“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” sinonim dalam dunia perniagaan yang seringkali berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuklah kritikan orang sekeliling. Begitu juga dengan kisah usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Kaksu berjaya miliki 12kg simpanan emas dalam perniagaan yang diceburinya.
Miliki 12kg Simpanan Emas, Kaksu Buktikan Kejayaan Hasil Fokus & Tekad
Kejayaan Kaksu dalam membina empayar perniagaannya sekarang ini adalah hasil daripada fokus dan tekad yang kuat menjadi inspirasi kebanyakan usahawan di negara ini.
Pengalaman kaksu sendiri, masih segar dlm ingatan Kaksu haters ketawakan kaksu sebab Kaksu cakap impian kaksu nak ada emas 1kg pertama hasil meniaga, tapi hari ni Allah tak bagi 1kg yang Kaksu nak,tapi Allah bagi 12kg simpanan emas sepanjang Kaksu meniaga.
“Bila orang ketawakan impian kita, tak apa kita jalan terus buat diam-diam sampai hasil depan mata. Ingat nasib kita ditentukan oleh kita sendiri.”
Seperti firman Allah, “Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
Pengalaman ini membuktikan bahawa jika kita fokus dan tidak mudah putus asa, kejayaan pasti akan tiba.
Antara tips yang usahawan yang boleh dipraktikkan seperti yang dilakukan oleh Kaksu sendiri ialah:
1. Hala Tuju dan Target Yang Jelas
Saat orang tengah sibuk mengata mengumpat kita, saat itu Kaksu tengah sibuk fokus kejar apa yang Kaksu targetkan dalam perniagaan.
Pastikan kita mempunyai hala tuju yang betul dan jelas. Letakkan target yang ingin dicapai dan fokus sepenuhnya untuk mencapainya.
2. Mindset Adalah Kunci Utama
Mindset adalah kunci utama untuk berjaya. Jadi, ia menentukan bagaimana kita menjalani kehidupan seharian.
3. Percaya Pada Proses
Dalam perniagaan, kita perlu percaya dengan proses yang dilalui. Lalui setiap proses dengan sabar dan yakin.
Jangan lakukan sesuatu hanya separuh jalan dan pastikan usaha kita dilakukan dengan penuh komitmen.
4. Pilih ‘Circle’ Yang Betul
Lingkaran sosial yang betul juga sangat penting. Cari kawan yang positif dan memberi pengaruh baik
Jika kita berkawan dengan orang yang suka melakukan perkara negatif, lama-kelamaan kita mungkin akan terpengaruh.
Sebaliknya, jika kita berkawan dengan orang yang berjaya dan bersemangat dalam perniagaan, kita juga akan terdorong untuk menjadi seperti mereka.
Jika kita tahu hidup kita susah, bangkitlah dari kesusahan untuk mengubah nasib. Jangan hanya tahu mengeluh dengan mengatakan “takpelah, memang nasib hidup aku susah.” Ini adalah kata-kata mereka yang malas, mereka yang mempunyai mindset gagal dan mereka yang suka menyalahkan takdir.
Jika kita memilih untuk kekal dalam kemiskinan, maka itulah yang kita akan dapat. Tetapi jika kita memilih untuk berusaha menuju kehidupan yang senang, maka kesenangan itulah yang akan kita peroleh.
Semua bermula dari diri kita sendiri. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi buat semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Lelaki Simpan 4 Juta Dalam Tempoh 21 Tahun, Pilih Ikat Perut Demi Bebas Hutang & Bersara Awal
Baca juga: 8 Orang Muda Kaya Di Malaysia – Memang Boleh Jadi Role-Model Untuk Anak Muda Berjaya!
Baca juga: Sebenarnya, Wanita Lebih Bercita-cita Tinggi Selepas Mempunyai Anak