Mimpi Ular, 17 Maksudnya Menurut Pandangan Islam, Jauhi Diri Dari Ramalan Yang Menyesatkan
Mimpi ular menimbulkan banyak tanda namun elakkan daripada syirik dan taksub akan ramalan-ramalan mimpi yang tidak berasas.
Maksud mimpi ular menimbulkan banyak tanda. Bukan sahaja positif tetapi juga boleh menjadi tanda negatif namun anda tidak perlu risau, sebenarnya sama ada ia membawa maksud buruk atau baik, kesemuanya mempunyai mesej tertentu.
Isi Kandungan
Mimpi Ular Menurut Islam
1.Mimpi Ular Hitam
Mimpi ular hitam menandakan ada sesuatu berlaku tidak lama lagi yang akan mengancam keselamatan anda. Sebaiknya, sentiasa berwaspada terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Boleh jadi disebabkan anda sedang mengalami tekanan emosi.
Lain pula sekiranya anda mimpi dipatuk ular hitam, ia mencerminkan ketakutan melampau. Tetapi, jika ular hitam berada dekat dengan anda di dalam mimpi, ia bermakna anda berupaya mengawal segala macam ketakutan yang mendatang.
2. Mimpi Dipatuk Ular
Walaupun mimpi dipatuk ular sangat menakutkan dan membuatkan seseorang trauma, mungkin anda berasa gembira setelah mengetahui maksud mimpi sebegini.
Ia memberikan petanda baik untuk orang bujang kerana bermaksud akan bertemu jodoh. Bagi anda yang sudah berkahwin, mimpi ini bermaksud anda akan memperoleh kemakmuran dan kebahagiaan dalam kehidupan.
3.Mimpi Dikejar Ular
Sama seperti tadi, mimpi dikejar ular juga membawa maksud baik untuk orang yang bujang kerana anda akan mendapat pasangan yang akan menyayangi anda dengan seikhlas hati.
4.Mimpi Ular Banyak
Mimpi ular banyak bermaksud anda akan dipanjangkan umur. Ia juga boleh dijadikan peringatan untuk sentiasa bersyukur dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.
5.Mimpi Ular Besar
Sekiranya anda baru bermimpi melihat ular besar, anda akan mendapat tuah yang besar. Semestinya rezeki ini datang dari Allah SWT. Oleh sebab itu, anda harus menghadapi segala ujian dengan penuh rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
6.Mimpi Bunuh Ular
Ia bermaksud anda berjaya mengalahkan musuh. Namun, maksud tersirat bagi mimpi bunuh ular adalah jangan bersikap sombong dan sentiasa menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia.
7. Mimpi Ular Putih
Mimpi melihat ular putih mempunyai makna yang baik. Aanda akan mengalami perubahan dalam hidup yang akan membawa anda menjadi lebih baik.
8. Mimpi Ular Hijau
Menurut para ulama, orang yang bermimpi ular hijau akan memperoleh kejayaan dan kemakmuran.
Seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah Al-A’raf ayat 103, “Dan kami berikan petunjuk kepada Musa anugerah untuk melihat ular hijau yang bersinar”.
9.Mimpi ular Masuk Rumah
Maksud mimpi ini anda akan menerima tetamu yang menyenangkan datang ke rumah dan membawa berita baik. Mimpi ini jua memberikan peringatan untuk anda mempersiapkan diri menyambut tetamu yang akan datang.
10. Mimpi Ular Kuning
Jika anda pernah mimpi ular kuning, ini bermaksud ada sesuatu perkara baik yang berlaku dalam pekerjaan yang diidamkan atau melibatkan ahli keluarga.
11. Mimpi Menangkap Ular
Dalam Islam, mimpi menangkap ular dianggap sebagai pertanda yang baik. Makna di sebalik mimpi ini biasanya menunjukkan bahawa anda akan memperoleh harta. Namun, harta yang diperoleh juga boleh membawa keberuntungan dan ujian.
12.Ular Muncul dari Lubang
Mimpi tentang ular yang muncul dari lubang mungkin melambangkan kebangkitan atau penemuan sesuatu yang tersembunyi. Ini boleh menunjukkan bahawa anda akan menemui sesuatu yang penting.
13.Ular Berwarna-warni
Ular yang berwarna-warni dalam mimpi boleh menunjukkan bahawa anda akan mengalami situasi yang penuh warna atau kompleks. Ini mungkin menunjukkan keperluan untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai aspek kehidupan.
14.Ular Berenang
Melihat ular berenang dalam mimpi mungkin melambangkan perubahan atau transisi dalam hidup anda. Ini boleh menunjukkan bahawa anda sedang melalui proses perubahan yang signifikan.
15.Ular Kecil
Mimpi tentang ular kecil boleh menunjukkan bahawa masalah atau ancaman yang anda hadapi tidak terlalu serius.
16.Ular Mati
Mimpi tentang ular yang mati mungkin menandakan akhir dari masalah atau ancaman dalam hidup anda. Ini boleh menjadi tanda bahawa anda telah mengatasi cabaran besar.
17.Ular Berubah Warna
Jika ular dalam mimpi anda berubah warna, ini mungkin melambangkan perubahan dalam situasi atau emosi anda. Anda mungkin menghadapi perubahan yang mempengaruhi hidup anda.
3 Jenis Mimpi Menurut Islam
Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya.
Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Menurut ahli-ahli ta’bir, mimpi ada tiga jenis:
1) Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.
2) Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.
3) Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.
Adab Sebelum Tidur
Berikut adalah bebarapa adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebelum daripada kita memasuki alam mati yang sementara supaya mimpi kita bukan daripada mainan syaitan. Antaranya:
1. Membaca doa “Bismikallahumma ahyaa wa amuutu”
2. Membaca dua kalimah syahadah.
3. Selawat ke atas Nabi.
4. Membaca ayat Kursi
5. Membaca ayat 285-286 surah Al-Baqarah.
6. Surah Al-Kaafiruun.
7. Menadahkan dua tangan seperti biasa berdoa kemudian diludahkan ke dalamnya dan baca surah Al-Falaq.
8. Surah Al-Fatihah.
9. Tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, takbir 33 kali.
10. Kemudian tidur dengan mengiring sebelah kanan dan meletakkkan kedua-dua tangan di bawah pipi kanan.
11. Kemudian tidur dengan mengiring sebelah kanan dan meletakkan kedua tangan di bawah pipi kanan.
Antara adab-adab ketika lepas bermimpi, jika kita bermimpi dengan mimpi yang baik, disunatkan supaya kita memberitahu kepada mereka yang kita sayang dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku manakala mimpi buruk pula kita disunatkan melakukan perkara-perkara tersebut:
1. Membaca ta’awwuz (A’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (jika mampu)
Apa yang telah dijelaskan oleh Ustaz Syarhan Shafie tersebut adalah pendapat tentang mimpi dan tafsir menerusi sudut pandangan Islam yang boleh diambil sebagai pengajaran.
Marilah bersama-sama kita berdoa serta bertakwa kepada Allah SWT supaya kita semua sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah SWT.
Semoga kita semua dijauhkan daripada perbuatan syirik dan taksub dengan ramalan-ramalan mimpi yang tidak berasas. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda. Semoga bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Jangan Terkejut Jika Bayi Senyum Ketika Tidur! Adakah Mereka Sudah Boleh Bermimpi?
Baca juga : Sering Mimpi Dapat Bayi? Adakah Ini Mainan Tidur Atau Petanda Masa Hadapan?
Baca juga : Tolong, Saya Mimpi Ular Ketika Hamil! Adakah Ia Satu Petanda Buruk?