Bayi Masih Belum Tumbuh Gigi? Guna Cara Ini Bagi Merangsang Pertumbuhan Gigi Dengan Cepat

undefined

Ketika dalam proses pertumbuhan gigi bagi si manja, anda dapat melihat beberapa tanda-tanda ketara bahawa dia sedang tumbuh gigi. Di sini kami kongsikan tanda si anak sedang tumbuh gigi, serta cara merangsang pertumbuhan gigi bayi.

Adakah anda berada dalam fasa di mana si manja sering menangis tetapi anda tidak tahu puncanya? Walaupun anda sudah menyusu si manja, sudah mandi dan bersihkan termasuklah sudah mendodoinya tidur tapi tiada satu cara pun yang boleh memujuk si manja cukup lama untuk anda mendapatkan ketenangan.

Ini mungkin tanda si manja sedang mengalami pertumbuhan gigi. Ya, seorang bayi yang sedang tumbuh gigi pasti akan sentiasa menangis oleh sebab ketidakselesaan yang dialami. Tetapi, tangisan yang berterusan bukanlah satu-satunya tanda si manja sedang mengalami kesakitan pada gusi kerana pertumbuhan gigi.

Bagaimana Saya Hendak Tahu Jika Bayi Sedang Tumbuh Gigi?

1# Gusi bayi kelihatan kemerah-merahan

merangsang pertumbuhan gigi bayi

Sumber: Wikipedia

Sentiasalah periksa gusi bayi yang anda syaki sedang tumbuh gigi, kerana gusi di bahagian di mana gigi akan tumbuh pasti akan kemerah-merahan dan mungkin akan menyebabkan bayi rasa sedikit sakit. Jika ini terjadi, anda boleh mengusap gusi manja menggunakan kain basah yang lembut. Tekanan yang anda gunakan pada gusi dapat melegakan kesakitan si manja.

Baca juga: 5 Faktor Bayi Lambat Tumbuh Gigi, Patutlah 9 Bulan Pun Masih Belum Ada!

2# Sentiasa menggigit

merangsang pertumbuhan gigi

Sumber gambar: Penfield Building Blocks

Adakah anda perasan si manja lebih kerap menggigit barangan seperti bantal atau anggota badan anda? Bayi mungkin hendak memberi tekanan pada gusi untuk melegakan ketidakselsesaan. Belilah teething ring atau cincin pertumbuhan gigi yang disejukkan untuk diberikan kepada si manja. 

3# Air liur bayi keluar dengan lebih banyak dari biasa

Ketika bayi anda sedang mengalami pertumbuhan gigi, dia mungkin akan mengeluarkan air liur dalam kuantiti yang lebih banyak dari biasa. Ini kerana badan si manja mengeluarkan air liur lebih untuk sentiasa membasahkan gusi mereka.

4# Pipi si manja mungkin nampak kemerahan

Berkait dengan isi di atas, pipi bayi anda akan naik ruam kemerahan-merahan ketika si kecil sedang mengalami pertumbuhan gigi. Disebabkan air liur bayi yang mengalir dan mengering pada pipi, ia menyebabkan pipi si manja akan mula naik ruam. Seringkali, ruam tersebut tidak berbahaya tetapi ruam yang terlalu teruk mungkin boleh membuat kulit menggelupas dan berdarah, seraya mewujudkan risiko untuk si manja terkena jangkitan kuman.

5# Bayi sentiasa memegang telinga 

Adakah anda perasan si manja sering menarik telinga sendiri ketika mereka sedang mengamuk atau tidak selesa? Ya, ini salah satu cara si manja melegakan ketidakselesaan mereka. Ketika si manja sedang tumbuh gigi, anda mungkin perasan bahawa dia sering menarik telinganya sendiri dek kerana mereka berasa tidak selesa atau sakit.

Sekiranya si manja sudah berada di usia yang mereka sepatutnya tumbuh gigi, anda boleh juga merangsang pertumbuhan gigi bayi dengan beberapa cara yang akan kami kongsikan supaya gigi bayi anda akan tumbuh dengan lebih mudah.*

Cara Merangsang Pertumbuhan Gigi Bayi Yang Anda Boleh Cuba

Bayi Masih Belum Tumbuh Gigi? Guna Cara Ini Bagi Merangsang Pertumbuhan Gigi Dengan Cepat

Sumber gambar: MedicineNet

1# M erangsang pertumbuhan gigi bayi dengan memberi si manja makanan dengan tekstur yang kasar

Pada usia bayi yang sesuai untuk mengalami pertumbuhan gigi, dia juga sudah dibolehkan memakan makanan berbentuk pepejal dengan tekstur yang lebih kasar untuk merangsang pertumbuhan gigi mereka. Bukan sahaja ia dapat mengenyangkan si kecil, tetapi ia juga dapat memberi nilai-nilai zat dan kalsium pada pemakanan bayi. 

Antara contoh makanan yang dapat membantu pertumbuhan gigi si manja ialah:

  • Brokoli
  • Timun
  • Buah betik
  • Pisang
  • Kembang kol (cauliflower)

2# Merangsang pertumbuhan gigi bayi dengan menggosok gusi si manja dengan kain kasa (gauze)

Dengan menggosok gusi si manja menggunakan kain kasa yang telah dililit pada jari si ibu, anda boleh melancarkan peredaran darah di bahagian gusi si kecil seraya membersihkan gusi tersebut dari sisa-sisa makanan. Ketika menggosok, anda juga disarankan untuk memicit lembut gusi tersebut supaya dapat merangsang pertumbuhan gigi bayi.

3# Merangsang pertumbuhan gigi bayi dengan menggunakan teething ring

Bayi Masih Belum Tumbuh Gigi? Guna Cara Ini Bagi Merangsang Pertumbuhan Gigi Dengan Cepat

Sumber gambar: Best Products

Teething ring atau cincin pertumbuhan gigi bukan sahaja dapat membantu melegakan ketidakselesaan bayi ketika mereka mengalami pertumbuhan gigi, tetapi sekaligus dapat merangsang pertumbuhan gigi mereka. Ini kerana apabila si manja menggigit cincin pertumbuhan gigi tersebut, ia akan memberi tekanan pada gusi. Efeknya sama sahaja dengan isi di atas jika si ibu atau bapa menggosok gusi bayi dengan kain kasa.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: NHS, Mayo Clinic

Baca juga: Ibu Menyusu Memang Seriau Bila Anak Tumbuh Gigi, Ini 9 Cara Mengatasi Anak Gigit Payudara

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!