Mimpi Jumpa Nabi Muhammad Ketika Tidur Mengikut Penjelasan UAI Dan Mufti Wilayah

Mimpi jumpa Nabi petanda yang baik dalam kehidupan bagi mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan amal soleh setiap hari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mimpi adalah pengalaman alam bawah sedar yang penuh misteri, dan bagi umat Islam, mimpi jumpa Nabi Muhammad SAW dianggap sebagai salah satu anugerah terindah yang tidak ternilai.

Mimpi bertemu baginda adalah sesuatu yang sangat istimewa kerana tidak semua umat Islam diberikan rezeki merasainya.

Mimpi Jumpa Nabi Ketika Tidur

Soalan: Seseorang telah mengatakan dia telah mimpi jumpa Nabi. Bagaimana ingin tahu dia mimpi jumpa Nabi sedangkan kita tidak pernah atau mengenali bagaimana rupa dan fizikalnya?

Jawapan: Jika dalam mimpi tersebut, dia mengaku dirinya adalah Nabi, maka dia bukanlah orang lain.

Di alam realiti, sesiapa sahaja boleh mengaku dialah Nabi Muhammad. Namun jika dalam mimpi, perkara ini tidak terjadi kerana ada jaminan hadis sahih.

Jika bermimpi, kemudian dia mengaku dialah Nabi Muhammad. Sememangnya ia adalah benar.

Ada sesetengah mimpi, dia sendiri mengaku dirinya Nabi atau ada orang-orang lain yang mengatakan itu adalah Nabi Muhammad sehingga kita mengetahui tentangnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi ada juga yang bermimpi hanya melihat Nabi dan tidak bercakap, tapi dia tahu itu adalah Nabi Muhammad kerana mempelajari sirah Nabi (bagaimana rambut Nabi, bagaimana keningnya, hidung, warna kulit, janggut).

Jika di alam nyata, boleh jadi orang yang mengaku Nabi, dia sebenarnya bukan Nabi. Tapi jika dalam mimpi, kalau ada orang mengaku Nabi, sememangnya dia adalah Nabi.

Mimpi Jumpa Rasulullah Mengikut Mufti WP

Para ulama amat berhati-hati berkenaan dengan mimpi Nabi SAW kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri dan special. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syaitan sendiri pun tidak mampu menyerupakan dirinya dengan Rasulullah SAW.

Kecuali para sahabat Nabi SAW seperti Ibn Abbas, bila seseorang itu mendakwa dia bermimpi Rasulullah SAW di kalangan tabi’in, maka Ibn Abbas akan bertanya sifat Rasulullah SAW, rupa dan bentuknya.

Jika benar dengan realiti maka Ibn Abbas mengiyakannya. Ini bertujuan untuk menyanggah mereka yang berbohong yang mengatakan mereka bermimpi Rasululah sedangkan sebaliknya tidak. 

Dengan sebab itu, sifat nabi mestilah benar dan betul sebagai mana yang disebut oleh para sahabat dan dalam kitab seperti dalam kitab al-Syamail.  

Ini kerana hadith daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

مَنْ رَآنِي فِي المَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي اليَقَظَةِ، وَلاَ يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي». قَالَ أَبُو عَبْدِ اللهِ: قَالَ ابْنُ سِيرِينَ: «إِذَا رَآهُ فِي صُورَتِهِ.

Maksudnya: “Sesiapa bermimpi melihatku, maka dia akan melihatku dalam keadaan terjaga , dan syaitan tidak dapat menyerupaiku.” Abu ‘Abdillah (Imam al-Bukhari) berkata: Ibn Sirin berkata: “Maksudnya, apabila dia melihatnya dalam rupa bentuk Baginda.”- Riwayat al-Bukhari (6993)

Mimpi Jumpa Rasulullah Petanda Baik

Mimpi Rasulullah SAW dan para nabi merupakan petanda yang baik dalam kehidupan kita. Diharapkannya dengan mimpi tersebut makin beriltizamlah kita dengan agama Allah SWT dan istiqamah.

Itulah cara kita berinteraksi dengan mimpi yang baik, untuk meningkatkan amalan soleh, menekuni ilmu dan mencintai Rasulullah SAW dengan mengikut sunnahnya serta sentiasa berselawat ke atas Baginda SAW. 

Mimpi Yang Baik Adalah Berita Gembira

Perlunya kita memahami jika ia baik adalah daripada Allah maka bolehlah kita ceritakan sebaliknya jika tidak, ia daripada syaitan, maka hendaklah kita amalkan doa perlindungan daripadanya.

Mimpi yang baik sebagai berita gembira. Inilah yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

لَمْ يَبْقَ مِنَ النُّبُوَّةِ إِلَّا المُبَشِّرَاتُ. قَالُوا: وَمَا المـُبَشِّرَاتُ؟ قَالَ: الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ.

Maksudnya: “Tiada yang berbaki daripada kenabian selain berita gembira.” Mereka bertanya: “Apa itu berita gembira?” Baginda menjawab: “Mimpi yang baik.”

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 100 Tafsir Mimpi Diri Sendiri Dan Termimpi Orang Lain

Baca juga: Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Yang Dikenali/ Tidak Dikenali, Tafsir 25 Maksud Mimpi Di Sebaliknya

Baca juga: Mimpi Ular, 17 Maksudnya Menurut Pandangan Islam, Jauhi Diri Dari Ramalan Yang Menyesatkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan