X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

(Terkini) SOP Aidilfitri 2021, Tidak Dibenarkan Ziarah-Menziarahi & Acara Rumah Terbuka

4 min bacaan
(Terkini) SOP Aidilfitri 2021, Tidak Dibenarkan Ziarah-Menziarahi & Acara Rumah Terbuka

Sambutan hari raya 2021 seluruh rakyat terpaksa berada di perantauan disebabkan tidak dibenarkan untuk rentas negeri. Ketahui SOP bagi PKP 3.0 yang terkini!

Memandangkan sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini merupakan kali kedua seluruh masyarakat terpaksa beraya di perantauan ekoran peningkatan kes Covid-19 baharu yang begitu membimbangkan, ada beberapa SOP terkini perlu anda patuhi.

Bermula semalam, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun ini.

SOP sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021

sop aidilfitri 2021

foto: the star

Meskipun ramai tidak dapat menerima keputusan secara tiba-tiba dan meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing di media sosial, segala kerajaan lakukan adalah untuk menyelamatkan nyawa rakyat daripada ancaman Covid-19.

Bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 13 Mei 2021, berikut merupakan SOP Aidilfitri yang telah ditetapkan berdasarkan pembentangan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). 

Sekiranya anda melanggar SOP yang ditetapkan, boleh dikenakan kompaun sehingga RM10,000.

#1. SOP Aidilfitri 2021- Takbir raya di masjid atau surau

Bagi kawasan PKP, PKPB & PKPP, takbir raya dibenarkan mengikut ketetapan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri. Manakala kawasan yang berada dalam PKPD, tidak dibenarkan.

Amalan takbir raya dari rumah ke rumah juga tidak dibenarkan bagi mencegah penularan Covid-19.

#2. Solat sunat hari raya di masjid atau surau

Negeri yang dalam kawasan PKP, PKPB dan PKPP, solat sunat hari raya adalah dibenarkan di mana-mana masjid atau surau dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah.

Manakala bagi masjid atau surau yang boleh memuatkan kurang 1,000 jemaah, hanya 20 orang sahaja dibenarkaan.

Had bilangan jemaah ini juga terpakai bagi solat lima waktu dan solat Jumaat.

#3. SOP Malaysia- Jamuan selepas solat hari raya

sop pkp 3.0

foto: penangkini

Bagi anda yang berada dalam kawasan PKP, PKPB dan PKPP, jamuan selepas solat hari raya di masjid atau surau adalah tidak dibenarkan.

Hanya kawasan PKPB dan PKPP sahaja dibenarkan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri serta perlu mematuhi SOP. Justeru, ahli jawatankuasa masjid dan surau digalakkan menyediakan juadah sudah dibungkus untuk diedarkan kepada para jemaah dan dibawa pulang.

#4. Amalan ziarah-menziarahi ketika hari raya

Amalan ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur sewaktu sambutan Aidilfitri tahun ini adalah tidak dibenarkan.

Sebarang bentuk perhimpunan sosial seperti kenduri, majlis rumah terbuka, doa selamat, tahlil atau makan malam bagi semua kawasan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Memandangkan raya tahun ini ramai keluarga ‘tersangkut’ di perantauan, maka lakukan sahaja panggilan video menggunakan telefon pintar untuk saling mengucapkan selamat hari raya.

Kemudahan aplikasi Whatsapp dan Zoom mampu mengubati rindu terhadap insan yang dicintai. Bak kata orang, jauh di mata tapi di hati sentiasa dekat!

Justeru, pastikan sambungan internet stabil dan setiap ahli keluarga anda bersiap sedia untuk kekal di hadapan skrin bagi memohon kemaafan hari raya serta berkongsi juadah Aidilfitri yang disediakan.

#5. Bilangan orang dalam kenderaan

sop aidilfitri 2021

credit to sources

Larangan rentas daerah dan negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh. Elak menyalahgunakan pas bekerja atau surat kebenaran rentas negeri bagi tujuan tertentu kerana tindakan lebih tegas boleh diambil.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi atau e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu. 

Gelombang ketiga lebih ganas dan kritikal, patuhilah SOP yang ditetapkan

”Kita telah berjaya melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 dalam gelombang pertama dan kedua penularan wabak ini. Saya mengingatkan bahawa gelombang ketiga yang sedang kita hadapi ini lebih ganas dan kritikal,”

”Kita masih belum menang. Hadapilah gelombang ketiga ini dengan penuh disiplin. Duduklah di rumah jika tiada perkara penting. Wabak ini menjadi lemah dan tewas jika kita mengamalkan disiplin kendiri yang tinggi.” ucap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hal yang perlu diingati raya sememangnya akan berlaku setiap tahun, namun nyawa hanya diberikan satu sahaja untuk setiap manusia. Sentiasa amalkan penjarakan sosial, mengelakkan perhimpunan sosial dan kerap mencuci tangan.

Sumber: Mstar

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Cabaran Berpantang Semasa Hari Raya, Bertabahlah Wahai Ibu Semuanya Demi Anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • (Terkini) SOP Aidilfitri 2021, Tidak Dibenarkan Ziarah-Menziarahi & Acara Rumah Terbuka
Kongsikan:
  • SOP Baharu Aidil Adha Pastikan Keselamatan Semua, Rentas Negeri Dibenarkan

    SOP Baharu Aidil Adha Pastikan Keselamatan Semua, Rentas Negeri Dibenarkan

  • 5 Selebriti Yang Berjaya, Hasil Didikan Insan Bergelar Ibu, SELAMAT HARI IBU untuk semua

    5 Selebriti Yang Berjaya, Hasil Didikan Insan Bergelar Ibu, SELAMAT HARI IBU untuk semua

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • SOP Baharu Aidil Adha Pastikan Keselamatan Semua, Rentas Negeri Dibenarkan

    SOP Baharu Aidil Adha Pastikan Keselamatan Semua, Rentas Negeri Dibenarkan

  • 5 Selebriti Yang Berjaya, Hasil Didikan Insan Bergelar Ibu, SELAMAT HARI IBU untuk semua

    5 Selebriti Yang Berjaya, Hasil Didikan Insan Bergelar Ibu, SELAMAT HARI IBU untuk semua

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.