X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Takdir Bertemu Jodoh Dengan Jiran Depan Rumah, Wanita Ini Kongsi Kisah Di Sebaliknya

1 Apr, 2021
Takdir Bertemu Jodoh Dengan Jiran Depan Rumah, Wanita Ini Kongsi Kisah Di Sebaliknya

Bertemu jodoh dengan pasangan yang baik dan dalam satu kawasan tempat tinggal adalah satu bonus kerana ia sangat memudahkan urusan balik bercuti atau beraya

Apabila menyentuh soal pasangan hidup, ia adalah rahsia Allah yang tiada siapa mampu untuk menduga. Namun siapa sangka setelah 30 tahun berjiran, wanita ini bertemu jodoh dengan rakan sepermainannya ketika zaman kanak-kanak.

Beberapa buah video telah dimuat naik menerusi aplikasi TikTok dengan tajuk ‘suamiku jiranku’ berjaya mendapat perhatian netizen sehingga kini mencatatkan lebih 800,000 tontotan dalam tempoh 24 jam.

Kisah bertemu jodoh dengan jiran di hadapan rumah

bertemu jodoh dengan jiran

Sewaktu ditemu bual oleh mStar, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Dyha Ishak, 32, mengakui bahawa dia sememangnya amat mengenali suami iaitu Syazwan sejak kecil. 

Malah, mereka juga sering bermain bersama-sama memandangkan rumah kedua ibu bapa terletak bertentangan antara satu sama lain. Mengimbas kembali kisah hubungan mereka, wanita ini berkata dia dan suami tidak pernah bercinta.

Hubungan mereka juga tidak lebih sekadar rakan biasa dan jiran tetangga.

”Kami adalah rakan sepermainan. Seingat saya, selalu juga kami main cikgu-cikgu, tapi tak pernah main kahwin-kahwin pun. Apabila meningkat remaja, suami berpeluang belajar di sekolah asrama penuh. Jadi amat jaranglah dapat berjumpa, selalunya ketika hari raya sahaja.” jelasnya.

”Kemudian selepas saya tamat belajar dan sedang menunggu untuk graduasi, banyak masa diluangkan di rumah. Masa itulah ibu mentua datang ke rumah dan bertanya sama ada saya masih single atau sudah berpunya,”

”Jika belum berpunya, dia nak ambil saya jadi menantu. Agak terkejut juga lah masa tu. Selama seminggu saya memikirkan hal ini sebelum memberikan keputusan kepada bakal ibu mentua,” katanya.

Tambah Dyha lagi, dalam tempoh berkenaan juga dia sempat stalk Facebook suami sebab nak tahu macam mana bakal pasangan. Akhirnya dia menyatakan persetujuan.

Hampir berputus asa setelah bertemu jodoh

”Sebenarnya saya dan kakak kepada suami sangat rapat. Suami pun rapat dengan kakaknya. Jadi dia pun bersetuju mengikut cadangan ibu dan kakaknya. Selepas dua pihak bersetuju, kami pun mengikat tali pertunangan.” jelas Dyha.

Ibu kepada dua cahaya mata ini turut menjelaskan bahawa sepanjang tempoh pertunangan, dia dan suami tidak berhubung antara satu sama lain. Sebaliknya hanya menerusi keluarga.

Malah, beli barang hantaran juga keluarga ikut. Mereka bertunang lebih setahun sebelum diijabkabulkan. Sama seperti pasangan yang lain, Dyha mengakui bahawa mereka turut diuji ketika sedang berdarah manis.

”Masa dalam tempoh bertunang, saya pernah rasa untuk memutuskan hubungan. Sebab tiada perasaan cinta dan keliru dengan keputusan sendiri. Tapi mak nasihatkan supaya buat solat istikharah.”

jodoh depan rumah

Sedar tak sedar, usia perkahwinan Dyha dan suami kini sudah memasuki tahun ketujuh. Mereka juga dikurniakan sepasang cahaya mata berusia empat tahun dan satu tahun. Senang cerita, mereka bercinta selepas nikah.

Tidak menyangka perkongsian video bertemu jodoh dengan jiran depan rumah menjadi tular, Dyha berkata dia secara suka-suka sahaja memuat naik di TikTok. 

Walaupun dekat, sentiasa kena bertolak ansur

”Kebetulan minggu baru-baru ini ramai artis mendirikan rumah tangga. Saya memuat naik kisah dengan suami hanya sekadar mengimbau balik kenangan dan tidak sangka menjadi tular.”

”Ramai memberikan reaksi dan komen lucu. Apa yang boleh saya katakan ialah dalam perkahwinan, perlu ada sikap saling bertolak ansur. Walaupun rumah keluarga kami berdua sangat dekat, tapi bila balik perlu bergilir sebab nak jaga hati kedua-dua keluarga.”

tanda bertemu jodoh

”Kita berkahwin bukan dengan pasangan sahaja, tetapi dengan ahli keluarganya juga.” jelas Dyha.

Kesimpulannya, jodoh adalah salah satu rezeki atau nikmat yang diberikan Allah kepada manusia.

”Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (QS. An Nur:26)

Stories Rakan Kongsi
Tunai Impian Anak Anda dengan Hadiah Biasiswa Pendidikan INI
Tunai Impian Anak Anda dengan Hadiah Biasiswa Pendidikan INI
Adakah Anak Anda Alah Pada Susu Atau Intoleransi Laktosa? Ini Perbezaan Yang Ibu Bapa Patut Tahu
Adakah Anak Anda Alah Pada Susu Atau Intoleransi Laktosa? Ini Perbezaan Yang Ibu Bapa Patut Tahu
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Allah SWT telah menetapkan jodoh, rezeki dan kematian kita dalam kita Lauh Mahfudz. Namun tidak bermakna kita tidak dapat memilih jodoh sendiri kerana Allah memberikan jalan kepada manusia untuk memilih pasangan yang diinginkan.

Sumber: Mstar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sengsara Bila Kematian Suami, Ini Yang Isteri Wajib TAHU Tentang KWSP Bila Suami Tiada

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Takdir Bertemu Jodoh Dengan Jiran Depan Rumah, Wanita Ini Kongsi Kisah Di Sebaliknya
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham