Dalam waktu PKP ini, boleh dikatakan masanya ibu dan ayah mengenal anak sendiri. Mungkin juga ramai yang perasan, anak memang mahukan perhatian, mahu dipeluk dan mahu dimanja. Malah ketika bermain mahu diteman. Jika tidak dilayan mereka mudah mengamuk.
Adakah ini terjadi pada anda? Anak mudah saja maengamuk jika permintaannya tidak dituruti. Malah kadang kala buntu jadinya kerana anda rasa dah cukup perfect layan mereka, tapi akhirnya meragam juga.
Cuba semak balik, cukup tak masa anda peluk anak anda? Berapa kali sehari anda peluk? Adakah anda cuba fahami apa yang mereka inginkan?
Anak yang selalu dipeluk mudah ditegur, difahami
Tidak keterlaluan jika dikatakan, anak yang mudah mengamuk ini mungkin ada kurang daripada segi pengisian emosinya. Mungkin secara tidak sedar ibu ayah ada terkurang dalam pengisian emosi anak ini.
Jangan ingat mereka masih kecil, anak-anak ini tiada emosi yang. Emosi anak kecil yang kita tak nampak ini lebih bahaya sebenarnya jika dibiarkan ia terus kosong tidak berisi kerana ia akan memberi kesan kepada perwatakan mereka apabila semakin meginjak dewasa.
Ia bermakna semakin bertambah umur mereka, jika emosi ini tidak dipenuhi, jangan pelik jika anak anda jadi keras hari, sukar untuk ditegur malah sukar untuk terima apa saja perkara baharu yang datang dalam dirinya.
Anak ini ada kemungkinan juga boleh jadi seseorang yang sangat sukar difahami, malah membuatkan orang lain menjauhkan diri daripada mereka.
Jadi sebelum terlambat, ada baiknya kita selamatkan anak anda ini sebelum kesan lebh buruk terjadi pada mereka.
Bila anak jadi grumpy apa ibu, ayah patut buat?
Menurut Pengasas Channel Positif Parent Circle, Mohd Fhais Salim, situasi ini boleh digambarkan seperti:
Sikit-sikit nak marah, sikit-sikit jerit atau sikit-sikit nak bergaduh dengan adik. Itu tanda red flag yang tangki cinta ( love tank ) dia dah kering kontang! Kurang kasih sayang tu!
Cepat-cepat peluk anak bila dia jadi seperti itu. Jangan terus biarkan tangki cinta anak kering kontang kerana aia bukan saja akan memudaratkan anak malah orang di sekelilingnya juga.
Cepat cepat peluk dia. Pelukan sangat crucial di perlukan oleh anak anak untuk membesar sihat emosi dan mental. Pelukan ini boleh diibaratkan seperti:
#1. 4 pelukan sehari untuk survival
- Buat anak rasa selamat
- Buat anak tahu harga diri ( self esteem )
- Buat anak rasa disayangi
- Buat anak rasa bahagia
#2. 8 pelukan sehari untuk maintenance
- Pelukan menghasilkan hormon bahagia ( oxytocin )
- Sentuhan ibu buat sistem imuninasi jadi makin kebal
- Beri kesan mood booster
- Buat anak kurang tantrum dan kurang bad mood.
- Anak jadi makin kuat dan sihat setiap kali di peluk
#3. 12 pelukan sehari untuk growth
- Pelukan ibu ayah beri ada efek brain growth
- Anak jadi senang belajar dan lebih kuat memori
- Bukan fizikal dan minda sahaja tapi emosi juga jadi positif
- Asah kemahiran emotional regulation dan tinggi empati
Anak yang selalu di peluk dan di cium selalu ni biasanya lebih mudah di tegur dan di fahami sebab mereka tak ada Unsettle Emotion di dalam dirinya. Anak tenang, kita pun senang. InsyaAllah
Apakah maksud unsettle emotion?
Cuba perhatikan anak anda. Adakah anda rasa pelik dengan emosi mereka? Sentiasa ada saja tak kena walaupun baru saja dilayan bermain bersama dan sebagainya.
Kadang kala dia seperti saja ingin uji kesabaran anda dan orang di sekelilingnya. Jika ada adik, kadang kala adik dijadikan mangsa? Jika anak anda begini ada kemungkinan mereka alami unsettle emotion. Ia bermaksud mungkin ada sesuatu terbuku di hati mereka yang tak dapat mereka lepaskan.
Cara selesaikannya adalah jika anak anda sudah faham, cuba tanya apa yang dia rasa, jangan terlalu memaksa. Atau mungkin boleh beri kertas untuk mereka ekspresikan emosi mereka.
Anak kita, kita yang perlu usaha faham mereka. Bantulah mereka ekspresikan emosi mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)
Baca juga: Anak lelaki lebih sensitif, mereka PERLU LEBIH sokongan emosi berbanding anak perempuan
Baca juga: Pakar Kongsi Cara Kawal Emosi Anak Perempuan Agar Lebih ‘Behave’ & Mudah Dengar Kata