Minyak zaitun punca kerosakan kulit anak dan ekzema? Ini kata pakar

Jika bayi anda mengalami kulit sensitif, kering dan ekzema, elakkan dari mengguna minyak zaitun bayi kerana ia tidak sesuai digunakan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu tahu tak, bayi sebenarnya suka apabila diurut. Terutama di bahagian telapak kaki dan belakang badan. Bayi akan merasa tenang dan nyaman saat diurut.

Bahkan, ia membuatkan bayi tidur dengan lebih nyenyak di malam hari. Lantas, ibu dapat berehat sebentar apabila si kecil tidur. Mengurut ini sinonim dengan penggunaan minyak zaitun bayi. Namun, adakah minyak zaitun ini sesuai digunakan untuk bayi? 

Minyak zaitun bayi: Adakah bagus untuk mengurut bayi? 

Pengkaji dari University of Manchester berkongsi hasil kajiannya, dengan mengatakan ibu bapa harus mengelak dari guna minyak zaitun bayi semasa mengurut. Ia penyebab kepada kerosakan kulit bayi dalam jangka masa panjang!

Selain itu, penggunaan minyak zaitun bayi juga bolehmeningkatkan risiko ekzema dan masalah kulit lain. 

Di samping itu, apabila minyak kian sebati dalam tubuh, ia menyebabkan asid lemak lalu merosakkan kulit. Kulit juga cenderung kehilangan banyak air dan apabila bersentuhan dengan kulit akan merasa kekeringan, mengelupas dan ekzema. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kredit: flickr

Minyak zaitun bayi: Adakah ia punca kulit rosak dan perkembangan lewat? 

Ada pelbagai sebab terjadinya ekzema terutama dengan keadaan persekitaran yang tak sihat. Namun, penggunaan produk kulit bayi juga menjadi salah satu faktor terhadap kulit sensitif bayi kian rosak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengkaji dari universiti tersebut turut menambah kulit bayi terlalu lembut untuk menggunakan sebarang produk kulit sama ada semula jadi mahupun artifisial. Ia tetap boleh merosakkan kulit bayi. Apapun, dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu. 

Ketua kajian, Dr Alison Cooke membuat beberapa eksperimen berkaitan penggunaan minyak zaitun bayi ini. Dalam kajiannya, dia menggunakan 115 bayi dan dibahagikan pada 3 kumpulan.

Ibu bapa dalam kumpulan itu akan ditanya sama ada mengurut bayi menggunakan minyak zaitun, minyak bunga matahari atau tidak melakukan sebarang urutan selama 28 hari semasa berpantang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan kajian tersebut didapati bahawa, bagi kumpulan yang menggunakan minyak urut, perkembangan kulit bayi mereka terlewat! Ia mengambil masa lebih kurang 2  tahun untuk melengkapkan perkembangan kulit bayi.

Kini, kumpulan tersebut sedang membuat kajian sama ada ia berkaitan dengan ekzema atau tidak. Malah tiada produk yang diyakinkan boleh diguna pada kulit bayi. 

Dr Alison turut bersetuju semasa berpantang, ibu sewajarnya mengelak dari menggunakan minyak zaitun bayi atau produk minyak urut lain. Malah National Institute for Health and Care Excellence (NICE) turut bersetuju, ibu bapa tidak mendedahkan bayi dengan sebarang produk.

kredit : sinar hidup sihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara merawat ekzema bayi 

Punca ekzema bayi kerana kulit kering, iritasi, tekanan, panas dan berpeluh. Jadi, bagaimana cara merawat ekzema ini? 

  • Untuk merawat ekzema, ibu boleh menggunakan pelembab kulit yang mengandungi ceramides, selain menggunakan krim tanpa pewangi. Kedua-duanya mampu mengekalkan kelembapan kulit bayi. 
  • Ketika mandikan bayi, guna air suam. Ia membantu pulihkan kulit sensitif bayi tapi perlu dalam suhu yang tepat dan dalam masa 10 minit. 
  • Hadkan penggunaan sabun dan guna hanya tempat yang kotor sahaja. Selepas itu, ketika mengelap badannya anda hanya perlu menepuk tuala pada kulit bayi. 
  • Pastikan bayi sentiasa memakai baju bersih dan selesa. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Baca lagi