Ibu ini ingin menyusu sampai anak 10 tahun
Sesetengah orang menganggap menyusu topik yang boleh menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat tertentu.
Sekarang, makin banyak berita ibu dilarang menyusukan anak di kawasan terbuka, ibu yang memilih untuk melanjutkan penyusuan walaupun anak sudah besar dan macam-macam lagi di media sosial.
Tapi berita hangat yang dapat perhatian dunia sekarang adalah kisah Miira Dawson dari England yang bertekad untuk menyusukan Tara anaknya sehingga dia berusia 10 tahun!
Orang ramai ingin tahu mengapa Mirra membuat keputusan begitu dan apabila ditanya inilah jawapannya:
Menyusu sampai anak 10 tahun untuk meningkatkan IQ anak
Walaupun kebanyakan ibu menyusu akan berhenti sebelum anak berusia 1 tahun, Miira berharap untuk menyusu sehingga anaknya 10 tahun kerana ingin meningkatkan IQ anak.
Untuk meninggalkan kenangan manis
“Saya berpendapat menyusu badan adalah satu kenangan yang manis – anak membesar ingat ibu pernah menyusunya. Tambahan pula, menyusu banyak manfaat dari segi kesihatan dan peningkatan IQ.“
Tandem feeding dan co-sleeping
Miira juga ada seorang lagi anak lelaki yang baru berumur 2 tahun.
Miira selalu menyusukan kedua-dua mereka pada masa yang sama (tandem feeding) sebanyak 3 kali sehari.
Selain itu, Miira juga mengamalkan co-sleeping dengan anak-anaknya. Miira tidur ditengah-tengah katil dan diantara kedua-dua anaknya.
Suami Miira, Jim tidur di katil yang lain disebabkan masalah kesihatan.
Miira tidak mahu anaknya bangun tengah-tengah malam dengan keadaan takut dan bersendirian. Malah menurutnya –
“Anak-anak saya tak pernah menangis apabila tidur, atau bangun pada waktu malam dengan takut kerana saya sentiasa di sisi mereka.”
Apakah pendapat suaminya tentang semua ini?
Jim berkata dia membenarkan Miira untuk terus menyusukan anak-anaknya buat masa ini.
Namun, dia mengaku kadang-kadang dia rasa terpinggir semasa co-sleeping kerana tidak dapat meluangkan masa atau membaca buku cerita sebelum anak-anaknya tidur.
Artikel berkaitan: Anak Lebih Pandai Berbahasa Jika Bapa Yang Membacakan Buku Cerita Sebelum Tidur
Apakah pendapat pakar tentang ini?
WHO mencadangkan ibu menyusu secara eksklusif untuk sekurang-kurang 6 bulan pertama kehidupan anak dan selama 2 tahun (ataupun lebih), bersama dengan pemakanan yang betul.
Menurut Dr. Maria Iacovou, seorang ahli sosiologi di University of Cambridge,
“Kita jarang dengar tentang ibu yang ingin menyusukan anak hingga berusia 6 tahun. Walaubagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan amalan ini adalah perbuatan yang salah.”
Cabaran dan dugaan untuk ibu menyusu badan
Tetapi cabaran serta pengorbanan untuk menyusukan anak apabila diminta (on demand) sehingga mereka berusia 10 tahun sangatlah besar.
Bayangkan masa yang perlu diluangkan untuk terus menyusu atau mengepam susu ibu.
Ibu mesti pandai mengatur masanya dan menyesuaikan kehidupan keluarga untuk keperluan anak-anak.
Bagaimana pula dengan keperluan ibu itu sendiri serta keperluan suaminya? Bolehkah ibu itu memenuhi keperluan suami dan dirinya sendiri?
Tujuan saya bukan untuk mengutuk amalan ini – sebaliknya, saya berpendapat setiap ibu berhak untuk membuat keputusan bila mereka ingin bercerai susu atas alasan mereka tersendiri.
Pada pendapat ibu-ibu sekalian, sampai bilakah anak patut menyusu? Isi jawapan anda di ruang komen di bawah!
Semua sumber gambar dari: Daily Mail| David Hedges | SWNS
Sumber: Diply
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.com12-foto-ibu-menyusu-yang-menakjubkan-pada-tahun-2016/