Kebaikan ibu lebih peka apabila anak menyusu badan dengan lebih lama: Kajian

Menyusu badan mempunyai pelbagai kebaikan. Tapi tahukah anda tentang kebaikan yang melibatkan kepekaan dan pemahaman ibu terhadap anak ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila ibu faham tugas menyusu badan dengan baik

Kajian dari American Psychological Association mendapati durasi penyusuan susu badan berkait rapat dengan kepekaan ibu terhadap tugas menyusu badan dan kepentingannya pada anak. Kajian telah dijalankan selama lebih 10 tahun ini membuktikan hal ini.

Tujuan utama kajian ini bukanlah untuk merendahkan mana-mana ibu yang tidak memberi anak mereka susu badan.

Sebenarnya, kajian ini dijalankan dengan harapan penyusuan susu ibu dilihat lebih dari sekadar untuk kesihatan anak, tapi sebagai salah satu cara pendekatan didikan ibu bapa. Serta untuk memahami peranan penyusuan ibu dalam hubungan kekeluargaan.

Ibu lebih peka tentang tugas menyusu badan pada anak

Para pengkaji dalam kajian terkejut dengan keputusan yang menunjukkan bagaimana ibu yang lebih peka tentang anaknya mendapat lebih banyak kebaikan. Kepekaan di sini bermaksud keseragaman respon seseorang ibu terhadap anaknya, dari segi emosional, tingkah laku serta memahami kehendak anak.

Keputusan yang diperoleh telah mengambil kira keperibadian ibu bapa, etnik, taraf pendidikan ibu, kehadiran pasangan ibu serta ‘maternal neuroticism’. Kajian juga  melibatkan lebih 1000 keluarga yang ditemu ramah. Ini termasuklah etnik minoriti dan mereka yang tidak berpelajaran tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu-ibu dalam kajian ini secara puratanya menyusukan anak mereka selama 17 minggu. Lebih kurang 1% menyusu selama 24 bulan dan 29% tidak menyusukan susu badan langsung.

Para pengkaji telah menemu ramah dan merakam keluarga ini hingga anak mereka berusia 11 tahun.

Purata durasi menyusu badan ialah selama 17 minggu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Para pengkaji meneliti hubungan ibu dan anak di dalam pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti penyelesaian masalah. Interaksi antara ibu dan anak akan diperhatikan dan dinilai.

Selain itu, para bapa juga diperhatikan namun tidak terkesan dengan penyusuan ibu.

Walaupun lebih lama penyusuan ibu menyumbang kepada manfaat kepekaan ibu yang lebih baik, tapi kesannya tidaklah banyak. Ini bermakna interaksi antara ibu anak semasa penyusuan yang menguatkan ikatan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, tidak semestinya penyusuan lanjutan memberi lebih manfaat di dalam perihal ini.

Hebat bukan, ibu-ibu boleh tahu bayi mereka lapar sebelum mereka menangis? Mereka boleh faham jika bayi mereka tidak selesa. Dan cepat sedar jika ada sesuatu yang tidak kena dengan bayi mereka. 

Tetapi menyusu badan atau tidak, naluri ibu bukanlah sesuatu yang boleh disangkal. Ia adalah sesuatu yang hanya seorang ibu akan faham.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sumber: Neurosciencesnews

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penyusuan Lanjut: Adakah Ibu Sudah Bosan Dengan Komen-Komen Negatif?

Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma