Kesihatan anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Jadi jika anak mudah sakit, ibu bapalah yang patut memberi perhatian sewajarnya bagi memastikan tahap kesihatan anak sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Jangan pandang rendah mengenai tahap kesihatan anak kerana jika dia mudah jatuh sakit, banyak perkara akan memberi kesan kepada kehidupan seharian kita sebagai ibu bapa.
Bila anak mudah sakit, sebagai ibu bapa bekerja ia mungkin sedikit sebanyak akan menggangu produktiviti kita di tempat kerja. Risau mengenai kesihatan anak ini bukan perkara biasa yang boleh dipandang remeh.
Mudah sakit buat produktiviti anak menurun
Menerusi artikel yang dikongsikan majalahpama dengan memetik seorang doktor, Dr Ahmad Samhan, kanak-kanak terutama bayi mempunyai sistem imun tidak sekuat orang dewasa.
Biasanya, anak-anak akan mempunyai buku merah atau biru yang mengandungi segala maklumat berkaitan kanak-kanak itu termasuk vaksinasi yang wajib mereka ambil.
Ada vaksinasi yang diwajibkan Kementerian Kesihatan untuk diambil oleh kanak-kanak ini dan ada vaksin pilihan yang bergantung kepada ibu bapa sama ada mahu mengambilnya atau sebaliknya.
Tetapi dengan keadaan sekarang mungkin sudah tiba masanya vaksin pilihan itu ibu bapa sendiri mewajibkannya untuk ambil bagi yang berkemampuan sebagai perisai tambahan untuk kesihatan anak.
11 vaksin patut beri pada anak jika tak nak dia jatuh sakit
Vaksinasi adalah satu proses pembentukan imuniti yang mana ia dapat melindungi bayi dan kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu dengan mudah, selamat dan berkesan.
Pemberian vaksin boleh dilakukan secara suntikan atau secara pemakanan. Vaksin adalah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melebihi mulut.
#1. Vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG)
Vaksin BCG berfungsi sebagai memberikan perlindungan atau imuniti kepada tubuh daripada penyakit tuberkukulosis atau lebih dikenali sebagai batuk kering.
Bayi yang baru lahir akan diberikan suntikan BCG ini selepas kelahiran.
#2. Vaksin Hepatitis B
Untuk bayi suntikan Hepatitis B, diberikan sebanyak 3 kali.
- Dos pertama akan diberikan ketika bayi dilahirkan
- Dos kedua pada bulan pertama kelahiran
- Dos ketika akan diberikan pada bulan keenam kelahiran
#3. Vaksin DTAP (Difteria, Tetanus, Pertussis)
Tiga suntikan dan ada suntikan tambahan lain
- Suntikan pertama diberikan bulan ke-2 kelahiran
- Suntikan kedua pada bulan ke-3 kelahiran
- Suntikan ketiga pada bulan ke-5 kelahiran
- 1 suntikan tambahan diberikan pada bulan ke-18 kelahiran
- Kanak-kanak 7 tahun dan remaja 15 tahun akan diberikan suntikan tambahan vaksin difteria dan tetanus
#4. Vaksin HIB
Haemophilus influenza B boleh menyebabkan pelbagai jangkitan dan akan menganggu kanak-kanak bawah usia 5 tahun. Ia boleh menyebabkan jangkitan telinga dan bronkitis.
Tiga suntikan dan suntikan tambahan
- Suntikan pertama pada bulan kedua kelahiran
- Suntikan kedua pada bulan ke
- Suntikan ketiga pada bulan ke-5
#5. Vaksin Polio
Polio boleh menyebabkan kelumpuhan kekal dan kematian keranan otot pernafasan gagal berfungsi.
Tiga suntikan dan suntikan tambahan
- Suntikan pertama diberikan pada bulan ke-2 kelahiran
- Suntikan kedua pada bulan ke-3
- Suntikan ketiga pada bulan ke-5
- Suntikan tambahan pada bulan ke-18 kelahiran
#6. Vaksin MMR (measles, mumps& rubella)
Vaksin ini memberikan perlindungan 3 jenis penyakit iaitu campak, beguk dan Rubella.
3 suntikan dan suntikan tambahan
- Dos pertama diberikan pada bulan ke-9 kelahiran
- Dos kedua bulan ke-12 kelahiran (bayi yang lahir di Sabah, suntikan campak diberikan pada bulan ke-6)
- Kanak-kanak usia 7 tahun akan diberikan 1 dos tambahan untuk vaksin campak dan rubella.
#7. Vaksin HPV
Suntikan ini untuk mengekang kanser serviks, vulvar dan faraj, kanser tekak, dubur dan zakar.
Vaksin remaja: Untuk perempuan, yang diberikan ketika usia 13 tahun.
Vaksin dewasa: individu berusia 18 tahun hingga 24 tahun disarankan mengambil suntikan sebanyak 3 dos.
#8. Vaksin JE – bayi di Sarawak saja
Penyakit ini boleh didapati melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti virus JE. Simptomnya adalah demam, pening kepala dan jangkitan otak.
Vaksinn bayi : Suntikan ini diberikan kepada bayi yang lahir di Sarawak saja.
- Dos pertama : bulan ke-9 kelahiran
- Dos kedua – bulan ke-21kelahiran
#9. Vaksin influenza
Boleh menyebabkan masalah seperti pneumonia, bronkitis, jangkitan sinus dan telingan sekiranya tidak mengambil vaksin ini.
#10. Vaksin pneumokokal
Ia boleh mengelakkan jangkitan paru-paru, darah, meningitis dan otak.
#11. Vaksin meningokokal
Ia boleh mengelakkan jangkitan paru-paru, darah, meningitis dan otak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: majalahpama
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsakit-perut-berulang-pada-anak