Cara Menghadapi Mertua Yang Suka Campur Tangan Dalam Urusan Rumah Tangga Anda

Mertua campur tangan dalam urusan rumah tangga adalah perkara yang sering terjadi. Jika ia berlaku pada anda, mari belajar cara menanganinya dengan bijak!

Tip menangani mertua campur tangan dalam hal rumah tangga kita

Mertua campur tangan dalam perkahwinan? Ya, ia bukanlah satu urusan yang mudah untuk ditangani.

Yang pentingnya, kami suka untuk mengingatkan terlebih dahulu yang anda tidak harus sesekali menggunakan kekerasan.

Atau, membuatkan membuat pasangan kita memilih antara orang tuanya dan orang yang dikahwininya. Ada cara yang lebih bijak untuk melakukannya.

Menurut Dr. Terri Apter, seorang profesor di Universiti Cambridge, cabaran terbesar dalam berhubungan dengan mertua adalah: Membina hubungan yang baik dengan mereka.

Mengapa mertua campur tangan dalam hal suami isteri?

Tahap kualiti hubungan anda dengan suami atau isteri, yang merupakan anak mereka, boleh memainkan peranan penting dalam membina hubungan dengan mertua; sama ada ia menjadi hubungan yang buruk atau yang baik.

Dr. Apter menyatakan, biasanya orang berkahwin dengan harapan untuk membentuk keluarga sendiri.

Dalam hubungan ini, kita bersedia untuk berkompromi dengan pasangan tentang saling menghormati dan memahami hak kesamaan di dalam rumah tangga.

Namun Apter menerangkan juga yang selepas berkahwin, mertua boleh membuatkan harapan-harapan tersebut sukar untuk menjadi nyata.

Kredit: Masalamommas.com

Salah satu penyebabnya, mertua campur tangan dalam menentukan peranan suami isteri dalam rumah tangga kita.

Dalam pandangan mertua, apa yang anda dan pasangan lakukan sebagai suami isteri seringkali harus diuji atau pada matanya, ia sentiasa salah.

Mungkin, ujian tersebut dilakukan untuk menilai si menantunya. Mungkin juga tujuannya adalah untuk mengetahui, apakah menantunya itu benar-benar orang terbaik untuk mendampingi anaknya.

Selain itu, mertua juga boleh terasa terancam dengan kehadiran menantu. Dia takut dan cemas, posisinya dalam keluarga akan digantikan, dan hubungan dengan anak akan berubah setelah anaknya menikah dengan anda.

1. Yakinkan mertua anda hadir bukan sebagai "perampas"

“Saranan saya adalah anda harus menyedari ketakutan dan kecemasan mertua adalah hasil dari dirinya yang terfikir akan dipinggirkan dari kehidupan si anak. Cara yang anda boleh buat untuk menanganinya adalah dengan memberikan keyakinan pada mertua bahawa hubungan keluarga tidak akan berubah meskipun anaknya berkahwin dengan anda.”

Itu penjelasan Dr. Apter.

Kredit: Funlink.com.sg

2. Tunjukkan secara jelas penghargaan anda

Selain itu, anda juga boleh menunjukkan yang anda menghargainya sebagai seorang mertua.

“Tunjukkan kepadanya yang anda ingin belajar darinya. Hal ini sekaligus memberi mesej bahawa kehadiran menantu bukanlah satu ancaman, malah sebuah ikatan kekeluargaan yang baru.”

Tambah Dr. Apter lagi ketika memberi nasihat kepada suami isteri yang mempunyai mertua suka campur tangan dalam hal rumah tangga anak-anak.

3. Tetapkan had limit dalam perhubungan

Kredit: Nextavenue.org

Tetapi, jangan lupa untuk tetap meletakkan batasan. Mertua yang terlalu campur tangan dalam urusan rumah tangga juga tidak baik sebenarnya.

Contohnya dalam hal urusan mengasuh dan mendidik anak, orang tua tidak perlu tahu semua masalah anda dan pasangan.

Cukuplah dengan membuatkan mertua merasakan yang dirinya tidak terpinggir, tetapi tidak sehingga menjadikannya tempat bergantung untuk setiap masalah yang muncul dalam rumah tangga anda berdua.

Tidak semua orang menyukai interaksi dengan mertua

Tapi dengan mengurangkan ketegangan, setidaknya anda tidak perlu berasa benci kepada seseorang yang telah melahir dan menjaga pasangan hidup anda.

Jadi, cubalah dan berusahalah untuk menjadi dekat dengannya.

Menurut Dr. Apter, ada beberapa kesalahan besar yang mungkin anda lakukan pada mertua.

Antaranya adalah mengabaikan sepenuhnya keinginan dan keperluan mertua.  Atau, sering bertanya pada pasangan, apakah dia lebih memilih orang tuanya atau anda sebagai pasangan hidupnya.

Ataupun, anda sentiasa berusaha untuk mengawal pasangan sepenuhnya, dengan membuatkan mertua kelihatan teruk dan buruk dengan cara menjauhkannya dari kehidupan rumah tangga anda.

Jangan begitu... Ini cara menangani masalah mertua suka campur tangan

Kredit: Urbo.com

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki hubungan dengan mertua yang anda tidak gemari adalah dengan menunjukkan penghargaan.

Anda perlu membuktikan pada mertua yang hubungan anda berdua boleh menjadi lebih baik, dengan syarat semua pihak memahami batasan masing-masing.

Secara ringkasnya, ini tip untuk menangani masalah mertua campur tangan dalam hal rumah tangga kita:

  • Jangan mengabaikan semua keinginan dan keperluan mertua
  • Jangan pernah meminta suami/isteri untuk memilih, antara orang tuanya dengan anda
  • Ubahlah hubungan bersifat persaingan dengan mertua kepada sebuah hubungan kerjasama antara anggota keluarga

Pastinya, semua ini memerlukan kerja keras, kematangan dan sikap saling bertolak ansur antara semua pihak.

Yakinlah bahawa pada akhirnya, hubungan baik ini akan menguntungkan anda dan ahli keluarga yang lain. Malah, kehidupan berumah tangga juga menjadi semakin berkat!

Ibu ada tak tip lain atau pengalaman anda dalam menghadapi mertua yang suka campur tangan dalam hal suami isteri dan anak-anak?

Bagaimana anda memastikan hubungan mertua dan anda sentiasa harmoni? Jom berkongsi di ruangan komen ya!

Sumber: Terjemahan daripada The Asian Parent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Noor