X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mittens & Booties Bahayakan Bayi Jika Dipakai Terlalu Lama, Habis Pantang Boleh Stop Dah: Doktor

4 min bacaan
Mittens & Booties Bahayakan Bayi Jika Dipakai Terlalu Lama, Habis Pantang Boleh Stop Dah: Doktor

Pasti ramai yang rasa ragu, takut bayi sejuk jika tidak dipakaikan mittens atau booties. Sebenarnya, ada juga risikonya iaittu benang stokin terikat di jari

Pemakaian sarung tangan dan sarung kaki yang lebih dikenali sebagai mittens & booties kepada bayi baru lahir adalah biasa dalam kalangan ibu dan bapa yang baru saja menimang cahaya mata. 

Namun, tahukah anda tindakan ini boleh mengundang bahaya pada bayi jika anda memakaikan mereka mittens dan booties terlalu lama.

Ada yang risau bayi akan cakar muka dan sebagainya, tetapi anda boleh pastikan kuku bayi anda pendek untuk elakkan dia mencakar mukanya dan mendatangkan bahaya.

Mittens & booties boleh buat kecederaan pada bayi

Kredit foto: romper

Kredit: sheknows

Jika anda tidak pernah tahu, mohon ambil tahu mengenai perkara ini ya. Jangan apabila sudah terjadi baru nak menyesal memang tiada gunanya.

Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, ada sebabnya mengapa pemakaian kedua-dua aksesori ini harus dihadkan kerana ia dikhuatiri boleh menganggu perkembangan bayi. 

Jadi doktor ini kongsikan apa yang ibu ayah perlu ambil tahu sebelum pakaikan anak dengan mittens & booties.

3 perkara ini perlu ibu ayah ambil tahu

Mittens

Kredit: Vix

Penting untuk ibu ayah sentiasa menambah ilmu mengenai bayi baru anda supaya anda tahu bagaimana untuk bertindak sekiranya terjadi sesuatu. Bukan untuk mendoakan yang tidak baik, tetapi adalah lebih baik untuk bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

#1. Anak perlu diberi peluang teroka deria sentuhan

Bayi kita tu sebenarnya suka sangat kalau dapat explore ‘sense of touch’ sejak lahir lagi. Dengan jari halus tu sebolehnya dia nak sentuh semua benda sebab bila dia dapat pegang pelbagai objek dan tekstur, deria sentuhan baby akan lebih terangsang.

Lepas tu bila baby kita tu mula belajar masukkan tangan dan benda kat dalam mulut, maka rangsangan berlaku pulak pada deria rasa. Ransangan tu semualah yang nanti buatkan perkembangan otak si kecil tu jadi lebih hebat.

Jadi jika kita pakaikan anak mittens dan booties terlalu lama, sehari suntuk bagaimana untuk anak ini meneroka apa yang sepatutnya untuk perkembangan mereka. Bagaimana untuk mereka belajar hisap jari dan sebagainya.

Justeru, disebabkan itulah perlunya mereka ini diberi ruang untuk dibiarkan jari mereka bebas.

#2. Bayi baru lahir tak sedar pun dia ada tangan

Kredit foto: romper

Kredit: thezuriat

Tahu tak mata baby kita yang baru dilahirkan tu tak sensitif sangat dan belum dapat nampak persekitaran dengan jelas macam pandangan kita orang dewasa ni. Dia pun tak sedar yang dia ada dua belah tangan sebenarnya.

Sebab tu once dia dapat lihat dan rasa tangan dia tu, baby akan gunakan tangan dan jari dengan lebih kerap.

Jadi janganlah mak ayah pelik pulak kalau tengok si comel tu ‘kagum’ sangat dan boleh je duk seorang diri sambil bermain dengan tangan sendiri.

Jadi adalah lebih baik biarkan saja tangan dan jari anak anda bebas meneroka kerana ia sangat baik untuk merangsang perkembangan mereka.

#3. Salur darah boleh tersekat kerana terlilit benang mittens atau booties

Benda paling menakutkan sebenarnya ialah bila jari baby bertukar jadi warna hitam legam akibat salur darah tersekat dan terpaksa dikejarkan ke bahagian kecemasan gara-gara terjerut atau terlilit benang stoking (Hair Tourniquet Syndrome).

Sia-sia saja kita datangkan sakit pada anak sedangkan ia sebenarnya boleh dielakkan. Ada yang kata takut anak sejuk, tetapi sebenarnya boleh saja selimutkan anak jika khuatir dia kesejukan.

Memang kadang tu parent dan pengasuh tak sedar pun jari si comel tu dah tercedera kerana asyik terkurung je dalam sarung kaki dan jarang diperiksa. Tahu-tahu baby kita dah jadi mangsa terkena Hair Tourniquet Syndrome macam dalam gambar tu.

Disebabkan itu katanya, seeloknya mittens dan booties, tidak dipakaikan terlalu kerap. Jangan mudah-mudah terpengaruh apabila ada yang kata nanti bayi masuk angin, kembung perut dan sebagainya. Mengarut saja kata doktor ini. 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Paling bagus sebenarnya, bila mak habis berpantang, baby kita tu pun terus berpantang dari benda-benda ni. Biarkan je tangan dan kaki dia belajar meneroka apa yang boleh supaya otak si comel tu dapat berkembang jadi lebih dasyat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Kredit foto: romper

Baca juga: Cara Jaga Bayi Newborn Supaya Kurang Fussy & Lebih Berdikari! Ibu Bapa WAJIB Baca

Baca juga: Bagaimana Memandikan Bayi Anda

Baca juga: Lampin dan Najis

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Mittens & Booties Bahayakan Bayi Jika Dipakai Terlalu Lama, Habis Pantang Boleh Stop Dah: Doktor
Kongsikan:
  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham