Senarai Buku Yang Pelik & Kurang Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Ibu Ayah Jom Semak!

Anak yang membaca buku sejak kecil dikatakan memiliki kelebihan kerana tabiat ini terbukti mampu mengembangkan daya pemikiran mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak membaca buku memberikan manfaat yang tersendiri buat diri mereka. Dengannya, banyak ilmu dapat diperoleh dan maklumat diketahui. Lebih baik lagi jika tabiat ini dipupuk sejak kecil.

Variasi buku kanak-kanak yang terjual dalam pasaran biasanya memberikan penekanan kepada warna, gambar dan tajuk yang mampu menarik minat si manja anda.

Elakkan anak membaca buku yang pelik dan tidak sesuai dengan usia mereka

Laman web EdVantage di Singapura mendedahkan beberapa buah buku kanak-kanak yang agak pelik dan menyeronokkan. Antaranya:

credit to sources

– Monsters Eat Whiny Children
Gambar kanak-kanak dalam periuk berpenutup mungkin boleh menyebabkan trauma pada anak-anak

– The Gas We Pass – The Story of Farts
Mahukah anda membeli buku ini? Agak menggelikan hati dengan gambar bahagian punggung gajah.

– The Bumper Book of Bunny Suicides
Mungkin ini agak keterlaluan. Muka hadapan menunjukkan ‘bunny’ yang bersedia untuk membunuh diri dengan menikam diri.

– The Long Journey of Mister Poop
Buku ini menggambarkan perjalanan ‘seorang’ najis. Terselit di sebelah gambar najis, seekor haiwan yang menyebut perkataan “Yum!” Sanggupkah anda membelinya?

– Who cares about disabled people?
Tajuknya seolah-olah mengajar anak-anak untuk tidak menghiraukan golongan OKU. Namun gambar muka hadapan menunjukkan sebaliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalan membaca buku: Apa yang lebih utama?

Ada benarnya pandangan Profesor Madya Datuk Muhammad Ali Hassan, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru apabila ditanya tentang tabiat membaca buku di kalangan rakyat Malaysia pada Julai, 2011 oleh Bernama.

Menurut beliau, walaupun meningkat apa yang lebih penting adalah genre yang dipilih. Tidak salah membaca bahan bacaaan ringan, namun secara ideal rakyat Malaysia harus membaca pelbagai jenis buku bagi meningkatkan ilmu dan menghasilkan generasi pemikir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Pada pendapat yang menyatakan tidak perlu membaca buku yang tiada kaitan dengan minat, beliau berpendapat itu hanya akan mengehadkan skop ilmu.

Profesor Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dilaporkan telah membaca semua buku dalam perpustakaan sekolahnya ketika di sekolah menengah. Hasilnya beliau mampu menganalisa dan membincangkan apa jua isu.

Mengakui minat membaca tidak dapat dipaksa, beliau menegaskan ibubapa tidak sepatutnya membiarkan anak-anak membaca buku apa saja yang mereka sukai. Sebaliknya, mereka harus dididik mempelbagaikan bahan bacaan mengikut umur bagi membantu membuat pilihan apabila dewasa kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips memupuk minat anak-anak membaca buku

Apapun juga, sebelum anda merancang jenis bahan bacaan, pastikan anda menanam minat membaca pada anak-anak. Cubalah panduan memupuk tabiat membaca seperti dibawah:

1. Membaca bersama: Hakikatnya, setiap yang anak pelajari bermula di rumah. Jadi, ambil buku dan bacalah untuk anak-anak atau bacalah bersama mereka. Memulakan sejak awal membantu anak-anak menambah perkataan dan memahami penggunaannya. Anak-anak juga akan merasa lebih yakin untuk membaca buku seterusnya.

2. Pastikan bahan bacaan tersedia: Anak-anak yang dikelilingi buku mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk membaca. Jadi pastikan mereka sentiasa ada sesuatu yang boleh dibaca. Tentukan juga bahan bacaaan sesuai dengan umur dan mampu menarik minat. Sebagai contoh, sediakan buku di ruang tamu, ruang rehat keluarga serta bilik tidur.

3. Rancang aktiviti membaca: Anak-anak biasanya beranggapan membaca bukan sesuatu yang menyeronokkan. Jadi, rancanglah aktiviti-aktiviti menarik yang memerlukan mereka membaca. Sebagai contoh, mengadakan sesi membaca bersama dan meminta anak-anak melukis apa yang dibaca.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

4. Biasakan dengan buku: Anak-anak kebiasaanya akan berminat dengan apa yang ada disekeliling mereka. Jadi bawalah mereka ke kedai buku atau ke perpustakaan. Di perpustakaan mereka boleh meminjam buku dan kadangkala terdapat program membaca bagi kanak-kanak. Dengan program sebegini, mereka dapat bertemu kawan dan melakukan aktiviti bersama.

5. Gunakan teknologi: Tidak semestinya anak-anak hanya membaca buku yang berkertas. Galakan membaca boleh dilakukan dengan bantuan alat pandang dengar seperti buku audio, buku DVD dan lain-lain.

6. Jadilah contoh terbaik: Anak-anak sentiasa belajar daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Maka jika ingin menanam minat membaca, anda mesti lakukan perkara sama. Anda boleh membaca buku anak-anak bersama atau biarkan mereka membacanya sendiri sambil anda membaca buku lain

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ayah Yang Sering Baca Buku Bersama Anak Beri Kesan Unik Berbanding Ibu, Ini Faktanya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan