Kadangkala ada ibu bapa yang buntu kerana anak mereka amat mudah merajuk. Kena marah sikit, muncung panjang sedepa bak kata orang.
Bila ditegur atau tidak dilayan, anak cepat sangat terasa dan merajuk. Adakah ini tanda anak anda ‘lembik’? Tidak kira lelaki atau perempuan, sama saja.
Anak lelaki tidak kurang hebatnya merajuk dan cepat tarik muka bila ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka. Tiada bezanya dengan anak perempuan. Jadi ada ibu bapa yang risau anak mereka ini jadi ‘lembik’ jika mudah benar merajuk.
Cepat merajuk tanda anak ‘lembik’?
Jangan terlalu cepat membuat andaian. Anda perlu faham psikologi kanak-kanak. Ia tidak sama dengan pengendalian psikologi orang dewasa.
Menurut Mohd Fhais Salim, ini bukan tanda mereka lembik tetapi tanda hati mereka lembut dan mudah tersentuh. Kena marah sikit saja dia merajuk. Silap sikit saja terus lari menyorok belakang kerusi. Bergaduh sikit dengan kawan, terus lari tak nak main dah.
Itu tandanya hati dia lembut. Bukan lembik!
Anak yang hati lembut ni penuh dengan kasih sayang dan kuat rasa cinta pada ibu ayahnya. Hati lembut ni bukti kuat hatinya ada Abundance Love dari ibu ayahnya.
Kasih sayang yang melimpah ruah. Ini sangat bagus. Sebab tu la salah tegur sikit dia cepat saja:
- sentap
- sebak
- sedih
- muram
- merajuk
Lumrah manusia, bila kena marah dengan orang yang kita sayang pedihnya bukan biasa-biasa. Merajuk bukan lembik, tapi itu bukti cinta dan sayang dia pada kita kuat bebenar.
Kalau anak mula menjeling itu bahaya
Tapi awas, bila anak kena marah dia tak merajuk tapi dia jeling balik muka kita, itu bahaya! Itu red flag yang hati dia nak mengeras dan mungkin sedang kecewa dengan ibu ayah.
Hanya anak yang tak rasa disayangi dan tak dihargai sahaja akan sampai hati untuk melawan ibu ayahnya.
Mungkin ada yang anggap biasa saja perbuatan menjeling, malah kadang kala ada yang menganggap ia comel kerana anak boleh membuat mimik muka seperti orang dewasa.
Tapi anda perlu jaga-jaga ya, ada tanda bahaya jika anak mula menjeling jika anda memarahi mereka. Usah dibiarkan dia berterusan begitu kerana akan membawa impak negatif kepada perilakunya.
5 tanda anak connected dengan ibu ayah
Anak yang memang rapat dengan ibu dan ayahnya memang mudah tersentuh jika dimarahi dan sebagainya. Seperti orang dewasa, apabila dimarahi oleh orang yang kita sayang, pasti akan terluka.
Jadi apa tanda jika seseorang anak itu connected dengan ibu dan ayahnya:
#1. Mudah merajuk
Sensitif amat, marah sikit saja boleh punca dia muncung panjang. Bila hati terlalu sayang, begitulah jadinya kerana menjadi terlalu sensitif.
#2. Suka bermanja
Walaupun dia boleh buat sendiri tetap dia nak minta kita tolong buatkan. Bukan tak pandai berdikari tapi dia buat buat tak pandai sebab suka kita layan dia.
#3. Asyik nak berkepit
Tempat punya luas, dengan kita juga dia nak berhimpit. Suka duduk atas riba, celah ketiak dan boleh tiba-tiba datang peluk kita bila dia terasa nak peluk.
#4. Mudah ketawa
Connected dengan ibu ayah beri impak positif yang long term pada anak. Dia jadi kurang stres, kurang anxiety dan kurang rasa takut. Jadinya dia sangat mudah terhibur dan mudah ketawa.
#5. Senang ikut nasihat
Anak yang rasa connected dia akan percaya dan ikut bulat-bulat apa yang ibu ayah katakan. Ibu ayah idola sejati mereka.
Tak susah pun, utamakan anak, selalu luangkan masa dan sayang anak tanpa syarat itu la formula buat anak rasa connected.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: majalah pa ma
Baca juga: Susahnya Anak Nak Ikut Cakap! Ini 7 Tanda Anak Anda Perlu Lebih Disiplin Dan Pantauan
Baca juga: Ajarkan Anak Tingkah Laku Yang Baik Seawal 2 Tahun Agar Mereka Hormat Orang Lain
Baca juga: 9 tanda anak anda perlu SEGERA jumpa pakar kanak-kanak – jangan tangguh lagi!