Molluscum contagiosum atau ketuat air adalah jangkitan virus biasa yang mudah dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Ia boleh dilihat apabila adanya benjolan kecil pada permukaan kulit badan dan mudah merebak ke bahagian badan yang lain serta boleh berjangkit melalui sentuhan kulit.
Tanda-tanda molluscum contagiosum
- Besar dan berisi
- Bersaiz 1/4 inci (6 milimeter)
- Selalunya ada titik di tengah
- Boleh menjadi kemerahan dan membengkak
- Boleh menyebabkan kerengsaan
- Apabila adanya luka ia lebih mudah tersebar atau merebak
- Selalunya di dapati pada muka, leher, siku dan lengan
- Juga boleh dilihat pada kemaluan dan bahagian atas paha
Sekiranya anda mengalami molluscum contagiosum, segera berjumpa doktor untuk dirawat serta merta.
Punca-punca
Virus Molluscum contagiosum boleh tersebar melalui:
- Sentuhan kulit
- Penggunaan barang yang tercemar
- Jangkitan orang yang mengalami ketuat air
- Hubungan kelamin
Walau bagaimanapun, masih belum ada penelitian yang jelas sama ada virus itu boleh tersebar melalui kolam renang. Menurut pakar, ia mungkin boleh merebak pada perenang sekiranya ada sentuhan kulit atau penggunaan tuala yang bercampur.
Golongan yang mungkin boleh berjangkit
Meskipun ia biasanya menjangkiti kanak-kanak, namun orang dewasa juga boleh dijangkiti terutama bila anda mempunyai sistem imun yang lemah dan dijangkiti penyakit kelamin.
Malah ketulan pada kulit ini boleh menjadi radang, jangkitan dan kongjungtivitis.
Rawatan dan pencegahan
Ketuat air ini biasanya hilang selepas enam bulan hingga setahun, tapi benjolan ini boleh terus berkembang dalam tempoh lima tahun jika tidak mendapat rawatan yang betul.
Antara rawatan yang boleh dicadangkan doktor seperti:
- Curretage atau penyingkiran ketuat menggunakan instrumen logam
- Cryotherapy
- Ubat yang boleh melegakan
Ini cara untuk elakkan penyebaran virus
- Basuh tangan dengan bersih supaya dapat mencegah penyebaran virus
- Elakkan menyentuh ketulan supaya tidak menyebarkan jangkitan
- Jangan kongsi barang peribadi dengan orang lain seperti pakaian, tuala, sikat rambut, pengepit kuku dan lain-lain
- Elakkan bersentuhan dengan mereka yang mempunyai ketuat air.
- Tutup ketulan dari pandangan orang lain bagi mengelakan ia tersebar.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Philipine dan penulis asal oleh Camille Alipio-Luzande
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Ketahui Jenis Jerawat Bayi, Ia Masalah Yang Buat Si Comel Tak Selesa