Hati-Hati, Minuman Rendah Kalori Kononnya 'Sihat' Untuk Diet, Tapi Mungkin Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

Minuman rendah kalori sepatutnya alternatif baik pengganti gula, namun satu laporan mendapati pemanis tiruan mengundang kanser tanpa disedari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minuman rendah kalori atau lebih dikenali sebagai soda diet sering menjadi pilihan mereka yang sedang berdiet kerana kurang gula berbanding yang biasa. Ia mengandungi pemanis buatan sebagai pengganti gula yang dapat memberikan rasa manis tanpa sebarang kalori.

Menerusi sebuah perkongsian oleh laman Facebook Nutritionistkkm, walaupun minuman jenis ini tiada kalori dan mempunyai rasa manis tanpa sebarang gula, namun pengambilan yang berterusan boleh meningkatkan risiko kesihatan untuk jangka masa panjang terutama penggemar minuman manis atau penghidap diabetes. 

Pemanis tiruan ini juga boleh meningkatkan ketagihan kepada minuman atau makanan manis lain seterusnya meningkatkan risiko obesiti dan pelbagai penyakit lain.

Tetapi, tahukah anda pemanis tiruan iaitu Aspartame yang terkandung dalam minuman rendah kalori berpotensi tinggi sebagai karsinogen yang boleh menyebabkan kanser?

Aspartame, pemanis tiruan dikategorikan sebagai karsinogenik?

Aspartame adalah pemanis tiruan rendah kalori yang digunakan secara meluas untuk menggantikan gula dalam minuman dan makanan. Ia memiliki rasa 200 kali ganda lebih manis berbanding gula biasa. 

Sumber terbaru dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Aspartame bakal disenaraikan sebagai karsinogenik atau bahan yang menyebabkan kanser oleh Badan Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian keselamatan IARC telah dijalankan untuk menilai sama ada bahan pemanis tersebut sama ada berbahaya atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, ia tidak mengambil kira berapa banyak produk yang boleh digunakan oleh seseorang dengan selamat.

Turut terlibat dalam kajian ini, Jawatankuasa Pakar Bersama WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian mengenai Bahan Tambahan Makanan (JECFA). 

Senarai minuman dan makanan yang mengandungi Aspartame

  1. Diet Coke
  2. Diet Pepsi Max
  3. Produk tenusu seperti Yogurt
  4. Minuman ringan (soft drink)
  5. Gula-gula getah
  6. Gula-gula
  7. Coklat
  8. Sweeter kopi/teh
  9. Snek

Bahaya minum air manis dan minuman rendah kalori kepada kesihatan

1. Pengambilan gula yang berlebihan 

Walaupun pemanis tiruan pengganti gula tetapi pengambilan yang berlebihan seperti Aspartame boleh menyebabkan kecenderungan dan ketagihan kepada minuman manis. 

Oleh itu, sebaiknya hadkan pengambilan air manis dan gantikan dengan pengambilan air kosong.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Merosakkan gigi

Gula yang terkandung dalam minuman manis akan menggalakkan pertumbuhan plak yang merosakkan enamel gigi, masalah kaviti dan sakit gusi

Minuman soda diet juga tidak berkhasiat kerana tiada vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. 

Sebaiknya, latih dan biasakan lidah anda dengan pengambilan minuman dan makanan yang mempunyai rasa kurang manis.

3. Meningkatkan risiko penyakit diabetes

Kajian mendapati pengambilan minuman manis atau berkarbonat meningkatkan risiko penyakit diabetes tahap 2. Ia terjadi kepada individu yang kerap mengambil minuman dalam tin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Menyebabkan masalah obesiti dan merosakkan buah pinggang

Kandungan bahan asid seperti fosforik dan fruktosa yang tinggi dalam minuman akan menyebabkan timbul masalah insulin dan terjadinya batu karang kerana pengambilan gula pada kadar yang tinggi. 

5. Meningkatkan risiko kanser

Terdapat kajian yang dijalankan mendapati bahawa pengambilan pemanis buatan yang melebihi had yang ditetapkan akan meningkatkan risiko kanser seperti leukemia, kanser rahim dan pankreas.

Malah, kandungan garam yang tinggi meningkatkan risiko penyakit darah tinggi, strok dan penyakit jantung. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerap Letih? Standby Makanan Dan Minuman Penambah Tenaga Sepanjang Masa, Barulah Badan Tak Lesu!

Baca juga: Pengganti Gula Selamat Untuk Ibu Hamil Jika Diambil Sederhana, 6 Pengganti Gula Ini Boleh Dicuba Ibu

Baca juga: Hati-Hati Ada 8 Jenis Pemanis Buatan Buat Anda KETAGIH Nak Makan Sesuatu Makanan & Minuman!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah