Air Minuman Tambah Tenaga 'Homemade' Hilangkan Lenguh Badan, Ibu Hamil WAJIB Cuba!
Bila sedang berbadan dua, tubuh akan mengalami sakit-sakit dan tidak bermaya. Jadi ibu boleh ambil air minuman yang sesuai ketika hamil.
Kehamilan sering membuatkan seseorang ibu hamil itu lesu, jadi pasti ada yang tercari-cari minuman penambah tenaga bagi menghilangkan kelesuan. Kali ini kami kongsikan air minuman homemade yang ibu hamil boleh cuba di rumh. Ada yang kata ia boleh menghilangkan lenguh badan yang sering dialami mereka.
Kebanyakan wanita hamil memerlukan 300 kalori tambahan setiap hari bagi mengekalkan kesihatan yang baik dan tenaga dalam badan.
Namun mereka yang berlebihan berat badan mungkin perlu mengurangkan pemakanan kerana bimbang penyakit lain seperti kencing manis menganggu semasa kehamilan.
Isi Kandungan
12 Air Minuman Tambah Tenaga Ibu Hamil
Anda boleh dapatkan makanan dan air minuman tambah tenaga dalam diet seharian daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
Elakkan minuman tenaga yang dijual di kedai-kedai kerana ada sebilangan daripadanya ditambah dengan bahan yang tidak bagus untuk ibu hamil.
Bukan itu sahaja, wanita hamil juga perlu mengekalkan hidrasi dalam badan dengan pengambilan cecair yang mencukupi. Berikut adalah senarai minuman tambah tenaga buatan sendiri yang boleh diamalkan sepanjang sembilan bulan kehamilan.
#1 Air masak
Wanita hamil memerlukan antara 1 hingga 1.5 ml air mineral setiap hari. Tapi, kalau sudah masuk ke trimester kedua dan ketiga, jumlah air harus lebih bertambah kerana ia dapat menghalang dehidrasi dan keletihan.
Salah satu kelebihan air mineral adalah ia dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada saluran kencing semasa hamil, malah membantu pembentukan cairan amniotik dan memelihara sel darah yang sihat.
#2 Air limau
Kandungan Vitamin C yang tinggi pada air limau dapat membantu menyerap zat besi dengan lebih baik juga mengatasi morning sickness yang sering dialami ibu semasa trimester pertama. Sekaligus, ia juga dapat mengawal tekanan darah semasa mengandung.
#3 Air kelapa
Kalau anda nak tahu, air kelapa merupakan minuman isotonik semulajadi dan minuman tambah tenaga yang terbaik semasa hamil.
Ia juga diperkaya dengan elektrolit, kalium, klorida dan magnesium. Bahkan, air kelapa juga adalah sumber kalsium yang sangat baik serta mengandungi serat makanan, mangan, riboflavin dan Vitamin C.
#4 Buttermilk
Buttermilk adalah penyejuk semulajadi yang kaya dengan kalsium sekaligus membuatkan anda tetap hidrasi sepanjang kehamilan.
Ia terdiri daripada bakteria probiotik yang membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat dan mengurangkan masalah gastrik yang muncul semasa hamil.
#5 Jus segar buah-buahan
Ambil beberapa gelas jus segar juga dapat membantu tambahan tenaga kepada wanita hamil. Hal ini kerana, jus buah segar kaya dengan Vitamin C, kalium, antioksidan yang meningkatkan daya tahan tubuh dan mikronutrien yang penting seperti folat.
Dengan jus segar buah-buahan ini juga dapat mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan. Namun, elakkan jus yang telah dijual di pasaran kerana ia mengandungi pengawet dan tambahan gula yang sangat tinggi.
Contohnya seperti jus delima ia membantu mencegah komplikasi kehamilan seperti preeklampsia.
#6 Teh herba
Teh herba merupakan minuman tambah tenaga yang bebas dari kafein, malah ia kaya dengan antioksidan. Contohnya teh pudina dan teh daun rasberi.
#7 Jus sayuran
Jus sayuran juga dapat membantu pengambilan nutrien setiap hari bagi wanita hamil malah ia kaya dengan serat yang baik. Apatah lagi jus sayuran adalah sumber asid folik yang baik sekaligus membantu mencegah kecacatan tiub neutral pada bayi anda.
#8 Produk minuman tenusu
Susu semestinya membekalkan sumber Vitamin B12, kalsium dan protein yang baik sepanjang kehamilan. Tapi kalau tak mahu minum susu anda boleh juga gantikan dengan yogurt, keju dan produk tenusu yang lain kerana manfaatnya tetap sama.
#9 Air minuman dari biji selasih
Biji selasih ini kaya dengan asid lemak omega 3, protein dan antioksidan.
Cara penyediaannya:
Rendam beberapa biji selasih dalam balang air dan kacau rata. Biarkan selama 10 minit sehingga biji membesar. Kemudian masukkan minuman kesukaan anda.
#10 Smoothies
Smoothies ini juga biasanya diperbuat dari buah-buahan dan sarapan pagi paling sihat yang patut diambil ibu hamil. Anda boleh buat smoothies dengan buah-buahan seperti pisang, strawberi, mangga, kiwi dan sebagainya.
#11 Teh ais
Minuman ini boleh diamalkan dalam jumlah yang sederhana kerana ia mengandung kafein. Namun, anda boleh menambah dengan beberapa daun pudina atau sebiji lemon untuk rasa yang lebih menarik. Dengan minum ini ia dapat membantu mengatasi sakit di waktu pagi.
#12 Minuman tradisional
Akhir sekali, terdapat juga beberapa minuman tradisional yang boleh dipilih semasa kehamilan bagi membantu ketidakselesaan dalam tubuh.
Untuk menyediakan minuman ini, gunakan bahan organik dan segar seterusnya dapat kekalkan hidrasi dalam badan. Percayalah dengan minuman tambah tenaga homemade ini dapat meningkatkan tahap tenaga dan menenangkan anda semasa kehamilan.
Namun begitu minta pendapat doktor terlebih dahulu tentang diet dan pengambilan kalori yang betul mengikut berat badan anda.
Air Minuman yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil
- Alkohol – Sedikit atau banyak, tiada tahap alkohol yang selamat untuk diambil ketika sedang hamil
- Susu dan jus yang belum dipasteurisasi (mentah) – Ia boleh menyimpan bakteria yang menyebabkan penyakit
- Minuman berkafein berlebihan – Pakar berpandangan ibu hamil boleh mengambil sehingga 200 miligram kafein sahaja setiap hari
- Air soda manis – Gula dan kalori kosong tidak akan mengenyangkan anda. Selain itu soda juga mengandungi kafein
- Minuman dengan pemanis tiruan – Ia mengandungi pengawet dan tambahan gula yang sangat tinggi
Cara Elak Dehidrasi Ketika Hamil
Adalah sangat penting untuk ibu hamil kekal hidrat sepanjang masa. Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil air minuman kosong sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas sehari.
Air minum seperti jus buah-buahan juga baik, namun anda tidaklah perlu mengambil dengan kuantiti yang terlalu banyak. Dalam pada itu, sila jauhi minuman berkafein kerana ia akan meningkatkan keperluan anda untuk pergi ke tandas dan kerap membuang air kecil.
Adakah Air Minuman Bergula Sesuai untuk Ibu Hamil
Tidak. Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan bayi lebih besar daripada sepatutnya.
Salah satu minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi adalah minuman berkarbonat. Contoh minuman berkarbonat adalah Coca Cola, Pepsi dan Sprite. Elakkan minuman-minuman ini untuk kesihatan anda bayi ketika sedang hamil ya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!
- Surely. (May 24, 2021). Top 14 Drinks for Pregnant Women + What Drinks To Avoid. www.drinksurely.com/a/blog/drinks-for-pregnancy
- What to Expect. (Nov 11, 2021). Best Energy-Boosting Pregnancy Foods. www.whattoexpect.com/pregnancy/eating-well/week-9/energy-sources.aspx
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Minuman Tambah Tenaga “Homemade” Hilangkan Lenguh Badan, Ibu Hamil WAJIB Cuba!
Baca juga: Anak Kerap Batuk & Lambat Sembuh, Doktor Saran Ibu Beri Minum Air Kembang Semangkuk
Baca juga: Air Nabeez Minuman Kesukaan Rasulullah, Ia Tinggi Fiber & Bantu Tambahkan Tenaga