Minuman Tambah Tenaga "Homemade" Hilangkan Lenguh Badan, Ibu Hamil WAJIB Cuba!

Minuman Tambah Tenaga "Homemade" Hilangkan Lenguh Badan, Ibu Hamil WAJIB Cuba!

Ya Tuhan nak bergerak pun rasa tak larat. Apatah lagi nak masak asyik nak muntah. Jangan risau ibu kerana anda boleh amalkan minuman tenaga yang sihat ini sekaligus menambahkan kekuatan dalam badan.

Kebanyakan wanita hamil memerlukan 300 kalori tambahan setiap hari bagi mengekalkan kesihatan yang baik dan tenaga dalam badan.

Namun mereka yang berlebihan berat badan mungkin perlu mengurangkan pemakanan kerana bimbang penyakit lain seperti kencing manis menganggu semasa kehamilan.

Tapi, anda boleh dapatkan makanan dan minuman tambah tenaga dalam diet seharian daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Bukan itu sahaja, wanita hamil juga perlu mengekalkan hidrasi dalam badan dengan pengambilan cecair yang mencukupi. Dipetik dari MomJunction, berikut adalah senarai minuman tambah tenaga buatan sendiri yang boleh diamalkan sepanjang sembilan bulan kehamilan.

Elakkan minuman tenaga yang dijual di kedai-kedai kerana ada sebilangan daripanya ditambah dengan bahan yang tidak bagus untuk ibu hamil.

12 Minuman Tambah Tenaga Ibu Hamil

#1. Air masak

Wanita hamil memerlukan antara 1 hingga 1.5 ml air setiap hari. Tapi, kalau sudah masuk ke trimester kedua dan ketiga, jumlah air harus lebih bertambah kerana ia dapat menghalang dehidrasi dan keletihan.

Bahkan, dengan minum air kosong juga, ia dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada saluran kencing semasa hamil, malah membantu pembentukan cairan amniotik dan memelihara sel darah yang sihat.

#2. Air limau

minuman tambah tenaga

Kandungan Vitamin C yang tinggi pada air limau dapat membantu menyerap zat besi dengan lebih baik juga mengatasi morning sickness yang sering dialami ibu semasa trimester pertama. Sekaligus, ia juga dapat mengawal tekanan darah semasa mengandung.

#3. Air kelapa

Kalau anda nak tahu, air kelapa ini merupakan minuman isotonik semulajadi dan minuman tambah tenaga yang terbaik semasa hamil.

Ia juga diperkaya dengan elektrolit, kalium, klorida dan magnesium. Bahkan, air kelapa juga adalah sumber kalsium yang sangat baik serta mengandungi serat makanan, mangan, riboflavin dan Vitamin C.

#4. Buttermilk

Buttermilk adalah penyejuk semulajadi yang kaya dengan kalsium sekaligus membuatkan anda tetap hidrasi sepanjang kehamilan.

Ia terdiri daripada bakteria probiotik yang membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat dan mengurangkan masalah gastrik yang muncul semasa hamil.

#5. Jus segar buah-buahan

minuman untuk bayi

Ambil beberapa gelas jus segar juga dapat membantu tambahan tenaga kepada wanita hamil.

Hal ini kerana, jus buah segar kaya dengan Vitamin C, kalium, antioksidan yang meningkatkan daya tahan tubuh dan mikronutrien yang penting seperti folat.

Dengan jus segar buah-buahan ini juga dapat mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan. Namun, elakkan jus yang telah dijual di pasaran kerana ia mengandungi pengawet dan tambahan gula yang sangat tinggi.

Contohnya seperti jus delima ia membantu mencegah komplikasi kehamilan seperti preeklampsia.

#6. Teh herba

Teh herba merupakan minuman tambah tenaga yang bebas dari kafein, malah ia kaya dengan antioksidan. Contohnya teh pudina dan teh daun raspberry.

#7. Jus sayuran

Jus sayuran ini juga dapat membantu pengambilan nutrien setiap hari bagi wanita hamil malah ia kaya dengan serat yang baik.

Apatah lagi jus sayuran adalah sumber asid folik yang baik sekaligus membantu mencegah kecacatan tiub neutral pada bayi anda.

#8. Minuman tenusu

Susu semestinya membekalkan sumber Vitamin B12, kalsium dan protein yang baik sepanjang kehamilan. Tapi kalau tak mahu minum susu anda boleh juga gantikan dengan yogurt, keju dan produk tenusu yang lain kerana manfaatnya tetap sama.

#9. Air dari biji selasih

minuman untuk anak

Biji selasih ini kaya dengan asid lemak omega 3, protein dan antioksidan.

Penyediaannya:

Rendam beberapa biji selesih dalam balang air dan kacau rata. Biarkan selama 10 minit sehingga biji membesar. Kemudian masukkan minuman kesukaan anda.

#10. Smoothies

Smoothie ini juga biasanya diperbuat dari buah-buahan dan sarapan pagi paling sihat yang patut diambil ibu hamil.

Anda boleh buat smoothies dengan buah-buahan seperti pisang, strawberi, mangga, kiwi dan sebagainya.

#11. Teh ais

Minuman ini boleh diamalkan dalam jumlah yang sederhana kerana ia mengandung kafein. Namun, anda boleh menambah dengan beberapa daun pudina atau sebiji lemon untuk rasa yang lebih menarik. Dengan minum ini ia dapat membantu mengatasi sakit di waktu pagi.

#12. Minuman tradisional

Akhir sekali, terdapat juga beberapa minuman tradisional yang boleh dipilih semasa keahamilan bagi membantu ketidakselesaan dalam tubuh.

Untuk menyediakan minuman ini, gunakan bahan organik dan segar seterusnya dapat kekalkan hidrasi dalam badan.

Percayalah dengan minuman tambah tenaga homemade ini dapat meningkatkan tahap tenaga dan menenangkan anda semasa kehamilan. Namun begitu minta pendapat doktor terlebih dahulu tentang diet dan pengambilan kalori yang betul mengikut berat badan anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah. Jom share artikel ini dengan rakan yang lain!

Minuman Tambah Tenaga

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner