Benarkah Ubat Jadi 'Tawar' Bila Minum Air Kelapa? Doktor Ini Beri Penjelasan Sebenar

Pernah tak anda mendengar bahawa ada pendapat mengatakan ambil ubat dengan minum air kelapa boleh menyebabkannya tidak berkesan? Ini jawapan yang sebenar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minum air kelapa muda mampu memberikan kesegaran dan penawar kepada masalah panas dalam. Selain memiliki rasa yang sedap, ia dikatakan memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Walau bagaimanapun ramai yang berpendapat bahawa jika sedang mengambil sebarang jenis ubatan, anda perlu mengelakkan dari minum air kelapa kerana ia boleh mengurangkan keberkesanannya.

Kesan minum air kelapa ketika pengambilan ubat

credit to sources

Menurut perkongsian seorang Pakar Makmal Makanan, Dr. Fatimah Salim, keadaan ini sebenarnya merujuk kepada tindak balas ubat yang dimakan bersama dengan komponen kimia dalam air kelapa.

Sebelum penerangan yang lebih lanjut, anda perlu mengetahui kandungan kimia dalam air kelapa yang meningkatkan kebarangkalian berlakunya tindak balas dan gangguan terhadap fungsi badan iaitu:

  • Mengandungi hampir 94 peratus bahan kimia dihidrogen monoksida (H2O/ air)
  • 5 peratus gula ringkas (glukosa, fruktosa dan sukrosa)
  • 1 peratus zat seperti ion potassium dan natrium
  • Hormon tumbesaran, enzim, asid amino dan vitamin

Oleh kerana kandungan ini, air kelapa sangat sesuai bagi menghilangkan dahaga dan berfungsi sebagai pengimbang bendalir luar dan dalam sel-sel badan.

Tindak balas air kelapa dan ubatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Menganggu fungsi jantung

Komponen kimia dikaitkan dengan tindak balas ini ialah zat potassium atau kalium (K+) yang tinggi iaitu sekitar 250 mg dalam setiap 100g. Contoh jenis ubat yang boleh menerima kesan zat potassium tinggi ialah ubat darah tinggi.

Ia bertindak sebagai perencat reseptor ACE. Dengan pertambahan potassium akibat minum air kelapa membuatkan badan menerima lebihan bahan kimia ini. Kesannya, ia boleh menganggu fungsi jantung.

#2. Tekanan darah menjadi terlalu rendah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Bagi pesakit masalah buah pinggang pula, tubuh perlu mengeluarkan potassium berlebihan berkenaan. Kajian mendapati air kelapa boleh berinteraksi dengan fungsi ubat darah tinggi sehingga mengurangkan tekanan darah sistolik pada pesakit hipertensi.

Dalam hal ini, jika anda ambil air kelapa bersama ubat darah tinggi, ia mungkin boleh membuatkan kesan ubat lebih kuat dan pesakit berisiko menghadapi tekanan darah lebih rendah daripada yang sepatutnya (hipotensi). Antara gejalanya ialah pening, keliru, lemah, loya dan tidak sedarkan diri.

#3. Menghalang proses pembekuan darah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, kajian turut mendapati air kelapa boleh menghalang proses pembekuan darah (antitrombotik). Anda dinasihatkan untuk elakkan pengambilannya semasa atau selepas pembedahan bagi memastikan penyembuhan luka boleh berlaku dengan cepat.

#4. Risiko hiperkalemia (kalium dalam darah sangat tinggi)

Air kelapa turut mengandungi garam potasium yang agak ketara dan boleh membuatkan keadaan hiperkalemia seseorang menjadi semakin teruk. Jika diambil dalam kuantiti banyak, ia meningkatkan risikoini lebih-lebih lagi bagi pesakit kekurangan fungsi buah pinggang.

#5. Air kelapa dengan herba atau supplemen

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Begitu juga sekiranya air kelapa muda diambil bersama herba dan supplemen yang dipercayai memiliki kesan mengurangkan tekanan darah. Sebagai contoh, peptida kasein, cat’s claw, koenzim Q-10, minyak ikan, L-arginine, lycium, stinging nettle, theanine, mengkudu, belimbing buluh dan lain-lain.

Dalam hal ini, sekiranya air kelapa diambil secara sederhana dengan jumlah berpatutan, ia adalah selamat untuk semua lapisan umur termasuklah kanak-kanak dan ibu mengandung.

Bukan air kelapa sahaja boleh dibincangkan untuk melihat interaksi ubat dengan minuman. Ada beberapa lagi contoh minuman lain seperti tindak balas ferus dengan susu, ubat antikolesterol (atorvastatin) dengan jus limau gedang (grapefruit) dan ubat warfarin dengan teh hijau.

Justeru sebelum mengambil sebarang jenis makanan atau minuman, anda perlulah terlebih dahulu mendapatkan nasihat ahli farmasi atau doktor yang merawat bagi mengelakkan masalah tindak balas ubat terhadap tubuh badan.

Apa-apapun, sentiasalah memahami tahap kesihatan diri sendiri kerana lain orang, lain sensitif badannya. Sebarang pengambilan secara berlebihan sememangnya boleh membawa kemudaratan terhadap kesihatan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain air kelapa, makanan yang kaya dengan zat potassium ini ialah pisang 358 mg, ubi kentang 421 mg, durian 436 mg, sayuran hijau seperti bayam 558 mg dan kekacang. Hanya air kelapa sahaja dalam bentuk cecair yang mudah dihadam, maka lebih cepat daya serapan dalam tubuh berlaku.

Sumber: Remaja

Kredit foto: google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comminum-air-kosong