Kadang-kadang bila dalam keadaan tertekan dengan dugaan hidup yang silih berganti tentu ada sesetengah orang memilih jalan yang salah agar masalah yang menimpa berlalu pergi hingga ada yang sanggup minum racun, bunuh diri dan sebagainya.
Seorang wanita yang juga ibu kepada dua anak dengan nekad meracuni dua orang anaknya itu selepas menghadapi masalah keluarga.
Selepas meracuni anaknya, wanita ini turut minum racun yang sama supaya dapat mengakhiri kehidupannya.
Ibu minum racun untuk mengakhiri kehidupannya
Wanita berkenaan yang bernama Winasih, 38 tahun telah nekad minum racun bersama anaknya yang berumur 8 dan 10 tahun. Dia berbuat demikian kerana terlalu stres dan tertekan dengan kehidupan yang dijalani setiap hari.
Akibat daripada itu, dia dan anaknya yang kecil telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
Sementara anak yang sulung masih dalam keadaan kritikal dan harus mendapatkan rawatan intensif di rumah sakit umum daerah RSUD.
Berdasarkan hasil pemeriksaan sementara yang dilakukan, ketiga-tiga anak beranak ini telah minum racun jenis serangga.
Namun pihak hospital belum dapat memastikan jenis racun serangga yang mereka minum kerana perlu melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut.
“Kita masih menunggu hasil keputusan makmal dan belum boleh memastikan apakah racun yang terkandung di dalamnya,” katanya.
Selesai sahaja menjalani pemeriksaan perubatan, jenazah dua beranak itu dibawa pulang pihak keluarga ke kediaman mereka yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia.
Ketika kejadian
Sewaktu kejadian buruk ini berlaku, salah seorang anaknya merangkak untuk menuju ke rumah neneknya yang berada tidak jauh dari rumah mereka tinggal. Kanak-kanak malang itu masuk dari pintu belakang sambil menahan sakit dan meminta tolong neneknya.
Selepas itu si nenek dan jiran setempat terus mengunjungi rumah wanita ini dan melihat keadaan mereka tiga beranak. Ada juga yang mengambil kereta untuk membawa mereka ke rumah sakit dengan segera.
Namun, keadaan wanita ini bersama anak kecilnya dalam keadaan yang kritikal malah mereka kelihatan sudah lemas, kejang dan mengeluarkan buih dari dalam mulut. Akhirnya tidak lama kemudian, ibu dan anaknya ini telah meninggal dunia.
Anak yang seorang lagi masih boleh diselamatkan tapi berada dalam keadaan kritikal di bawah pantauan pihak hospital.
Punca bunuh diri kerana suami bernikah lagi satu
Menurut kakak kandung wanita ini, dia menjelaskan punca kematian adiknya itu adalah kerana masalah keluarga yang sedang dihadapinya.
Beliau menambah, adiknya itu selalu termenung dan mengeluh selepas ditinggalkan suaminya kerana jatuh cinta dengan wanita lain.
Dia mengeluh kerana perlu menangung keperluan harian mereka seorang diri seperti yuran sekolah anak, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
Meskipun itu, kakaknya ini terkejut dan tidak menyangka adiknya meninggal dalam keadaan yang begini dan mengakhiri hidupnya bersama dua anak.
Kakaknya turut menambah ada datang bertemu adiknya bersama dua anaknya itu di kediaman mereka. Kemudian adiknya meluahkan sesuatu tentang sikap suaminya dan perbuatannya yang menyebalkan.
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya tidak mengabaikan ahli keluarga yang selalu mengeluh, termenung seorang diri, stres dan tertekan dengan kehidupan mereka.
Boleh jadi mereka akan bertindak untuk membunuh diri dan sebagainya.
Semoga anaknya yang seorang lagi cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan baru seperti kanak-kanak yang lain.
Jangan rawat diri dengan minum racun
Menurut Pakar Perubatan Kecemasan Dr Mohamad Iqhbal Kunji Mohamad, terdapat banyak kemalangan yang membabitkan pengambilan bahan beracun termasuklah bahan kmia berat.
Apa yang menyedihkan, kejadian ini banyak berlaku kepada mereka yang terdiri daripada golongan keluarga berpendapatan rendah.
Apabila membabitkan isu pengambilan bahan beracun ini, kita dapat melihat bahawa pesakit yang dirujuk kepada pihak hospital yang selalunya berkait rapat dengan pengambilan secara sengaja atau berniat hanya untuk menyebabkan kecederaan pada diri sendiri.
Malah beberapa peratus kecil saja yang tidak sengaja minum bahan beracun termasuklah membeli produk tiruan yang menggunakan bahan terlarang dalam produk mereka seterusnya membawa malapetaka pada kesihatan.
Jika tidak boleh dikawal, maka mereka akan segera ke hospital tapi yang mengejutkan terdapat banyak bahagian anggota badan yang sudah rosak dan hingga merebak ke organ penting.
Sumber : Penulis asal Fadhila Auliya Widia Putri. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comsuami-isteri-bahagia