Anak Kerap Minum Air Kosong Bukanlah Tabiat Yang Normal, Ia Petanda Diabetes!

Jangan gembira sangat apabila melihat anak-anak sering minum air kosong secara berlebihan, ia mungkin petanda tubuh mereka diserang dengan penyakit ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya anda akan mendengar saranan pakar untuk minum air kosong sekurang-kurangnya satu liter air bagi orang dewasa bagi mengekalkan cecair yang diperlukan oleh tubuh.

Bukan itu sahaja, anak kecil juga memerlukan air yang mencukupi bagi mengelakkan masalah dehidrasi dan risiko serangan penyakit berbahaya.

Sekiranya anak-anak kurang minum air kosong atau sering mengelak kerana rasanya yang tawar akan mendekatkan diri mereka untuk mudah jatuh sakit.

Penyebab minum air kosong berlebihan

credit to sources

Dalam hal ini, jika anda mendapati mereka sering minum air kosong secara berlebihan ia adalah perkara yang kurang normal yang membawa kepada petanda mereka terdedah kepada masalah kesihatan.

#1. Penyakit kencing manis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak yang menghidapi masalah diabetes akan sentiasa berasa dahaga dan membuatkan mereka sering mendapatkan air putih.

Keadaan ini mungkin terjadi kerana anda yang disahkan kencing manis ketika mengandung akan diwarisi oleh anak dalam kandungan.

Ia boleh terjadi ketika tubuh anak memerlukan cecair yang mencukupi bagi membolehkan ia bertahan. Anak yang menghidapi diabetes ini juga sering buang air kecil dengan kerap.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda mendapati penglihatan anak menjadi semakin kabur, mungkin mereka berisiko untuk menghidap penyakit ini.

#2. Gejala anemia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anemia adalah keadaan apabila seseorang kekurangan jumlah sel darah merah atau paras haemoglobin di dalam darah.

Apabila pesakit menghidapi penyakit ini, darah dalam tubuhnya tidak mampu membekalkan oksigen yang diperlukan dengan baik.

Masalah anemia boleh terjadi pada orang dewasa dan anak kecil. Hal ini kerana tubuh yang memiliki sel darah merah yang sedikit akan membuatkan anak sering berasa haus.

Sekiranya anda mendapati anak kerap minum air kosong dan disertai dengan simptom mudah penat, sukar menumpukan perhatian atau tidak bertenaga, maka anda perlu segera memeriksa keadaan kesihatan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah juga perlu memastikan kanak-kanak berumur lebih dari satu tahun tidak mengambil susu secara berlebihan iaitu lebih 24 auns sehari.

Pengambilan susu yang berlebihan ini akan menyebabkan tiada ruang untuk tubuh menerima makanan yang kaya dengan zat besi.

#3. Kesan ubat yang diambil

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika anak jatuh sakit, pastinya anda akan memberikan rawatan di rumah terlebih dahulu dengan ubat tertentu.

Penggunaan ubat yang selamat sangat penting kerana tindak balas tubuh kanak-kanak terhadap ubat tidak sama seperti orang dewasa.

Hal ini kerana wujud perbezaan keadaan fisiologi dan kematangan organ dalam tubuh mengikut peringkat usia dan perkembangan mereka.

Kanak-kanak lebih terdedah kepada risiko mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat jika berlaku kesilapan dalam memberikan dos ubat.

Bukan itu sahaja, pengambilan ubat tertentu turut menyebabkan anak-anak mudah berasa dahaga dan tekak mungkin menjadi tidak selesa.

#4. Aktiviti yang padat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak semakin membesar pastinya akan menerokai pelbagai perkara di sekelilingnya. Mereka yang begitu aktif dan ceria pastinya akan kerap mengalami dehidrasi.

Setelah penat bermain, pastinya anak-anak akan berasa haus dan akan berlari mendapatkan air kosong. Ia adalah normal kerana mereka telah menghabiskan banyak tenaga dan kemampuan diri untuk menikmati zaman kanak-kanak.

#5. Kesan pengambilan makanan

credit to sources

Makanan dengan kandungan garam yang tinggi tidak selamat untuk kesihatan anak-anak.

Hal ini kerana makanan masin akan memaksa tubuh untuk mendapatkan lebih banyak air kosong bagi mengekalkan keseimbangan cecair dalam tubuh agar tidak terganggu.

Bukan itu sahaja, mereka yang gemar mengambil snek ringan atau makanan bergoreng juga menjadi pendorong untuk minum air kosong dengan kuantiti yang banyak.

Ia disebabkan oleh minyak dan bahan lain memasuki bahagian kerongkong dan akan terkumpul di dalamnya. Anak juga akan berasa kurang selesa dalam mulut kerana air liur berkurangan akibat kehausan.

#6. Kekeringan mulut

Kekeringan mulut atau Xerostomia adalah disebabkan ketiadaan air liur di dalam mulut. Air liur terhasil sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari.

Ia berfungsi menjaga kesihatan mulut dan pada masa yang sama mengekalkan kelembapan mulut.

Kekeringan mulut yang teruk akan menjejaskan kesihatan gigi dan gusi. Pada masa sama, ia akan mengganggu proses penghadaman dan telan makanan.

Jika ia tidak dirawat, kekeringan mulut akan memberi kesan lebih buruk terhadap gigi dan gusi serta masalah kesihatan anak-anak.

Justeru, mereka sangat perlu minum air kosong bagi memastikan keselesaan pada rongga mulut, mengelakkan karies dan masalah gusi.

#7. Gejala dehidrasi

Anak-anak yang mengalami gejala dehidrasi akan menyebabkan mereka berkeinginan untuk minum air kosong dengan kuantiti banyak.

Keadaan ini sebenarnya tidak baik untuk kesihatan mereka kerana tubuh terpaksa menerima banyak cecair secara berlebihan yang mungkin membuatkan sel-sel menjadi pecah.

Sumber: Hamil.co.id

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comair-masak-untuk-bayi