Gara-gara Meminjam Bank Untuk Ubah Suai Rumah Ibu Bapa, Pemuda Ini Diisytihar Muflis

Seorang pemuda diisytihar muflis akibat tidak dapat membayar pinjam bank untuk ubah suai rumah ibu bapanya, dikatakan kena balas jasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang pemuda yang tidak dikenali identitinya telah berkongsi kisah sedihnya apabila menerima notis diisytiharkan muflis atau bankrap dari pihak mahkamah selepas gagal untuk membayar pinjaman bank yang dibuatnya sebanyak RM200,000. 

Pemuda tersebut dikatakan telah buat pinjaman itu demi untuk membuat pengubahsuaian rumah ibu bapanya atas permintaan mereka. Perkara ini telah dikongsikan oleh pemuda tersebut di laman Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia.

Lelaki berkenaan menyatakan yang mana permintaan daripada ibu bapanya itu dibuat atas dasar faktor bahawa pemuda itu bekerja di dalam sektor kerajaan. Biasa kita dengar yang mana ramai mengatakan bahawa apabila seseorang itu bekerja di bawah sektor kerajaan memudahkan individu terbabit untuk membuat pinjaman bank.

Tujuan lelaki berkenaan berkongsikan masalah yang dihadapinya itu atas sebab kerana dia tidak pasti akan apakah proses yang perlu dihadapinya dan ingin meminta pandangan daripada wargamaya di laman Facebook tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Entrinya adalah “Maaf tumpang tanya, saya baru dapat mesej yang mengatakan notis kebankrapan ke atas saya telah difailkan di mahkamah. Loan bank sebanyak RM200k. Buat pinjaman pun sebab ibu bapa yang suruh untuk mereka buat rumah sebab saya seorang saja anak yang kerja kerajaan. Tapi sekarang saya yang terbeban untuk bayar. Apa yang bakal terjadi selepas di isytihar muflis ye?”

Menurut persoalan yang diperkatakan itu, pemuda berkenaan telah mendedahkan yang ibu bapanya tahu akan masalah yang dihadapinya, namun alangkah terkejutnya apabila pemuda itu diminta untuk menyelesaikan pinjamannya kerana itu sudah menjadi tugasnya sebagai seorang anak terhadap ibu bapa.

Tergamak bukan? Sememangnya anak itu bertanggungjawab ke atas ibu bapanya, terutama sekali bagi kaum lelaki. Namun, adakah kita sebagai ibu ayah tergamak untuk melakukan sedemikian rupa kepada anak tersebut yang mana jika sudah tentu menambah beban berat buatnya, apatah lagi pada zaman ekonomi kita sekarang ini yang amat sukar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh kata pekerjaan sekarang ini tidak menentu, bila-bila masa sahaja pekerjaan itu boleh dilucutkan, dengan ekonomi yang teruk, menjadikan taraf hidup lebih berat sekarang ini. 

Malah, pemuda tersebut juga mendedahkan yang mana ibu bapanya menyatakan bahawa dengan cara itu ia adalah untuk dirinya membalas jasa mereka yang telah membesarkannya sejak kecil. Lebih menyedihkan apabila pemuda itu mengatakan yang mana ibu bapanya tidak akan mengaku dia sebagai anak jika tidak melakukan apa yang mereka mahukan.

Perkara ini sememangnya pedih dan pahit untuk ditelan, tetapi itulah realiti kehidupan yang tidak semua orang tahu dan lalui.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedikit pedoman buat kita semua terutama sekali bagi mereka yang sudah bergelar ibu bapa; janganlah kita menjadikan anak itu sebagai tonggak kelangsungan hidup kita pada masa tua dan apabila anak itu sudah membesar jangan pula kita mengharapkan untuk mereka menyara kehidupan kita dek kerana apa yang telah kita korbankan ketika anak itu lahir dan masih kecil sehinggalah mendapat pekerjaan.

Kita sepatutnya tahu bahawa anak itu adalah tanggungjawab ibu bapa untuk membesar, mendidik, mencurahkan kasih sayang terhadapnya sehinggalah mereka bekerja bagi anak lelaki dan berkahwin bagi anak perempuan.

Jangan pula kata yang anak tersebut perlu membalas jasa tersebut sedangkan itu sememangnya tanggungjawab sebagai ibu bapa itu sendiri. Sebagai anak juga, semestinya tahu akan tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu bapanya, serta tidak melupakan mereka ketika senang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

OhBulan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kebebasan Kewangan Terjamin Melalui Etika Kerja Yang Baik dan Simpanan

Baca juga: PILU! Ibu Bantu Langsai Hutang 3 Ah Long, Anak Bunuh Diri Dengan Terjun Bangunan

Baca juga: Gara-Gara Tidak Mampu Bayar Hutang, Ibu Sanggup Jodohkan Anak Dengan Ketua Kampung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad