Makanan dan minuman yang diminum oleh ibu menyusu ternyata memberi kesan kepada kadar penghasilan susu dan khasiat susu yang dihasilkan. Jadi jika si ibu yang menyusu minum alkohol, sudah pasti ia boleh memberi kesan kepada penghasilan susunya.
Jadi mungkin ada ibu menyusu yang tertanya-tanya adakah selamat jika mereka minum alkohol tetapi dalam masa sama masih menyusukan bayi mereka?
Mungkin ada pelbagai pandangan mengenai perkara ini, namun alkohol adalah minuman yang boleh memabukkan sudah pasti sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada bayi jika ibu menyusu meminumnya.
Bolehkah ibu menyusu minum alkohol?
Penyusuan susu ibu dan alkohol sudah semestinya tidak selari. Namun bagi ibu-ibu menyusu yang minum alkohol, mereka mungkin ada rasa ingin tahu adakah selamat untuk minum alkohol semasa tempoh menyusukan bayi.
Menurut kajian, tidak salahnya untuk ibu menyusu minum alkohol. Namun ada beberapa tatacara yang perlu ibu patuhi agar ia tidak memudaratkan bayi anda ini kerana apabila anda meminum alkohol, ia boleh masuk ke dalam susu ibu pada kepekatan yang serupa dengan yang terdapat dalam darah anda.
Walaupun bayi yang disusui dikatakan hanya terdedah kepada sebahagian kecil daripada alkohol yang diminum oleh ibunya, bayi yang baru lahir mengeluarkan alkohol dari badannya pada separuh kadar sahaja orang dewasa.
Disebabkan itu, ia amat berbahaya kepada bayi sekiranya anda ibu menyusu yang minum alkohol tetapi tidak menurut tatacara selamat yang sepatutnya.
Kesan minum arak untuk bayi, pada ibu, dan pada susu badan
Sudah pasti ada kesannnya minum alkohol kepada ibu, bayi dan juga kepada pengeluaran susu badan.
#1. Kesan minum arak untuk bayi
Jika anda menyusu bayi anda terlalu cepat selepas minum, bayi anda akan mengambil alkohol juga. Dan bayi tidak boleh mengeluarkan alkohol daripada badan secepat orang dewasa, jadi mereka mempunyai pendedahan yang lebih lama kepadanya.
Disebabkan itu ibu menyusu perlu berjaga-jaga jika mereka mengambil alkohol ketika masih dalam fasa menyusukan bayi. Bayi menyusu yang kerap terdedah kepada alkohol melalui susu ibu mungkin mengalami:
- Masalah perkembangan, neurologi dan perkembangan kognitif
- Masalah tidur
- Masalah sukar untuk naik berat badan
- Kebergantungan kepada alkohol
Jika masalah-masalah ini berlaku pada bayi ia sekaligus menyebabkan perkembangan mereka terjejas daripada segi fizikal dan juga kognitif.
Kenaikan berat badan bayi1 pada kadar yang normal amat penting sebagai indikator yang mereka membesar dengan sihat. Jadi disebabkan itu jika berat badan bayi tidak naik atau statik sedangkan sepatutnya berlalu kenaikan, doktor akan ‘bising’ kepada ibu. Ini kerana ia boleh menjejaskan kesihatan mereka atau petanda bahawa anak anda tidak membesar dengan baik.
Jika tidur anak terganggu, ia sudah pasti akan juga mempengaruhi tumbesaran mereka kerana tidur yang cukup penting untuk perkembangan sihat anak-anak.
Mendedahkan bayi kepada alkohol melalui susu ibu boleh menyebabkan pengurangan kepada kebolehan kognitifnya malah perkembangan kongnitif yang baik pada usia enam hingga 7 tahun tidak dapat dikekalkan hingga umur lebih dewasa iaitu 10 hingga 11 tahun.
#2. Kesan minum arak pada ibu menyusu
Anda mungkin pernah mendengar bahawa alkohol boleh membantu anda mendapatkan rehat malah menggalakkan penghasilan susu badan anda. Tetapi sejauh manakah perkara ini benar?
Antara kesan minum arak pada ibu termasuklah dia mungkin mengalami:
- Penghasilan susu ibu kurang dengan mendadak
- Gagal menjaga bayi dengan baik
- Sering tidak cukup tidur
- Emosi terganggu/tertekan
Tetapi menurut kajian, perkara itu hanyalah mitos semata-mata. Sebilangan besar kajian mendapati bahawa alkohol sebenarnya mengurangkan tindak balas hormon anda terhadap penyusuan bayi2. Ini bermaksud, penghasilan susu badan akan berkurang jika anda minum arak!
Ada juga kajian mendapati penghasilan susu ibu berkurangan sebanyak 23 peratus apabila ibu hanya minum arak sekali. Jadi sekiranya anda minum sampai masuk keadaannya, berapa banyak peratus susu yang mungkin berkurang.
Apabila anda minum hingga mabuk sudah pasti keupayaan untuk menjaga dan melindungi bayi juga berkurang. Malah anda juga mungkin akan sentiasa moody akibat tidak cukup tidur dan akhirnya anak yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Sudahlah tidak boleh minum susu ibu, ibu pula mengalami gangguan emosi akibat daripada mabuk dan tidak cukup tidur. Jadi lebih elok jika anda boleh elakkan.
#3. Kesan minum arak pada susu badan
Mungkin ada yang terfikir, pam sajalah dan buang susu selepas anda minum alkohol supaya bayi anda selamat dan tidak terkesan dengan alkohol dalam susu ibu.
Namun tahukah anda, alkohol tidak kekal terperangkap dalam susu anda, sebaliknya naik dan turun mengikut jumlah alkohol dalam aliran darah anda.
Jadi selagi terdapat alkohol dalam darah anda, akan ada alkohol dalam susu anda. Jika tiada lagi alkohol dalam darah anda, tiada lagi alkohol dalam susu anda.
Sekiranya anda baru saja minum segelas wain, atau apa saja minuman beralkohol, dan pam susu keluar selepas 30 minit dan kemudian susukan bayi sejam kemudian, susu baru yang anda hasilkan pada masa itu akan tetap mempunyai alkohol di dalamnya, kerana darah anda masih mengandungi alkohol di dalamnya.
Jadi satu-satunya sebab untuk mengepam selepas minum adalah untuk keselesaan fizikal anda sendiri jika payudara anda terasa terlalu penuh dan belum masanya untuk menyusukan bayi anda. Jadi anda boleh pam bagi mengelakkan rasa tidak selesa atau mengelakkan berlakunya bengkak susu.
Bengkak susu sudah pasti akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan payudara anda akan berdenyut-denyut kerana penghasilan susu banyak tetapi tidak dikeluarkan.
Tetapi susu yang dipam itu tidak perlulah disimpan dan diberikan kepada bayi kerana terdapat kandungan alkohol di dalamnya. Walaupun anda rasa sangat membazir, lebih elok ia dibuang saja.
Apa ibu minum alkohol perlu buat sebelum menyusui anak?
Pilihan yang lebih berkesan ialah menyusukan bayi anda dengan segera sebelum minum, dan kemudian tunggu 2 hingga 3 jam (selepas satu minuman) untuk menyusukan bayi anda semula.
Jika anda memilih untuk minum arak, seelok-eloknya elakkanlah menyusu anak seelok-eloknya biarlah kandungan alkohol bersih daripada dalam darah anda.
Ini biasanya akan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam bergantung kepada berapa banyak anda minum dan jenisnya.
Biasanya mengambil masa 2 hingga 3 jam untuk 12 auns (355 mililiter) 5% bir, 5 auns (148 mililiter) 11% wain atau 1.5 auns (44 mililiter) 40% minuman keras, bergantung pada berat badan anda.
Jika anda bercadang untuk minum alkohol, pertimbangkan untuk minum sejurus selepas penyusuan supaya alkohol mula membersihkan susu ibu anda semasa selang semula antara sesi penyusuan.
Minuman alternatif selain alkohol
Anda sebenarnya boleh mengawal diri dan minda jika terlalu ingin minum alkohol. Jika anda sayangkan anak anda sudah pasti anda akan mengelakkannya jika dan ibu yang masih menyusu.
Atau memilih beberapa cara yang disarankan jika tetap mahu minum alkohol. Jadi apa minuman lain yang anda boleh minum bagi menggantikan alkohol supaya bayi anda selamat anda pun bahagia!
Kreatiflah dalam memilih minuman pilihan anda supaya anda sentiasa rasa bahagia walaupun tidak boleh minum minuman beralkohol. Tak salah pun kan berkorban sekejap untuk bayi anda?
- Air limau soda
- Buah beri dan ais
- Kombucha- Ia ialah minuman yang ditapai daripada teh hitam atau hijau yang memberikan banyak manfaat kesihatan. Kebanyakan orang meminumnya kerana ia menawarkan manfaat untuk kesihatan usus, tetapi ia juga menjadi pengganti koktel yang hebat. Ia sedikit berbuih, boleh diletakkan ais, dicampur dengan dengan pelbagai buah-buahan.
- Half soda/half cranberry juice and muddled lime
- Soda dan buah-buahan segar
- Mocktails
Semoga bermanfaat.
- La Leche League International (n.d). Drinking Alcohol and Breastfeeding. www.llli.org/breastfeeding-info/alcohol/
- Mayoclinic (n.d). Infant and toddler health. www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/expert-answers/breast-feeding-and-alcohol/faq-20057985
- American Academy of Pediatric (2018). Drinking or Smoking While Breastfeeding and Later Cognition in Children. publications.aap.org/pediatrics/article/142/2/e20174266/37569/Drinking-or-Smoking-While-Breastfeeding-and-Later#ref-5
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mengapa Susu Ibu Terbaik Buat Bayi? Ini Sebab & Perbezaan Antara Susu Ibu & Susu Formula!
Baca juga: 9 Jenis Sup Untuk Ibu Berpantang Mudah & Penuh Khasiat, Bantu Banyakkan Susu Ibu
Baca juga: Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin