Bayi 38 Hari Meninggal Dunia Terkejut Dengar Letupan Mercun Raya

Siapa sangka, bunyi letupan mercun raya yang kuat boleh mengorbankan nyawa seorang bayi yang baru berusia 38 hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda mendengar seseorang maut kerana bunyi letupan mercun raya yang terlalu kuat? Itulah yang terjadi kepada seorang bayi malang yang berusia 38 hari yang terkorban akibat bunyi letupan mercun.

Kejadian tersebut berlaku pada malam raya Aidilfitri di Gresik, wilayah Jawa Timur, Indonesia, lapor Detik.com.

Sempat menerima rawatan, bayi itu menghembuskan nafas terakhirnya selepas enam hari bertarung nyawa di hospital.

Ketika kejadian, mangsa dan ibu bapanya sedang berehat di dalam bilik tidur sebelum jiran mereka mula menyalakan mercun.

Terkejut mendengar letupan mercun yang terlalu kuat, mata kanan bayi malang itu tiba-tiba tidak boleh dibuka dan lidahnya juga dikatakan terbalik.

“Setelah mendengar mercun itu, anak saudara saya langsung terkejut hingga mata kanannya tertutup sebelah dan lidahnya terbalik ke atas.

“Diberi susu ibunya tidak mahu, kerana lidahnya terbalik jadi kedua orang tua membawanya ke klinik yang kemudiannya dirujuk ke hospital,” kata ibu saudara mangsa bernama Nufus.

Bayi tersebut kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Muhammadiyah Lomongan kerana tidak sedarkan diri (koma).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan ujian prosedur imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), ada pembuluh darah yang pecah dikesan di otak bayi itu.

“Tidak pernah terhantuk, doktor beritahu bahawa pecahnya pembuluh otak itu juga boleh disebabkan oleh kejutan yang luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, seorang doktor, Dr. Azman Abdullah menerusi hantarannya di Twitter berkata, apa yang dialami oleh bayi malang tersebut adalah akibat daripada intracranial bleed atau pendarahan dalam otak akibat bunyi yang terlalu kuat seperti bunga api, mercun, atau pintu yang ditutup kuat yang biasa berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, bayi pramatang merupakan golongan yang berisiko mendapat kejutan ini.

Malah ramai yang beranggapan kebenaran yang diberi kerajaan dalam aktiviti pembakaran dan penjualan bunga api dan mercun perlu dipertimbangkan semula memandangkan lebih banyak perkara buruk yang akan berlaku kepada masyarakat.

Meskipun kejadian tersebut berlaku di Indonesia namun masyarakat perlu mengambil pengajaran dan sentiasa beringat bahawa mercun raya terutamanya mercun bola yang terlalu kuat boleh membahayakan bayi yang mungkin merupakan anak-anak jiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Pantaulah Anak Main Bunga Api Atau Mercun, Elak Ganggu Jiran & Berlaku Kecederaan

Baca juga : 5 Amalan Tradisi Ketika Sambut Hari Raya, Menggamit Memori Zaman Kanak-Kanak Dahulu!

Baca juga : Bila Bayi Anda Takut Dengan Bunyi Kuat, Adakah Normal?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi