Mimpi Dipatuk Ular Dikatakan Ada Orang Mahu Datang Meminang? Sejauh Mana Kebenaran Ini?

Masyarakat dulu-dulu percaya, kalau mimpi dipatuk ular itu tandanya anda bakal dilamar orang. Tapi bagaimana kalau anda sudah berkahwin? Jangan bimbang ia tidaklah seperti yang anda sangka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda dengan kepercayaan lazim orang Melayu yang mengatakan jika mimpi dipatuk ular, itu bermaksud anda bakal dipinang seseorang?

Jika anda masih bujang, mungkin tafsiran mimpi dipatuk ular akan mengujakan anda. Tapi bagaimana pula jika anda sudah berkahwin? Adakah ia bermaksud perkahwinan anda bakal dilanda badai?

Mimpi Dipatuk Ular Petanda Bakal Dilamar Seseorang?

Tafsiran mimpi dipatuk ular bermaksud anda bakal dipinang seseorang mungkin ada betulnya.

Lihat saja kisah realiti yang dialami Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri apabila beliau diijab kabulkan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah!

Menurut Tunku Azizah, tiga minggu sebelum rombongan diRaja datang melamarnya, baginda telah bermimpi dipatuk ular! Tunku Azizah menceritakan –

“Dalam mimpi itu, saya duduk dalam sebuah bilik, semuanya serba kuning dan saya duduk di atas singgahsana seperti di istana.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiga minggu kemudian, pada hari jadi Tengku Mahkota Pahang, Paduka Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengumumkan putera baginda akan mendirikan rumah tangga!

Selepas pengumuman itu, Tunku Azizah terus mendapat panggilan telefon “seseorang” dari Pahang yang memberitahu Sultan Ahmad Shah mahu baginda berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang.

Bagaimana Pula Mereka Yang Sudah Berkahwin?

Tafsiran mimpi dipatuk itu mungkin “kena” dengan status baginda yang masih bujang ketika itu. Tapi bagaimana pula jika seseorang yang sudah berkahwin mimpi akan mimpi yang sama? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak ketika kecil dulu, ibu bapa anda menasihatkan anda untuk basuh kaki dan berdoa terlebih dahulu sebelum masuk tidur?

Sebenarnya, perkara ini adalah adab supaya kita tidak mendapat mimpi buruk, dan tidur kita sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Tapi tak ramai yang tahu, setiap tingkah laku, perbuatan, mahupun tabiat kita sendiri juga boleh menjejaskan ketenangan lalu mendorong berlakunya mimpu buruk ketika tidur!

Menurut pendakwah bebas, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi, tafsir mimpi yang dipercayai oleh masyarakat itu sebenarnya tidaklah bersandar pada mana-mana dalil Syarie yang disepakati ulama. 

Malah, kitab rujukan seperti Tajul Muluk sendiri bukanlah kitab muktabar dan hanyalah dijadikan petua orang dulu-dulu sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sebagai orang Islam, panduan kita terhadap tafsir mimpi sepatutnya berlandaskan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang berbunyi –

Janganlah engkau ceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang alim atau orang yang cerdik akalnya.”

Malah, Mohd Fakrurrazi menambah, Nabi SAW sendiri sudah mengajar umatnya supaya berlindung kepada Allah SWT daripada kejahatan iblis dan syaitan. Ini termasuklah ketika anda mengalami mimpi buruk atau terkejut dari tidur. 

“Di dalam hadis mursal riwayat Ibnu Sunni diriwayatkan oleh Muhammad bin Yahya bin Hibban bahawa Khalid bin al-Walid mengadu kepada Rasulullah SAW yang dia tidak boleh tidur malam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Baginda mengajar doa supaya dapat berlindung kepada Allah iaitu: ‘Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan dan daripada keburukan mimpi.’

“Malah, sebuah hadis marfu’ riwayat at-Tirmizi meriwayatkan Nabi SAW bersabda, apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi buruk, janganlah dia ceritakan kepada orang lain dan hendaklah dia bangun lalu solat.

Katanya, mimpi ada tiga jenis menurut ilmu perubatan Islam iaitu mimpi benar, mimpi daripada syaitan dan mimpi mainan tidur.

Oleh sebab itu, tafsiran mimpi tidak boleh dijadikan sandaran atau hukum. Jangan anda lupa, mimpi ketika tidur bukan hanya disebabkan makhluk halus semata-mata.

Tapi ia juga boleh disebabkan oleh tekanan emosi, psikologi, perjalanan darah dan sebagainya. Maka sudah terjawab di sini yang mimpi dipatuk ular tidaklah membawa sebarang maksud, melainkan secara kebetulan semata-mata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksud Mimpi Dipatuk Ular Oleh Orang Barat

Selain daripada pandangan Islam dan budaya Melayu, orang Barat juga seringkali mengeluarkan interpretasi mimpi mereka sendiri. Bagi mereka, mimpi tentang dipatuk ular mempunyai pelbagai tafsiran bergantung pada konteks mimpi dan persatuan peribadi pemimpi.

Berikut adalah beberapa tafsiran:

  • Ketakutan atau Kebimbangan: Ular sering dikaitkan dengan ketakutan, bahaya, dan kebimbangan. Bermimpi dipatuk ular mungkin mencerminkan emosi ini, menunjukkan bahawa pemimpi berasa terancam atau terdedah dalam beberapa cara.
  • Pengkhianatan: Dalam sesetengah budaya, ular dilihat sebagai simbol pengkhianatan atau penipuan. Bermimpi dipatuk ular boleh menunjukkan bahawa pemimpi berasa dikhianati atau dikecewakan oleh seseorang yang mereka percayai.
  • Transformasi: Ular juga dikaitkan dengan transformasi dan pembaharuan. Digigit ular dalam mimpi boleh mewakili transformasi atau perubahan yang sedang dilalui atau perlu dilalui oleh pemimpi.
  • Penyembuhan: Sesetengah budaya melihat racun ular mempunyai sifat penyembuhan. Bermimpi dipatuk ular boleh mewakili keperluan pemimpi untuk penyembuhan atau keinginan untuk disembuhkan.

Akhirnya, tafsiran mimpi tentang digigit ular akan bergantung pada keadaan unik dan persatuan peribadi pemimpi. Ia boleh membantu untuk meneroka apa-apa emosi atau pemikiran yang timbul berkaitan dengan mimpi untuk mendapatkan gambaran lanjut tentang maknanya.

Jadi jika anda yang masih bujang bermimpi dipatuk ular dan tiba-tiba dilamar, tahniah kami ucapkan! Namun buat anda yang sudah berkahwin dan mimpi dipatuk ular, usah gusar. Ia tidak membawa maksud apa-apa. 

Semoga perkongsian ini berguna!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Cara Mudah Untuk Cepat Hamil, Tips Berkesan Daripada Pakar Kesihatan

Baca juga: Suami, Jika Isteri Anda Menunjukkan 10 Tanda-Tanda Ini, Dia Sebenarnya Sedang Stress!

Baca juga: Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Penulis

Ayu Idris