberian susu ibu kecuali jika dia seorang suri rumah.

Manfaat penyusuan lanjut untuk anak dan ibu

“Makanan” paling seimbang – Susu ibu boleh dianggap sebagai emas untuk bayi.

Apabila anak semakin besar, komposisi susu ibu akan terus berubah untuk memenuhi keperluan mereka.

Tidak ada usia di mana susu ibu tidak akan memberi manfaat kepada anak. 

Perlindungan terhadap jangkitan dan penyakit – Dengan meminum susu ibunya, anak akan menerima antibodi ibu serta perlindungan imuniti dari pelbagai virus dan jenis serangan penyakit.

Ibu menyusu juga boleh mengelakkan risiko kanser payudara, kanser ovari, arthritis rheumatoid, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis. 

Pengajian juga menunjukkan bahawa penyusuan yang lebih lama boleh menyumbang kepada kesihatan keseluruhan ibu.

Anak yang lebih pandai – Sesetengah penyelidik mendakwa bahawa kanak-kanak yang masih menyusu walapun sudah lebih besar menunjukkan tahap kecerdasan dan sosialisasi yang lebih tinggi.

Penyusuan Lanjut: Adakah Ibu Sudah Bosan Dengan Komen-Komen Negatif?

Pengikatan emosi – Penyusuan susu ibu boleh merapatkan hubungan antara ibu dan anak.

Ia membantu anak untuk berasa selamat dan membentuk kepercayaan apabila mereka ke dunia luar.

Keselesaan psikologi – Penyusuan susu ibu adalah cara semula jadi untuk memenuhi keperluan anak.

Sejurus sahaja mereka menekap pada payudara ibu, perasaan selamat dan kasih sayang mula menyelubungi tubuh mereka.

Ia juga adalah satu-satu masanya seorang ibu boleh duduk seketika dengan tenang.

Secara spontan, saya akan berhenti memikirkan masalah yang dihadapi kerana tidak ingin menjejaskan pengaliran susu.

Tanpa disedari, setiap kali anak menyusu, saya terus melupakan masalah keluarga dan menumpukan masa dan perhatian eksklusif kepada anak saya.

Jadi kadang-kala, saya pun confuse siapa yang menenangkan siapa sebenarnya!

Cabaran melanjutkan penyusuan
  • Ibu menyusu perlu menjaga makan terutamanya jika anak mempunyai alahan.
  • Tubuh ibu senang letih kerana semua nutrien pergi ke susu ibu. Ibu perlu makan makanan yang seimbang dan mengambil vitamin dan mineral kompleks supaya tidak terlalu letih.
  • Tidak semua suami berkongsi hasrat isteri untuk menyusukan anak untuk masa yang lama, terutamanya jika anak masih tidur dengan ibu bapa mereka.
Bagaimana dengan tanggapan negatif mengenai penyusuan lanjut?

Di seluruh dunia, purata usia kanak-kanak berhenti minum susu adalah kira-kira 2-4 tahun.

Jarang ada yang melanjutkan penyusuan susu ibu sehingga kanak-kanak mencapai usia 6-7 tahun dan kadang-kadang, ini boleh mencetuskan reaksi negatif dari orang ramai.

Jangan risau tentang pendapat orang lain, sebaliknya, percayakan naluri anda.

Selagi anak sihat, makan dengan cukup dan perkenalkan si kecil anda dengan makanan lain secara beransur-ansur agar mereka mengetahui pelbagai jenis rasa, ia tidak akan mendatangkan masalah.

Keputusan untuk melanjutkan penyusuan adalah keputusan ibu itu sendiri!

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!

Sekiranya orang memberi komen negatif, ingatkan mereka bahawa keputusan untuk melanjutkan penyusuan anak adalah keputusan anda.

Sumber: Mother How

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Penyusuan Lanjut: Adakah Ibu Sudah Bosan Dengan Komen-Komen Negatif?
Kongsikan:
  • Ada sebab kenapa ibu menyusu sampai lebih 2 tahun, semuanya untuk anak!

    Ada sebab kenapa ibu menyusu sampai lebih 2 tahun, semuanya untuk anak!

  • Tips Puasa Untuk Ibu Menyusu, Jangan Risau Jika Betul Caranya, Susu Tak Akan Drop!

    Tips Puasa Untuk Ibu Menyusu, Jangan Risau Jika Betul Caranya, Susu Tak Akan Drop!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ada sebab kenapa ibu menyusu sampai lebih 2 tahun, semuanya untuk anak!

    Ada sebab kenapa ibu menyusu sampai lebih 2 tahun, semuanya untuk anak!

  • Tips Puasa Untuk Ibu Menyusu, Jangan Risau Jika Betul Caranya, Susu Tak Akan Drop!

    Tips Puasa Untuk Ibu Menyusu, Jangan Risau Jika Betul Caranya, Susu Tak Akan Drop!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.