Waspada Anak Main Mercun, Jangan Melebihi Pukul 12 Malam Boleh Dikenakan Tindakan

PDRM memberi amaran tidak boleh bermain bunga api dan mercun yang boleh menganggu ketenteraman awam selepas pukul 12 tengah malam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari raya berbaki kurang seminggu sahaja lagi, pastinya anak-anak orang yang paling gembira pada masa ini. Antara aktiviti wajib pada malam raya, sudah pastilah bermain bunga api dan mercun bersama jiran dan sanak-saudara.

Walaupun kegiatan menjual mercun dan bunga api telah dibenarkan, namun ia bukanlah lesen untuk ibu bapa membenarkan anak-anak bermain tanpa pemantauan.

Dalam keseronokan tersebut, anak-anak kadang kala alpa sehingga tidak sedar bermain mercun sehingga lewat malam.

Buat yang tidak tahu, bermain bunga api dan mercun selepas jam 12 tengah malam sehingga mengganggu ketenteraman atau membahayakan orang lain adalah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336], demikian amaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Denda RM100 jika main mercun melebihi waktu ditetapkan

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata akta berkenaan memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.

Noorsiah berkata, bunga api merupakan suatu bahan letupan yang dikategorikan sebagai 'dangerous good cargo' (DGC) dan 'hazard class division (HCD) 1.4g, sekiranya dimainkan secara berbahaya, ia boleh mendatangkan kecederaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Individu yang ingin bermain bunga api atau mercun hendaklah membakarnya di kawasan lapang supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat," ujarnya.

Tambahnya juga menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya mengawasi anak masing-masing ketika bermain bunga api, bertanggungjawab serta mengamalkan langkah keselamatan semasa mengendalikan bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan.

Sementara itu, katanya individu yang sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda pula boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjaran tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Langkah berjaga-jaga elak cedera

Sekiranya ibu bapa membenarkan anak-anak mereka untuk bermain bunga api sahaja dan bukannya mercun, mereka disarankan untuk mengambil tiga langkah utama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertama sekali, perlu ada pengawasan ibu bapa atau orang dewasa setiap kali anak-anak bermain bunga api dan jangan sekali-kali membiarkan mereka melakukan aktiviti itu bersendirian.

Pastikan juga tempat bermain bunga api itu luas terbuka dan mempunyai pengudaraan yang baik.

Pembakaran bunga api di tempat sempit dan tertutup bukan sahaja meningkatkan risiko berlaku kecederaan, malah boleh menyebabkan pendedahan kepada sedutan asap beracun seperti karbon monoksida yang boleh mengganggu pernafasan dan kesihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan juga anak memakai pakaian bersesuaian ketika bermain bunga api. Elakkan pakaian panjang dan labuh supaya tidak mudah dijilat api. Jenis fabrik juga perlu bersesuaian memandangkan ada yang mudah terbakar.

Sekiranya berlaku kecederaan, disarankan supaya ibu bapa dan penjaga jangan panik dan mempraktikkan langkah-langkah kecemasan dengan betul.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 10 Amalan Sunat Ketika Hari Raya, Paling Penting Saling Bermaafan & Pakai Baju Baharu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : Letih Juga Kalau Tiap Tahun Bergaduh Nak Balik Beraya Mana, Ini 3 Faktor Yang Boleh Diutamakan

Baca juga : Banyak Atau Sikit Duit Raya, Berilah Dengan Ikhlas Agar Dapat Ganjaran Pahala Berganda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi