Nasib Isteri Mengandung Masuk ICU, Suami & Ibu Mentua Lepas Tangan Anak Menangis Di Rumah

Nasib Isteri Mengandung Masuk ICU, Suami & Ibu Mentua Lepas Tangan Anak Menangis Di Rumah

Isteri mengandung anak yang ke-5 dan ditakdirkan jatuh sakit sehingga perlu bermalam di wad ICU, namun suami dan ibu mentua pula tidak memahami keadaannya

Bagi sesetengah isteri mengandung, mereka sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan ketika melalui setiap fasa kehamilan. Ketika inilah kesabaran dan kesetiaan seorang suami akan sedikit teruji untuk bersama-samanya sehingga proses bersalin nanti.

Namun kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor ini telah menyentuh hati orang ramai kerana takdirnya memiliki pasangan dan ibu mentua yang tidak bertanggungjawab.

Isteri mengandung terpaksa bermalam di wad ICU 

dugaan isteri mengandung credit to sources

''Doktor, saya nak minta balik rumah hari ini boleh? Suami dn mak mentua sudah bising, anak yang kecil sudah dua malam asyik menangis, tidak mahu tidur.'' Tersentak saya mendengar permintaan pesakit.

Ibu muda beranak 4 ini sedang mengandung anak ke-5 mereka. Usia kandungan sudah 28 minggu dan dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan oleh mengalami jangkitan kuman dalam darah iaitu Sepsis.

Tiada pesakit yang tidak tenat saja-saja dimasukkan ke wad ini. Setakat sakit biasa, tidak perlu dirujuk kepada Pasukan Bius & Rawatan Rapi. Hanya bila keadaan pesakit kritikal.

''Maaf Puan, kami tidak boleh benarkan kerana keadaan puan masih kritikal.''

Demamnya masih tinggi, 39.60 darjah Celsius. Nafas pula laju kerana darah berasid disebabkan jangkitan kuman dalam paru-paru bekerjasama dengan buah pinggang bagi mengurangkan tahap asid. Tekanan darah juga rendah sehingga dia perlukan ubat sokongan.

Jantung berdenyut sangat laju, kuman juga hidup riang dalam sampel darah pesakit berkenaan. Antibiotik sudah diberikan 2-3 hari bagi membunuh kuman.

''Susah doktor.. anak saya tu baru umur 1 tahun. Dia memang menyusu badan dan tidur bersama saya setiap malam. Dia tak mahu dengan suami atau neneknya,'' luah wanita tersebut.

Adeii.. parah macam ni..

isteri mengandung suami lepas tangan credit to sources

''Adik, awak ni masih letih. Nafas pun laju tercungap-cungap perlu oksigen. Macam mana awak nak balik rumah?'' lalu dia terdiam dan hanya mengangguk kepala.

''Boleh tak doktor terangkan kepada suami dan mak dia? Tadi mereka datang dan marah-marah sebab saya tidak sihat dan tidak boleh balik rumah lagi.'' pintanya.

''Boleh adik. Nanti saya bercakap dengan mereka. Awak berehat lah dulu ya? Jangan fikir banyak sangat. Kesihatan diri sendiri lebih penting. Minta doa dari Allah mudahkan semuanya, ok?''

Besarnya pengorbanan isteri yang bergelar ibu

Begitulah nasib seorang isteri dan ibu yang baik. Hal kepentingan diri sendiri, dia sentiasa letakkan di belakang sekali. Dah lah isteri mengandung, sakit tenat sampai kena masuk ICU, anak menangis di rumah pun suami nak dia settlekan juga?

Apa gunanya seorang lelaki bergelar ayah jika benda kecil macam ini pun masih bergantung pada isteri untuk buat semuanya? Cuba fikir dalam-dalam, akan jadi susah atau senang hidup awak kalau paksa isteri balik rumah dan keadaannya menjadi bertambah teruk hingga tak dapat diselamatkan?

Anak yang ada dalam perut tu pun akan pergi bersama dengan ibunya. Anak yang sulung baru darjah 1, yang kecil baru setahun dan masih menyusu. Hanya kerana awak tak dapat tidur malam sebab anak meragam, awak boleh hilang terus isteri buat selamanya!

Anak-anak juga akan kehilangan ibu kandung mereka. Memanglah isteri tu seorang wonder woman, semua benda dia boleh buat. Tapi kekuatan dirinya juga ada batas. Berkorbanlah sedikit masa tidur dan tunaikanlah janji untuk susah senang bersama.

Isteri redha dengan nasib di dunia

isteri hamil credit to sources

Walaupun suri rumah, kerjanya cukup penat. Isteri seorang yang buat segalanya, memang tidak akan cukup tangan dan dia perlukan bantuan daripada suami. Kalau mampu carikan pembantu untuk isteri, lakukanlah. Jika tidak, awak sebagai suami kena tolong uruskan rumah dan anak-anak.

Ini tidak, anak nak ada ramai-ramai. Setahun dua sudah tambah anak. Isteri pula dilayan seperti orang gaji. Bila dia tidak sempat mengurus diri, kurang menarik, awak mula cari tarikan pada wanita lain. Sedangkan masalah ini berpunca daripada diri yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan betul.

Justeru, dalam setiap perkahwinan perlu ada sikap saling membantu, bertolak ansur, tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa ada komunikasi yang baik.

Mohon layan isteri dengan baik dan adil. Jangan biarkannya merana dalam diam. Dia boleh bersabar tapi ada batasnya. Dia redha dengan nasib di dunia sebab dia tahu Allah nanti bagi dia pilihan di akhirat untuk kekal bersama suami atau pilih yang lebih baik.

Sumber: Astro Gempak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner