TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

4 Sikap Isteri Yang Dibenci Suami, Adakah Anda Bersedia Untuk Terima Kritikan & Berubah?

4 min bacaan
4 Sikap Isteri Yang Dibenci Suami, Adakah Anda Bersedia Untuk Terima Kritikan & Berubah?

Rupa-rupanya, 4 sikap isteri ini paling dibenci suami. Jika anda mahu mempertahankan rumah tangga anda itu, marilah ubah sikap kita ini perlahan-lahan...

Menurut Jo Piazza, seorang penulis untuk segmen kunci rumah tangga bahagia di dalam Women’s Health, ada beberapa sikap isteri yang dibenci oleh suami.

Sikap-sikap ini menyebabkan banyak rumah tangga runtuh dan ada yang lebih parah, suami mula curang dan ada perempuan simpanan.

Jo Piazza bukan sengaja ingin menyalahkan sikap isteri yang menjadi punca utama mengapa rumah tangga boleh runtuh, namun sikap isteri ini mampu “memadamkan” semarak cinta lama yang dibina oleh pasangan suami isteri. 

Apabila cinta lama telah terkubur dan pasangan mula tawar hati, mulalah mereka cuba berlaku curang atau memiliki perempuan simpanan.

Mengapa? Sebab perempuan simpanan tidak akan melakukan 4 sikap isteri yang dibenci suami ini. Jika anda lihat, kebanyakan suami yang berlaku curang atau memiliki perempuan simpanan merasakan ada “sesuatu” yang kurang atau hilang dari rumah tangga mereka. 

Mereka mendedahkan ini 4 sikap isteri yang mereka benci:

4 sikap isteri yang dibenci suami

1# Tidak yakin dengan diri sendiri

sikap isteri

 

Sebenarnya, wanita ialah pengkritik terbesar untuk dirinya sendiri. Kita akan merungut dan mengkritik tentang baju yang kita pakai, lemak yang banyak di perut atau paha, dan kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain.

Sikap isteri yang paling dibenci suami ialah kita tidak yakin. Kita tidak selesa dengan tubuh badan kita sendiri. Jadi, isteri seharusnya membuang sikap ini dan belajar untuk mencintai diri sendiri. Barulah suami pun akan “tergila-gila” akan kita selamanya. 

Bina keyakinan diri anda. Bayangkan yang anda ialah seorang wanita dan ibu yang penuh berkeyakinan, seksi dan menggoda. 

2# Rasa terlalu selesa dengan hubungan

 

sikap isteri

Apa ertinya perkahwinan jika kita tidak selesa dengan pasangan, betul tak? Tapi jangan terlalu selesa. 

Apabila anda terlalu selesa dengan pasangan, contohnya kalian gemar berkongsi tandas bersama, ini membuatkan anda tiada masa sendiri atau sedikit “kemisterian” dalam perkahwinan.

Buang semua pakaian dalam anda yang telah lusuh dan tiada bentuk itu. Cuba perkara baru. Cuba simpan sedikit misteri untuk diri anda. Jangan berikan segala-galanya pada pasangan.

3# Membebel 24 jam 

4 Sikap Isteri Yang Dibenci Suami, Adakah Anda Bersedia Untuk Terima Kritikan & Berubah?

 

Sikap isteri yang paling dibenci oleh setiap suami ialah sikap membebel. Sebenarnya, anda masih boleh membebel, tapi jangan selalu.

Cakap dengan suami mengenai benda yang menarik. Jangan kerap bergaduh dan kerap menyalahkan pasangan dalam semua benda. 

Dan yang paling penting, jangan jadi membosankan. Asal suami balik kerja saja, anda akan membebel tentang kerja rumah yang belum siap, bagaimana hari anda seharian ini, berat badan anda yang naik dan sebagainya.

Pastikan anda menyambut suami dengan senyuman dan kegembiraan. Apa salahnya jika anda bergembira sebentar? Semua kerja rumah dan hari yang buruk memang takkan berakhir.

4# Melayan suami seakan punching bag

sikap isteri, perangai isteri, sikap isteri dibenci suami, sikap isteri yang dibenci suami, perangai isteri dibenci suami, perangai isteri yang dibenci suami

Kita mungkin tidak perasan yang kita buat perangai ini, tapi sebenarnya kebanyakan isteri memang bersikap sedemikian, dan inilah salah satu sikap isteri yang paling dibenci suami!

Ingat, suami anda itu bukanlah punching bag yang berfungsi sebagai landasan untuk semua bebelan dan ketidakpuasan hati kita. 

Ya, kita memang ada banyak benda yang belum siap, tapi mereka juga penat mendengar setiap bebelan dan ketidakpuasan hati kita.

Yang lebih parah, kadang-kadang isteri selalu salahkan suami atas benda yang bukan salah mereka pun! Jadi berhenti buat begitu, ya?

Apa yang diinginkan suami sebenarnya?

4 Sikap Isteri Yang Dibenci Suami, Adakah Anda Bersedia Untuk Terima Kritikan & Berubah?

Selepas anda membaca 4 sikap isteri yang dibenci suami ini, mungkin anda terfikir yang lelaki ini terlalu “manja” dan hanya mencari alasan untuk “membuka cawangan lain” dengan berlaku curang.

Tapi cuba anda ubah sikap anda dulu dan lihat hasilnya. Lelaki ini berfikir secara terus, jauh berbeza dengan wanita yang suka mencelarukan logik dengan emosi.

Fikir dulu sebelum anda membuka mulut, tunjukkan keyakinan dan kegembiraan anda. Itulah yang setiap suami inginkan diam-diam dari anda. 

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Wanita Ini Lamar Isteri Kedua Untuk Suami! Boleh Ke Suami Poligami Tanpa Kebenaran Isteri Pertama?

Baca juga: Sukar Terima Hakikat Suami Madukan Aku, Tapi Berdosa Ke Halang Mereka Poligami?

Baca juga: Kalau Tak Pandai Berlaku Adil, Jangan Mimpi Nak Beristeri Lebih Dari Satu – Imam Besar Mesir

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 4 Sikap Isteri Yang Dibenci Suami, Adakah Anda Bersedia Untuk Terima Kritikan & Berubah?
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham