Ini memang sering dilakukan orang ramai, penggunaan minyak masak terpakai berulang kali. Tahu tak ada bahayanya jika sering menggunakan minyak masak terpakai!
Mengikut perkongsian Dr Ahmad Samhan di Facebook, minyak masak terpakai yang digunakan berulang kali boleh mengakibatkan pelbagai penyakit serius, antaranya kanser!
Memanglah sayang kalau nak dibuang, sebenarnya kalau setakat 2-3 kali pakai minyak masak yang sama tu tak mengapalah. Tapi kalau sehingga minyak nampak hitam dan banyak pula sisa yakni dipanggil tahi minyak tu, memanglah tidak!
Elak guna minyak masak terpakai berulang kali
Menurut Dr Ahmad Samhan, penggunaan minyak masak terpakai banyak kali ini sangart bahaya!
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.
Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Bekas minyak goreng daging mentah perlu dibuang
Pesanan doktor ini, sebaiknya minyak masak diguna pakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
Minyak sisa menggoreng daging mentah (berdarah) seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
Hati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
Gunalah minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.
Di rumah,saya memang melarang isteri untuk guna minyak yang sama. Cukup hanya sekali.
Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan.
Kongsikan info penting ini pada yang lain supaya lebih ramai tahu bahaya guna minyak masak berulang kali.
Kebaikan minyak zaitu kepada ibu hamil
Bercakap tentang minyak masak, sekiranya anda sedang hamil apa kata amalkan pengambilan minyak zaitun. Mungkin minyak yang selalu anda gunakan selama ini iaitu minyak kelapa sawit boleh disimpan sebentar, dan digantikan dengan minyak zaitun
Banyak ya khasiat minyak zaitun ini kepada ibu hamil, malah juga beri manfaat kepada anak dalam kandungan! Antaranya ialah:
#1. Mencegah jangkitan yang menganggu perkembangan janin
Jangkitan yang terjadi semasa hamil adalah sering dialami ibu hamil namun jika tidak dirawat dengan baik ia akan membahayakan bayi dalam kandungan. Sebelum keadaan bertambah teruk, ibu hamil boleh mengamalkan pengambilan minyak zaitun secara oral agar kesihatan lebih terjamin.
Minyak zaitun ketika diamalkan semasa hamil dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Sifat antibakteria semula jadi di dalam minyak zaitun dapat meningkatkan kesihatan tubuh hari demi hari.
Kandungan Vitamin A dalam minyak zaitun juga boleh membantu meningkatkan imunisasi badan ibu hamil. Lantas ibu hamil akan kurang terkena jangkitan.
#2. Membantu meningkatkan perkembangan otak janin
Apa yang lebih menarik, manfaat minyak zaitun juga dapat membantu perkembangan otak bayi sejak di dalam kandungan lagi! Tentu anda sebagai ibu bapa inginkan anak-anak lahir menjadi orang yang bijak bukan?
Maka dengan mengamalkan pengambilan minyak zaitun setiap hari dapat membantu menjaga kesihatan ibu mengandung juga bantu perkembangan otak si manja dalam kandungan.
Pengambilan minyak zaitun serta makanan bernutrisi yang lain dapat merangsang perkembangan otak bayi dengan lebih hebat.
#3. Menjaga kesihatan jantung bayi dalam kandungan
Dengan kandungan omega-3 di dalam minyak zaitun ini ia dapat memastikan jantung bayi di dalam kandungan menjadi lebih sihat.
Saranan kami sentiasa masak makanan ibu hamil dengan menggunakan minyak zaitun. Tidak kiralah menu seperti pasta atau ayam dan ikan yang digril. Bukan saja sihat malah sedap pula tu!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Hello Doktor, Ahmad Samhan
Baca juga: Betulkah Amal Pengambilan Minyak Kelapa Dara Mudah Bersalin?