Peminat Baking Wajib Ada Stand Mixer Yang Berkualiti! Ini 6 Jenama Stand Mixer Untuk Hasilkan Doh Kek Yang Sempurna

Mixer diperlukan untuk membuat adunan atau doh yang dapat menghasilkan tekstur yang gebu dan sempurna sebagai peranti bantuan di dapur.

Mixer atau mesin pengadun bertindak sebagai ‘tangan tambahan’ di dapur yang menggunakan mekanisme dengan gear yang memutar pemukul yang digunakan untuk mengautomasikan tindakan berulang seperti mengacau makanan atau mengocok cecair.

Terdapat tiga alat yang biasa digunakan bersama mesin pengadun ini iaitu hook, paddle dan whisk. Dengan bentuk berbeza, tentunya penggunaannya juga turut berbeza.

Hook yang berbentuk seperti mata kail lebih sesuai untuk kerja-kerja pengadunan pelbagai jenis doh roti. Dengan bentuknya yang sedemikian rupa membolehkan adunan digaul dengan sebati dan tidak melekat pada hook.

Manakala paddle atau K beater, digunakan untuk mengadun bahan-bahan seperti mentega dan gula dalam penyediaan kek yang memerlukan proses mengkerim seperti membuat kek mentega, kek coklat dan lain-lain. Ia juga sesuai untuk mengadun doh biskut, tat, pai dan lain-lain pastri.

Alat ketiga iaitu whisk lebih sesuai untuk mengadun bahan-bahan yang perlukan proses pengembangan seperti kaedah membuih (foaming method) yang bertindak memerangkap udara dengan lebih banyak dan menjadikan adunan kembang dan naik dua kali ganda.

Oleh itu, penggunaan alat yang betul dapat memastikan hasil produk yang terbaik.

Hand Mixer VS Stand Mixer

Terdapat dua jenis mesin pengadun di pasaran iaitu hand mixer dan stand mixer. Sebelum membeli, kenal pasti dahulu dua jenis mesin pengadun ini kerana meskipun mempunyai fungsi yang sama namun kedua-duanya mempunyai beberapa perbezaan ketara.

1. Hand mixer

Pengadun tangan atau hand mixer yang dikendalikan dengan tangan lebih sesuai digunakan untuk mengadun adunan kek ringan malah ia biasanya dijual dengan harga yang lebih rendah, jadi ia sesuai untuk anda yang menjimatkan perbelanjaan.

Mereka yang baru berjinak-jinak membuat kek boleh menjadikan hand mixer sebagai alat dapur sebagai modal pembelajaran di rumah. Dengan hand mixer, kerja memukul doh kek akan terasa lebih ringan.

Di samping itu, hand mixer mempunyai bentuk dan berat yang kecil dan mudah alih, jadi ia mudah dibawa. Motor mesin hand mixer juga ringan, jadi kalau untuk kegunaan rumah sahaja, mixer ni lebih jimat dari segi penggunaan elektrik.

2. Stand mixer

Stand mixer atau pengadun berdiri ialah pengadun yang mempunyai dirian tetap dengan mangkuk pengadun yang dilengkapi dengan lengan yang dikendalikan oleh tuil di mana pelbagai alat tambahan boleh dipasang.

Stand mixer menggunakan tindakan mencampurkan planetary, yang bermaksud pengadun tidak hanya mencampurkan bahan-bahan di tengah mangkuk, tetapi bergerak di sekeliling mangkuk sambil mengadun doh, supaya doh bercampur dengan sempurna.

Pengadun berdiri lebih mahal daripada pengadun tangan. Ada sesetengah model, pengadun berdiri dilengkapi dengan aksesori yang lebih lengkap, seperti penimbang dan pemukul untuk membuat ais krim.

Jadi mengapa stand mixer lebih mahal, kerana ia mempunyai fungsi yang pelbagai dan enjin yang lebih berkuasa daripada hand mixer.

Tip Pemilihan Stand Mixer Terbaik

Untuk menghasilkan produk dalam kuantiti yang kecil, hand mixer sesuai digunakan tetapi bukan semua kek boleh menggunakan mesin kecil ini jadi kami mencadangkan anda terus membeli stand mixer.

Peminat baking, wajib ada sebuah stand mixer yang berkualiti. Bukan apa, adunan atau doh dapat menghasilkan tekstur yang gebu dan sempurna.

Buat anda yang pertama kali nak beli stand mixer tidak kira untuk kegunaan sendiri atau perniagaan, ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli stand mixer. 

Pemilihan mesin pengadun yang bagus bergantung kepada banyak faktor. Semoga tip dibawah ini dapat membantu untuk membeli stand mixer nanti.

1. Penggunaan

Jika untuk keluarga yang besar, majlis/parti, atau membuat beberapa buku roti atau kek seminggu,  motor berkuasa besar penting dan mangkuk kapasiti besar sekurang-kurangnya 600 watt dan saiz atau kuantiti 6 mangkuk atau lebih besar. Kapasiti adalah penting.

2. Prestasi kuasa dan keupayaan

Ada yang berpendapat bahawa kuasa/watt yang lebih tinggi, mempunyai kuasa yang lebih untuk dicampur dan menguli. Ianya salah dan sesetengah mesin pengadun boleh menggunakan lebih watt untuk beroperasi daripada model lain dan output kuasa mungkin kurang daripada dinyatakan. Inilah sebabnya mengapa ia adalah lebih bijak untuk membuat keputusan membeli pada kapasiti, dan bukan semata-mata kepada kuasa/watt diiklankan.

3. Ciri tambahan

Mesin pengadun yang baik mempunyai “overload protection" pengunci kecondongan dan diperbuat daripada besi, dengan ketahanan lebih baik, kukuh dan stabil. Mempunyai purata kelajuan/speed 10 – 12 dan paling penting disertakan dengan 3 aksesori standard (pemukul, penguli dan cangkuk pembuat doh). Sesetengah model mempunyai timer bagi memudahkan proses serta mengelakkan dari tumpahan semasa proses.

4. Had kuasa

Setiap mesin pengadun dengan kuasa/watt yang tinggi dan mampu mengendalikan apa-apa doh, terdapat juga batasan. Untuk mengelakkan motor terbakar, ikuti garis panduan pengeluar untuk berapa lama ia perlu beroperasi setiap kali digunakan.

5. Pilihan aksesori

Banyak model datang dengan slot/hab untuk menyambung aksesori tambahan termasuk grinder daging dan sayur, pembuat pasta atau pembuat sosej. Walaupun aksesori ini menambah kos mesin pengadun, pengilang membuat ia lebih berfungsi dan mengurangkan jumlah peralatan yang anda perlukan.

Sebelum anda membeli mana-mana aksesori tambahan, sebaiknya dapatkan dari jenama atau model yang sama. Elakkan pilih sembarangan stand mixer bagi mengelakkan gagal memasang hook pada kepala mesin. 

6. Harga

Terdapat pelbagai harga untuk stand mixer, dan kita perlu mempertimbangkan apa yang mempengaruhi harga. Satu model asas hanya boleh mempunyai satu tindakan mixer (tengah), manakala unit yang lebih mahal akan mempunyai spiral atau rotation yang meliputi kawasan yang luas untuk boleh menggaul/mixing lebih dekat sehingga ke sisi mangkuk.

7. Jaminan produk

Dalam apa jua pembelian perkakasan elektrik, wajib untuk anda mengutamakan jaminan yang disediakan oleh pihak pengilang.  Kebiasaannya, stand mixer akan mempunyai satu atau dua tahun jaminan produk. 

8. Saiz dan rekaan

Saiz sebuah mesin pengadun bergantung pada berat dan material yang digunakan. Stand mixer yang besar dan berat biasanya diperbuat dari keluli tahan karat atau campuran, manakala stand mixer yang ringan diperbuat dari plastik. 

Jadi, pastikan anda pilih rekaan pengadun berdiri yang selesa untuk digunakan, bukan hanya cantik semata-mata. 

Selain itu, pilih yang mudah untuk disimpan, kepala mesin yang boleh diangkat dan bahagian aksesori atau attachment hook mudah ditanggalkan.

6 Jenama Stand Mixer Terbaik

Kami senaraikan pelbagai jenama mesin pengadun terbaik sebagai aset perniagaan atau pelengkap hobi dapur anda.

Stand Mixer Terbaik
KitchenAid Artisan Tilt-Head Stand Mixer
Stand Mixer Terbaik Keseluruhan
Beli di Shopee
Innofood Latest Petite Stand Mixer
Stand Mixer Terbaik Dengan Ciri Keselamatan
Beli di Shopee
Khind Stand Mixer (5 L)
Stand Mixer Terbaik Harga Murah
Beli di Shopee
SSODD 5.5L Tilt-Head Stand Mixer
Stand Mixer Terbaik Dengan Over-Heating Protection
Beli di Shopee
PerySmith 5.5L Stand Mixer
Stand Mixer Terbaik Reka Bentuk Kompak
Beli di Shopee
The Baker Limited Edition 6.5L Stand Mixer
Stand Mixer Terbaik Dengan Paparan Pemasa
Beli di Shopee

KitchenAid Artisan Tilt-Head Stand Mixer

Stand Mixer Terbaik Keseluruhan

Jenama alatan dapur KitchenAid dari Amerika Syarikat ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Memang menjadi idaman setiap wanita yang gemar baking!

Terkenal dengan rekaan ikoniknya yang elegan dan cantik yang sesuai untuk pelbagai jenis tema dapur. Walaupun harganya agak mahal namun, kualiti produk ini memang bagus dan sangat berbaloi untuk dibeli. 

Stand mixer KitchenAid mempunyai 10 pilihan kelajuan dan boleh digunakan untuk mencuba pelbagai jenis resepi. 

Bahan-bahan untuk membuat roti atau kek juga akan diadun dengan sebati dan cepat kerana ia dilengkapi dengan ciri 59-point planetary mixing action. 

Mesin pengadun KitchenAid turut mampu mengadun sehingga 1 kilogram tepung dan 12 biji telur dalam sekali penggunaan jadi tak ada masalah jika anda hendak membuat doh piza, roti atau pasta dengan kuantiti yang banyak.

Aksesori seperti flat beater, mangkuk dan dough hook mixer ini juga selamat untuk dibasuh dalam mesin pencuci pinggan jadi akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan selepas siap digunakan. 

Apa yang kami suka:

  • Jimat elektrik, menggunakan kuasa hanya 300w walaupun bersaiz besar
  • Badan stand mixer ini boleh dipasang dengan pelbagai attachment accessories yang lain seperti food grinder, ice cream maker, pasta roller dan cutter dan pelbagai lagi yang dijual berasingan.
  • Kekerapan pusingan stand mixer dapat memastikan setiap bahan dicampur dan diadun dengan baik sekali.
  • Mesin dengan kapasiti besar ini sesuai untuk peniaga home baker.

Innofood Latest Petite Stand Mixer

Stand Mixer Terbaik Dengan Ciri Keselamatan

Mesin pengadun bersaiz kecil dengan mangkuk 5.5 liter bersaiz comel ini bersama motor dawai tembaga sepenuhnya 1000W direka bentuk untuk mengendalikan adunan yang banyak iaitu mampu memuatkan sehingga 1 kilogram tepung atau 12 biji telur dalam sekali penggunaan.

Pemukul juga direka bentuk untuk menggabungkan jumlah maksimum udara ke dalam adunan dengan sempurna. Percampuran planetary dengan enam pilihan kelajuan turut didatangkan bersama splash guard yang akan menghalang bahan adunan daripada terpercik sekaligus akan mengurangkan kerja-kerja pembersihan.

Selain daripada mengelakkan percikan semasa mencampurkan, bahan juga boleh dituangkan ke dalam mangkuk dengan mudah. Penderia keselamatan akan menghentikan unit sebaik sahaja kepala diangkat, memastikan keselamatan ketika menggunakannya terjamin sepanjang masa.

Paling penting turut mempunyai sistem keselamatan kekunci supaya mangkuk tidak terkeluar atau tergelincir ketika proses memutar. 

Turut didatangkan bersama aksesori seperti dough hook, flat beater dan egg whisk, pastinya sangat memudahkan penggunanya untuk memulakan kerja-kerja mengadun bahan kek dan roti.

Apa yang kami suka:

  • Mangkuk berkapasiti besar dengan keupayaan menguli doh, mengadun adunan dan adunan berkelajuan tinggi untuk meringue.
  • Salutan cat berkualiti tinggi pada badan mixer. Tahan lasak dan warna tidak mudah luntur.
  • Mangkuk mempunyai pemegang, mudah dikendalikan apabila tangan berminyak atau basah.
  • Pilihan warna-warna menarik seperti merah, merah jambu, dan hijau emerald.
  • 1 tahun jaminan

Khind Stand Mixer (5 L)

Stand Mixer Terbaik Harga Murah

Baru sahaja belajar untuk membuat kek atau roti tapi tak tahu mesin pengadun mana yang sesuai? Stand mixer moden jenama Khind ini adalah jawapannya kerana harganya sangat murah namun masih memenuhi fungsi-fungsi asal stand mixer!

Rekaannya yang kompak akan memudahkan anda untuk memindahkan mesin ini dari tabletop ke ruang simpan kabinet.

Walaupun kecil, stand mixer kompak ini tetap memberi mood putaran yang bertenaga, 1200w dan 5 pilihan kelajuan putaran yang lancar.  

Seperti mesin pengadun yang lain, stand mixer Khind ini turut dilengkapi dengan whisk, beater dan hook yang akan memudahkan kerja-kerja membuat kek atau pastri.

Jika terdapat doh terpercik, jangan risau ia boleh dielakkan kerana mesin ini turut mempunyai ‘splash cover’ yang boleh digunakan di atas mangkuk ketika mesin sedang bergerak

Stand mixer ini juga tidak mudah bergegar ketika digunakan kerana terdapat silikon pada tapak bahagian bawah untuk mengelakkan daripada tergelincir.

Apa yang kami suka:

  • Diperbuat dari keluli tahan karat dan bentuk yang sangat minimalis.
  • Dilengkapi dengan bahagian kepala yang boleh diangkat ke atas (tilt up) memudahkan anda untuk mengeluarkan doh yang telah siap diadun.
  • 1 tahun jaminan

SSODD 5.5L Tilt-Head Stand Mixer

Stand Mixer Terbaik Dengan Over-Heating Protection

Pengadun berdiri dengan kuasa elektrik 1100W dapat mengendalikan kerja anda dengan mudah dengan perlindungan over-heating, pengadun ini selamat digunakan kerana ia akan berhenti secara automatik apabila terlalu panas.

Dicadangkan jangan mengendalikannya melebihi 8 minit setiap masa.

Dengan rekaan kepala Tilt memudahkan mengeluarkan mangkuk adunan dan mengeluarkan pemukul atau cangkuk doh manakala 4 cawan sedut silikon anti-gelincir dapat memastikan mesin stabil di tempatnya semasa bekerja.

Pengadun elektrik ini mempunyai motor 6 kelajuan yang boleh dipilih antara rendah hingga tinggi untuk mencambuk, memukul atau menguli dengan hasil yang seragam.

Uli doh guna kelajuan 1-2, kacau dengan kelajuan 3-4 dan pukul telur dengan kelajuan 5-6, malah anda boleh menukar kelajuan dengan cepat, boleh memenuhi pelbagai keperluan anda bahkan anda boleh menggunakannya dalam proses membuat semua jenis roti!

Apa yang kami suka:

  • Mangkuk pengadun keluli tahan karat gred makanan bersaiz 5.5 L cukup untuk keperluan kapasiti besar, lebih selamat dan lebih praktikal.
  • Bagi setiap pembelian, anda akan dapat beberapa aksesori menarik seperti whisk, dough hook, beater, silicone beater dan juga mempunyai dust cover yang akan menghalang bahan adunan daripada terpercik. 
  • 1 tahun jaminan

PerySmith 5.5L Stand Mixer

Stand Mixer Terbaik Reka Bentuk Kompak

Mesin pengadun tepung dari PerySmith ini menjadi idaman para suri rumah dan mereka yang gemar baking kerana harganya yang murah namun tetap memenuhi fungsi asas sebuah stand mixer.

Kuasa motor dengan tenaga 1200w menjadikan mesin pengadun dengan putaran yang kuat serta pilihan yang sesuai untuk kuantiti yang banyak.

Menariknya lagi, stand mixer ini mempunyai enam pilihan kelajuan yang sesuai jika anda mahu membuat doh biskut, kek atau roti. Dengan penutup telus dapat memberikan pandangan penuh dalam mangkuk jika mahu melakukan penambahan bahan.

Terdapat dalam pilihan warna merah, dapur anda akan kelihatan lebih berseri dengan kehadiran mesin pengadun ini.

Apa yang kami suka:

  • Disertakan bersama aksesori whiskdawai keluli tahan karat, hook pengacau logam dan flat beater dengan perlindungan semburan untuk yis dan doh roti
  • 2 tahun jaminan

The Baker Limited Edition 6.5L Stand Mixer

Stand Mixer Terbaik Dengan Paparan Pemasa

Pengadun berdiri The Baker mempunyai kebolehan untuk memproses sehingga 2 kilogram bahan campuran dengan kapasiti mangkuk sebesar 6.5 liter, cukup besar untuk baker yang menjalankan perniagaan makanan!

Dengan mesin ini, anda boleh pilih putaran kelajuan tetap sehingga kadar enam dari butang knob yang mudah laras.

Kelajuan motor dengan kuasa 1300w dan penggunaan tenaga elektrik yang normal 240v malah stand mixer ini lengkap dengan rekaan mekanisme gear yang mantap. 

Stand mixer ini didatangkan bersama hook penguli khas untuk sebarang doh dengan yis seperti doh roti yang mempunyai spray protection untuk mengelak dari berkarat.  

Manakala alat whisk pula diperbuat daripada stainless steel supaya tidak mudah rosak atau calar.

Berbeza dengan jenama lain, stand mixer The Baker ini mempunyai paparan pemasa membolehkan anda mendapatkan lebih banyak ukuran ketepatan bukan sahaja dari segi berat tetapi untuk timing yang tepat juga.

Apa yang kami suka:

  • Mudah dibersihkan
  • Pilihan warna-warna menarik seperti merah jambu, merah dan biru aqua
  • Harganya yang murah
  • Mesin ini juga tak akan tergelincir kerana bahagian tapaknya merupakan jenis non-slip
  • 1 tahun jaminan

Perbandingan Harga Stand Mixer Terbaik

Jenama Kapasiti Harga
KitchenAid Artisan Tilt-Head Stand Mixer 4.8 L RM2669
Innofood Latest Petite Stand Mixer 5.5 L RM269
Khind Stand Mixer (5 L) 5 L RM245
SSODD 5.5L Tilt-Head Stand Mixer 5.5 L RM500
PerySmith 5.5L Stand Mixer 5.5 L RM299
The Baker Upgraded 6.5L Stand Mixer 6.5 L RM375

Cara Penjagaan Mixer

Mesin pengadun sangat berguna untuk mengacau dan mencampurkan semua bahan doh untuk membuat kek atau roti. Atas sebab ini, adalah penting untuk mengekalkan mixer supaya ia berfungsi secara optimum dan tahan lama.

1. Jangan guna terlalu lama tanpa henti

Untuk stand mixer tahan lama, pastikan anda tidak menggunakannya terlalu lama. Jika ia digunakan terlalu lama tanpa henti, motor pemacu pengadun pendirian akan menjadi panas dan boleh menyebabkan belitan motor elektrik terbakar.

Apabila memproses doh dalam kuantiti yang banyak dan untuk masa yang lama, cuba beri masa rehat kira-kira 15 minit untuk menyejukkan mesin dan memulihkan kuasa pengadun berdiri. Jika ia tidak digunakan, sebaiknya cabut plagnya dari soket.

2. Terus bersihkan selepas menggunakannya

Selepas selesai menggunakan stand mixer, pastikan anda segera membersihkan semua bahagian stand mixer dan jangan sekali-kali melengahkannya.

Sebelum membersihkannya, putuskan sambungan elektrik terlebih dahulu dan jangan basahkan elemen yang berkaitan dengan elektrik. Bersihkan badan stand mixer dengan kain lembut dan lembap.

Untuk pemain doh, boleh bersihkan dengan air sabun pencuci pinggan supaya bau doh hilang. Pastikan semua komponen dan peralatan stand mixer bersih daripada sisa-sisa doh yang melekat. Bersihkannya hingga ke bahagian terkecil, termasuk lubang dalam pengadun.

3. Simpan dengan baik

Mesin pengadun perlu disimpan dengan betul di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak. Simpan di tempat yang kering kerana peranti elektronik ini agak terdedah kepada suhu dan keadaan persekitaran yang tidak sesuai jadi, jangan sekali-kali simpan mesin pengadun anda di tempat yang basah, lembap atau berdebu.

4. Bersihkan dengan kerap

Jika anda tidak menggunakannya untuk seketika, anda perlu membersihkan mesin pengadun dengan kain mikrofiber dan botol semburan yang diisi dengan campuran air dan sabun.

Selain itu, gear mesin pengadun perlu dilincirkan dengan minyak pelincir untuk melancarkan gerakan berputar. Jika dijaga dengan betul, ia boleh bertahan lebih lama daripada yang sepatutnya.

5. Elakkan perlanggaran

Pastikan ia dilindungi dengan baik dan elakkan risiko terjatuh atau terhantuk. Juga, jangan biarkan objek keras mengenai mesin pengadun kerana ia boleh merosakkan komponen di dalamnya.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  Kek Labu Manis yang sedap untuk Hujung Minggu!

Baca juga: Resepi Kek Batik Yang Mudah & Sedap, Menu Kudapan Petang Favourite Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: Koleksi Idea Kek Hari Jadi Yang Comel Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Jom Semak Ibu!

Penulis

Nursyamimi