Kandungan Masuk 7 Bulan, Mira Filzah 'Payung' Gambar Baby Bump, Buat Peminat Teruja!

Mira filzah mengandung dan baru-baru ini dia sempat berkongsikan gambar bersama suaminya. Para peminat teruja dapat melihat baby bump comel

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelakon yang digemari ramai, Mira Filzah telah mengumumkan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua. Khabar gembira mengenai Mira Filzah mengandung ini turut dikongsikan dalam akaun milik suaminya, Wan Emir Astar pada Januari lalu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Mira Filzah mengandung, kongsi gambar baby bump
  • Senarai artis atau selebriti yang sedang berbadan dua bagi tahun 2022

Difahamkan usia kandungan selebriti cantik manis ini memasuki 7 bulan. Justeru ramai peminat pastinya tidak sabar untuk menantikan perkembangan dan kelahiran cahaya mata dari pasangan ini.

Mira filzah mengandung, kongsi gambar baby bump 

Sejak berita tentang kehamilannya diketahui ramai, Mira Filzah dikatakan jarang berkongsi penampilannya di Instagram.

Namun dalam perkongsian Mira terbaharu, dia telah memuat naik gambar bersama suami tercinta yang jelas memperlihatkan baby bump.

Perkongsian terbarunya telah menarik perhatian para peminat dan warganet yang masing-masing meluahkan rasa teruja. Mereka turut memuji penampilan Mira yang kekal cantik meskipun bakal memasuki trimester ketiga kehamilan.

Arr cantiknya mira, suka gila Mira dress up macam ni.

Masha Allah cantiknya mama Mira

Baru nampak baby bump dia, comel je. Moga dipermudahkan segala urusan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masya Allah tabarakallah. My idola, comel, sihat-sihat ya bersama baby

Alolo comelnya baby bump Mira

Mira Filzah dan Wan Emir telah mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020. Pasangan romantis ini telah pergi bercuti selama hampir sebulan di beberapa buah negara Eropah awal tahun ini setelah terpaksa menunda bulan madunya sejak bernikah.

Sewaktu dalam percutian, mereka mengumumkan bahawa bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila berkongsi khabar gembira ini di media sosial pada 20 Januari 2022.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Senarai artis atau selebriti yang sedang berbadan dua tahun 2022

#1. Elfira Loy

Bakal bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata, Elfira Loy telah berkongsikan berita gembira mengumumkan dirinya kini sedang mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Elfira, 27, dia amat bersyukur kerana tidak menunggu lama untuk merasai rezeki dikurniakan zuriat kedua.

”Saya masih tidak percaya akan menjadi ibu kepada dua orang anak. Biarpun kehadiran anak kedua ini tidak mengambil masa yang lama, tapi saya akhirnya dapat merasai momen ini.”

”Saya selalu berdoa kepada Allah agar makbulkan doa individu yang dalam usaha mendapatkan zuriat atau tengah TTC. Abang, Muhammad Rayyan Khalaf (anak sulung) tolong mummy nanti kan?” katanya.

Sebelum itu menerusi hantaran yang lain, Elfira memuat naik foto memegang sebuah belon yang tertera ayat ‘baby no2 is coming’ dengan kapsyen:

Kepada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, adakah anda boleh baca berita gembira ini? hehe

#2. Tasha Shilla

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada 28 Januari lalu, pelakon Tasha Shilla telah mengumumkan dirinya kini juga mengandung anak kedua melalui laman Instagram.

Bagaimanapun dia dan pasangan tidak mendedahkan secara terperinci usia kandungan.

”Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah. Khabar gembira buat kami sekeluarga adalah kehamilan kedua buat saya.”

”Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya harap kalian doakan semoga semua lancar dan baik. Insya-Allah. Saya dan keluarga juga mendoakan pada pasangan yang masih menanti, semoga pada masa akan datang dihadiahkan amanah Allah S.W.T”

Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki Raees Zander yang kini berusia lapan bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Eyra Hazali

Pelakon Eyra Hazali telah berkongsikan khabar gembira apabila dirinya kini sedang mengandung anak kedua dengan usia kandungan memasuki lima bulan.

Lebih istimewa, dia memuat naik video di Instagram dengan membuat kejutan kepada suaminya yang merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli dan anak sulungnya dengan menyerahkan hadiah berbentuk kit ujian kehamilan.

Reaksi suaminya seolah-olah tidak percaya bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Eyra serta bayi dalam kandungan.

#4. Shima Anuar

Pelakon Shima Anuar mendedahkan dia kini mengandung anak ketiga.

Memandangkan sebelum ini dia pernah dijangkiti Covid-19, doktor menasihatkanya agar tidak terdedah dengan persekitaran luar yang boleh menjejaskan kesihatan diri dan kandungan.

”Syukur dan rasa gembira bila dapat tahu saya kini hamil anak ketiga. Usia kandungan sekarang dalam dua bulan. Sebelum buat pemeriksaan, saya sudah rasa loya dan selalu lemah. Dari situ dah mula rasa saya sedang hamil.” katanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Baca juga: Ibu Mengandung Suka Makan Yang Masam-Masam, Ia Normal Tanda Janin Sedang Membesar 

Baca juga: Ibu Mengandung Disaran Ambil Vaksin Booster, Ia Melindungi Ibu & Bayi Dalam Kandungan