Selalu Rasa Mual Bila Minum Air Gula? Ini 5 Cara Berkesan Elak Anda Muntah

Air gula adalah air yang dibancuh manis, likat dan pekat bagi menentukan keadaan kesihatan ibu yang mempunyai kencing manis atau diabetes semasa mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila mengandung, ibu perlu minum air gula supaya dapat mengesan sama ada anda menghidap kencing manis atau tidak. Sebab itu anda tidak boleh elak untuk minum air gula ini supaya kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan yang baik.

Ini kerana apabila doktor mendapat tahu ibu mempunyai kencing manis selepas ambil air gula, maka ia terbahagi kepada dua iaitu GDM on diet control atau GDM on insulin.

Minum air gula ketika hamil, kenapa ia perlu dilakukan? 

Pada permulaannya, ibu hanya akan diketegorikan dalam GDM on diet control, di mana anda perlu mengawal jadual pemakanan setiap hari dan bacaan tidak boleh melebihi dari 5.4 semasa membuat BSP, Blood Sugar Profile. 

Akan tetapi, jika setiap kali membuat BSP, doktor melihat gula ibu selalu tinggi, maka anda perlu mengambil insulin atau makan ubat kencing manis supaya kadar gula dalam darah dapat dikawal. 

Contohnya seperti seorang pengguna aplikasi theAsianparent yang menggunakan nama Lily ini mengajukan soalan di laman aplikasi tersebut tentang keputusan yang diperolehi oleh ibu hamil selepas minum air gula.

Posting yang dimuat naik itu mendapat 32 respon balas dari pengguna aplikasi theAsianparent.

Menurut Maisarah Rahman, dia baru sahaja minum air gula dan rasanya tidaklah seteruk mana seperti yang diperkatakan orang.

Manakala Illyyina pula mengatakan cawan air gula di tempatnya besar seperti cawan air di kedai makan hingga membuatnya sukar untuk habiskan secawan air gula itu. Malah dia juga menunggu 24 minggu kehamilan untuk minum air gula buat kali kedua.

Apa rasa air gula itu?

Sementara itu pengguna bernama Puan Fyraa pula bertanyakan soalan apakah rasa air gula itu kerana dia risau perlu minumnya pada 18 Ogos nanti dan bimbang jika tidak dapat habiskan secawan air gula itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lantas pengguna bernama Illyyina mengatakan rasa air gula itu sangat manis dan membuatkan tekaknya rasa loya terutama perut kosong kerana perlu berpuasa pada malam sebelumnya.  

Kemudian dia berpesan agar ibu-ibu tidak banyak bergerak kerana boleh menyebabkan pitam. Menurut Aida Suziey, semasa minum air gula pada pertama kali keputusan yang diperolehi adalah normal.

Namun, dia masih menunggu keputusan air gula yang kedua kerana menurut jururawat jika mereka tidak hubungi bermaksud paras gula adalah normal. Walau bagaimanapun, jika tersangkut kencing manis pihak klinik akan menghubungi terus ibu berkenaan untuk buat temujanji BSP.

Tips minum air gula agar lulus cemerlang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Puasa bermula sebelum 10 malam

Anda perlu berpuasa dari malam sebelum checkup hinggalah keesokan harinya. Malah, ibu hamil juga disyorkan minum air masak sebanyak yang mungkin dan menjamah kurma sebelum 10 malam.

2. Pergi klinik sebelum jam 8 pagi

Sebaiknya anda tiba di klinik lebih awal dan mengambil nombor giliran. Ini dapat mengelak anda dari menunggu lama dan beratur panjang untuk minum air gula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Minum dengan cepat

Air gula yang diberikan itu biasanya suam dan senang untuk dihabiskan jika anda mendapat giliran awal. Tapi, jika anda datang lambat, air gula akan menjadi sedikit sejuk yang menyebabkan ia likat sekaligus membuatkan anda mual.

Kalau boleh, terus minum jangan henti kerana bila sudah stop sekejap pasti anda susah untuk menghabiskannya.

4. Berkumur

Selepas minum, kumur dan hilangkan semua sisa baki dalam mulut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Perlu tunggu 2 jam

Selepas itu, anda perlu menunggu selama dua jam untuk jururawat ambil darah buat kali kedua. Setelah siap semuanya anda boleh pulang ke rumah dan menikmati apa saja juadah yang anda mahukan.

Berkaitan dengan keputusan pula, pihak klinik akan menghubungi anda untuk memberitahu keputusan darah tersebut. Jika didapati anda mempunyai GDM maka anda perlu membuat BSP pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Semak jenis ubat dalam aplikasi theAsianparent 

Bagi anda yang sudah download aplikasi theAsianparent, anda boleh di klik di bahagian ubat-ubatan dan kemudian semak jenis ubat yang boleh diambil dan berbahaya semasa mengandung. Dari situ, anda boleh dapat maklumat yang lebih tepat dan ia juga di sertakan dengan penerangan lanjut. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkongsian ini berguna buat anda! Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkencing-manis-ketika-hamil