X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ingin Anak Lebih Tinggi Daripada Anda? Cuba Tips Berkesan Ini!

4 min bacaan
Ingin Anak Lebih Tinggi Daripada Anda? Cuba Tips Berkesan Ini!

Tips anak tinggi yang selamat adalah melalui pemakanan dan rutin harian. Ibu ayah tidak perlu beli sembarangan ubat tinggi kerana ia belum tentu berkesan.

Dalam membesarkan anak-anak, ibu ayah pastinya akan berusaha memberikan yang terbaik buat mereka. Namun sekiranya si manja tidak mencapai standard ketinggian sesuai dengan usia, semak sahaja tips anak tinggi bakal kami kongsikan di bawah ini!

Ketika anda berdepan dengan kerisauan melihat anak pendek, ia sekaligus mempengaruhi ibu ayah untuk mendapatkan jalan pintas dengan mendapatkan pelbagai jenis ubat penambah ketinggian yang banyak dijual dalam pasaran.

Tips anak tinggi dengan cara semula jadi dan lebih selamat

tips anak tinggi

Menurut perkongsian daripada Public Health Malaysia, ibu ayah perlu berhenti mencari produk menambah ketinggian ketika anak sudah dewasa kerana ia sudah terlambat.

Sebenarnya ketinggian setiap individu akan terhenti setelah anak lelaki memasuki usia 21 tahun dan 18 tahun bagi perempuan.

Walau bagaimanapun, masih ada peluang lagi untuk anda menambah ketinggian si manja, setidak-tidaknya mereka lebih tinggi dari ibu ayahnya!

Antara faktor luaran boleh membantu anak menjadi tinggi dengan semula jadi dan lebih selamat ialah:

#1. Memastikan waktu tidur mencukupi

tips anak tinggi

Waktu tidur adalah keadaan tubuh mengalami proses membesar dan membantu memperbaiki struktur yang telah rosak. Justeru, ibu ayah perlu memastikan anak-anak tidak tidur lewat dengan alasan belajar, anak aktif bermain atau masih tidak mahu melelapkan mata.

Menurut Healthline, anak usia 1 hingga 2 tahun memerlukan waktu tidur 11-14 jam sehari, sedangkan anak 2 hingga 5 tahun memerlukan tidur selama 10-13 jam.

Ibu ayah juga boleh membiasakan mereka agar tidur siang, setidak-tidaknya 1 hingga 3 jam agar perkembangan si manja berjalan dengan baik.

#2. Persekitaran yang bebas dari asap rokok

Sedar ataupun tidak, asap rokok sebenarnya ganja yang boleh menyebabkan proses pertumbuhan si manja menjadi terbantut.

Anda perlu memastikan anak tidak terdedah dengan asap rokok kerana ia turut memberikan masalah lain terhadap kesihatan.

Menurut maklumat dari American For Non-Smokers’ Right, kesan asap rokok ‘basi’ boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar dan memberikan fokus terhadap sesuatu perkara.

Ia dibuktikan dengan skor IQ 2.87 poin lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak yang tidak terdedah kepada asap rokok.

#3. Gaya pemakanan yang sihat

tips anak tinggi

Sekiranya si manja tidak suka makan sayur, buah ataupun produk tenusu, ia berupaya menjejaskan proses perkembangan fizikal dan mental mereka.

Hal ini kerana amalan pemakanan berkhasiat menjadi struktur paling asas bagi anak-anak membesar dengan ketinggian yang ideal.

Justeru salah satu tips anak tinggi  adalah ibu ayah perlu memastikan mereka memperoleh gizi yang mencukupi termasuklah pola pemakanan seimbang.

Ia termasuklah pengambilan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang mencukupi. Sebaik-baiknya elakkan anak mengambil makanan segera dan minuman sejuk.

#4. Kekal aktif dalam sebarang aktiviti fizikal

Si manja yang aktif ternyata memiliki lebih ketinggian tubuh badan. Dalam hal ini aktiviti fizikal akan menguatkan otot dan tulang. Ia juga merangsang Growth Hormone iaitu salah satu hormon terpenting untuk pertumbuhan.

Jika anak seorang yang tidak boleh duduk diam, ibu ayah cuba mengajaknya melakukan olahraga bagi menambah ketinggian mereka seperti berenang, melompat atau bersenam.

Faktor yang mempengaruhi ketinggian si manja secara ideal

Ingin Anak Lebih Tinggi Daripada Anda? Cuba Tips Berkesan Ini!

Menurut Healthy Children, ketinggian badan setiap anak adalah tidak sama. Berikut adalah beberapa perkara yang mempengaruhinya, iaitu:

#1. Pertumbuhan lambat

Kids Health mengatakan bahawa pertumbuhan kanak-kanak lebih perlahan antara usia 6 bulan hingga 2 tahun sebenarnya akan meningkat ketika mereka memasuki akil baligh.

Pada usia 2-3 tahun, ketinggian si manja dikatakan tidak dapat menembusi usia normal. Namun ketika akil baligh, perkembangan ketinggian anak akan seiring dengan rakan sebayanya. Secara amnya, ia tidak memerlukan rawatan khas kerana masih dalam tahap normal.

#2. Faktor keluarga dan genetik

Ingin Anak Lebih Tinggi Daripada Anda? Cuba Tips Berkesan Ini!

Kredit: RODNAE Productions/Pexels

Faktor keluarga dan genetik dapat mempengaruhi ketinggian anak. Apabila anda mendapati ketinggian anak  lebih pendek atau lebih tinggi daripada rakan sebaya, doktor akan bertanya mengenai sejarah kesihatan keluarga anda.

Jika dilihat dari faktor genetik, kanak-kanak istimewa seperti sindrom Down, sindrom Noona atau sindrom Turner cenderung mempunyai postur badan yang lebih pendek. Sementara itu, sindrom Marfan menyebabkan kanak-kanak menjadi lebih tinggi.

#3. Masalah dalam pemakanan harian

Nutrisi dari pelbagai jenis makanan yang diambil oleh si manja dapat menentukan perkembangan ketinggian mereka. Dalam hal ini, anak yang kurus cenderung lebih pendek daripada usia mereka.

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda

Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang gemuk atau berlebihan berat badan turut mengalami ketinggian yang kurang atau perkembangan terbantut disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak berkhasiat.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Public Health Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Makanan Peninggi Badan Untuk Kanak-Kanak Dan Remaja

Baca juga: Formula Mudah Untuk Ramal Tinggi Anak Apabila Dewasa

Baca juga: Budak 12 Tahun Lompat 1000 Kali Sehari Untuk Tinggi, Tapi Masih Kekal Murid Paling Pendek!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan kanak-kanak
  • /
  • Ingin Anak Lebih Tinggi Daripada Anda? Cuba Tips Berkesan Ini!
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham