Ibu Mentua Sanggup Buang Juadah Raya Yang Menantu Buat Kerana Takut Terbawa Covid-19

Mertua pilih kasih sememangnya berlaku dalam masyarakat. Siapa tidak sedih bila berdepan keadaan ini sehingga ada yang langsung tidak menghargai menantu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai seorang wanita yang baru saja berkahwin dengan suami tercinta, tentunya kita akan mengambil hati ibu dan bapa mentua serta seluruh ahli keluarganya supaya dapat menerima kita dengan hati yang gembira dan memberi sepenuh kasih sayang kepada menantu seperti mana anak kandungnya. Namun, bagaimana kalau mertua pilih kasih? 

Bagi pihak menantu pula, kita seharusnya menghormati keluarga mentua dan melayan ibu dan ayah mentua sama seperti mana layanan kita kepada kedua-dua orang tua kita.

Kisah mertua pilih kasih, sanggup buang makanan yang menantu masak

Namun begitu tidak dinafikan memang ada sesetengah ibu mentua yang acuh tak acuh melayan menantu perempuan mereka seolah-olah wanita itu merampas anak lelaki mereka dan dianggap orang luar.

Tak kurang juga ada mak mentua yang pilih kasih antara menantu- menantunya yang mana kaya dan berduit akan dilayan dengan baik. Sementara yang biasa-biasa dilayan mahu tak mahu saja.

Malah itulah jua yang telah diluahkan oleh seorang wanita ini apabila dilayan buruk oleh ibu mentuanya. Ikuti perkongsian daripada beliau sendiri.

“Semasa raya pertama, saya ada mengirim bekalan makanan raya seperti lemang, ketupat, rendang dan ayam masak kurma untuk ibu mentua.

“Bayangkan satu malam saya siapkan menu tersebut sampai tak tidur dan berpeluh semata-mata nak ambil hati mak mentua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Selepas hantar makanan di pagi raya, mak mentua ada whatsaap dan ucapkan terima kasih dan memuji makanan saya dengan mengatakan semuanya sedap-sedap belaka.

“Namun tiba-tiba biras hantar kepada saya mesej whatsaap di mana terdapat gambar-gambar makanan yang saya berikan tadi telah dibuang oleh ibu mentua ke dalam tong sampah.

“Dia siap cakap takut saya kirim sekali virus corona dalam makanan tersebut.

“Allahuakbar, takkan sampai macam itu sekali penghinaan mak pada saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Malah sejak kerajaan kenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya hanya duduk di rumah saja. Tapi, benci sungguh mak pada menantu yang suri rumah ini berbanding biras-biras lain yang semuanya bekerjaya.

“Saya beli bahan-bahan itu semua guna pakai duit saya sendiri hasil jualan online. Bukan pakai duit suami.

“Tapi, mak asyik ingat saya habiskan duit anak dia sahaja. Saya pun ada income tapi saya tak mahu heboh pada mak ataupun orang lain,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7 Ciri-ciri mertua pilih kasih dan menjengkelkan

#1. Ibu mentua yang menjengkelkan ini sering menjadi toksik dalam rumah tangga. Dia akan sentiasa membakar hati menantu dengan pelbagai isu dan perkara yang mungkin buruk di pandangan mata kasarnya. Ternyata
dengan cara ini akan membuatkan rumah tangga anak-anak jadi haru biru dan menyebabkan berlakunya situasi tegang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Ibu mentua yang menjengkelkan turut cenderung ingin terbabit sama dalam setiap proses membuat keputusan dalam keluarga anak lelaki mereka. Jika anak nak membeli rumah, dia berhak menentukan lokasi yang sesuai dengan berbagai alasan akan diberikan.

3. Selain itu, ciri-ciri ibu mentua ini juga sering mengatakan perkara yang menyakitkan perasaan anak menantunya kerana tidak suka wanita itu dalam keluarganya. Jadi sebaiknya menantu yang dibenci itu tidak berinteraksi dengan mak mentuanya dan buat hal sendiri supaya hati tidak lagi sering disakiti.

#4. Jelas ibu mertua tidak menyukai menantunya, malah dia sesuka hati datang ke rumah anak lelaki tanpa memberitahu terlebih dahulu. Tujuannya hanya satu ingin memerangkap kekurangan menantunya misalnya mungkin tidak mengemas rumah, tak basuh baju atau apa saja yang mungkin tak kena di pandangan mata mereka.

#5. Apa saja yang dilakukan menantu bagaikan serba tak kena seperti cuci baju tak betul, tersalah cara masak, salah cara melipat baju dan sebagainya. Pendek kata semua tak betul pada pandanan mata mereka.

#6. Tiap kali mengundang anak lelakinya makan malam di rumah, dia langsung tidak mengajak atau menyebut nama menantunya sekali. Fuh ni memang macam drama tv!

#7. Selalu memburukkan menantu di hadapan keluarga atau anak-anaknya yang lain juga antara sikap ibu mentua yang sungguh menjengkelkan. Lantas membuatkan menantu rasa jauh hati dan tak mahu lagi pulang ke rumahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Kisah rumah tangga , ibu pedia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nasib Isteri Mengandung Masuk ICU, Suami & Ibu Mentua Lepas Tangan Anak Menangis Di Rumah